Wednesday, December 8, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 8

“Awok!... Amboi jauhnye menung? Menung ape pagi-pagi ni awok oi?”. Nadia mengetuk meja dihadapanku membuatkan aku sedikit tersentak dari lamunan indah dipagiku.

“Awak ni Nadia…kalau tak kacau saye tak boleh ea?”. Aku mencebik lalu menjeling tajam kawan sekelasku itu. Pipiku mula kemerah-merahan menahan perasaan dalam hati.

“Eleh…Biar la. Saye nok kacau awok jugok… Haa… ni mesti duk ingatkan cik abang teakwando hari tu kan?”. Nadia tersenyum menyindir sebelum melabuhkan punggung di bangku kosong disebelahku. Fara yang sepatutnya duduk di tempat itu entah mengapa tidak datang pula ke sekolah hari ini.

“Abang teakwando mane ni awok?” Tasha terpingga-pingga mengerutkan dahinya yang berbulu kening lebat itu seakan-akan mahu bercantum  menjadi satu. Dia menarik kerusi dibarisan sebelah mejaku untuk duduk di hadapan aku dan Nadia.

“Ade orang tu la… senyap-senyap je ade pakwe teakwando awok tahu dok? Smart pulok tu. Nok gi jumpe pun ajok saye teman. Buat jealous saye je…” Seronok pula si Nadia ini menyindirku. Tak boleh simpan rahsia langsung minah seorang ini. Kami bertiga duduk di meja tempat duduk aku di hadapan kelas pagi itu sementara menunggu guru matapelajaran pagi itu masuk untuk mengajar selepas bacaan doa pagi.

“Siape? Pasal siape ni? Kenape saye tak tahu pun? Cerite la! Cerite la!” Tasha makin berminat mengorek cerita dari si Nadia yang sememangnya sudah bersedia untuk bercerita kepadanya untuk menyakat aku. Nisa dan Pheobe tidak pula datang mencariku pagi itu. Mungkin kerana aku sampai di sekolah agak lewat pagi itu kerana menunggu Asmurni bersiap.

“Awak ni… tak boleh senyap ke simpan rahsia saye? Ade je yang nak kenekan saye kan? Bukan pakwe saye la… Saye pun baru je kenal dia...” Aku cuba menyembunyikan perasaan dalam hati yang tersipu-sipu malu dengan kata-kata Nadia itu.

“Ala… Zara, cerita la…saye pun nak tahu jugak. Kite kan kawan… Cerite la…”

“Dia malu la tu nok cerite… Nok gi datting ajok saye teman. Ade ke patut! Tak boh doh kenalkan sorang ke saye hok single and available ni. Kesian ke saye ni…” Nadia buat-buat muka sedih pula sambil berlakon mengesat-ngesat air mata palsunya dengan lengan seragam putihnya.

“Amboi…melampau la tu! Saye bukan agensi cari couple ea…Kalau nak, mintak kat si Tasha ni. Dia ramai boleh recommend kan yang terbaik punye!”. Aku menjuih kearah si Tasha dengan mengenyitkan mata kepadanya.

“Eleh…Awok tu yang saye recommend tak boh pulak… Memilih sangat! Si Ridwan tu suke awok ape?” Tasha memandang Nadia dengan jelingan mengejek.

“Mane ade! Dia tu kawan je la…”. Pandai pula si Nadia berdalih bila giliran dia pula yang terkena.

“Iye la tu…Ridwan tu okay ape dengan awok?”, Tasha berpaling kearahku dan bersuara,” Eh, Zara, habis tu…” Tasha ragu-ragu untuk meneruskan soalannya.

“Habis tu ape?” aku tidak dapat meneka apa yang bermain difikiran sahabatku itu. Belum sempat Tasha habis bertanya, guru MUET kami sudah pun melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyumannya manisnya seperti biasa.
“Assalamualaikum. Good morning.” Tegur Puan Nasuha kepada kami yang berada di depan muka pintu.

“Waalaikum musalam… Good morning Madam!” Kami menjawabnya serentak sambil membalas senyuman guru kesukaan kami itu. Tasha dan Nadia kemudiannya lekas-lekas beredar kembali ke tempat duduk masing-masing di barisan tengah dalam kelas kami.

*     *     *     *     *     *     *


Aku tidak pernah merasa begitu selesa berkongsi cerita dengan insan lain sebelum ini lebih-lebih lagi dengan seorang lelaki. Hanya Nisa dan Pheobe sajalah yang menjadi tempat aku meluahkan segala keluh resah sejak aku mengenali mereka berdua dengan rapat semasa ditingkatan 2. Sepanjang tahun-tahun persekolahan yang sebelumnya, aku cuma bersendirian tiada berteman. Bukan aku menyombong atau lebih suka begitu tapi kerana sejarah silam semasa di sekolah rendah yang membuatkan aku serik untuk mempercayai sesiapa pun. Aku masih terlalu mentah dalam mengenali sikap dan hati seorang manusia. Dalam adat berkawan, tidak seharusnya aku meletakkan terlalu tinggi kepercayaan terhadap rakan karibku sendiri. Syaitan sentiasa membisikan hasutannya kedalam hati manusia yang alpa. Perasaan tamak, dengki, iri hati dan dendam membuatkan rakan karibku mengkianati kepercayaan dan persahabatan kami. Sepanjang 2 tahun persekolahan aku duduk disebelahnya. Entah mengapa timbul pula perasaan iri hatinya kepada diriku sedangkan aku begitu mengagumi dirinya.

Kawan karib di zaman kanak-kanak ku dulu seorang yang cantik. Boleh dikatakan dia sangat dikenali dan dikagumi dalam kalangan rakan-rakan kami yang lain. Ramai juga budak-budak lelaki di sekolah kami yang menyukainya. Aku juga turut menyukai rakan karib aku itu yang sangat rapat dengan ku berbanding yang lain. Namun aku sering merasa rendah diri kerana diriku begitu kontra dengan dirinya. Aku tidak memiliki rupa paras yang cantik. Perwatakkan aku pula agak kasar seperti lelaki, tidak seperti murid perempuan lain yang sebaya denganku. Kerana itulah aku tidak punyai kawan-kawan yang ramai dan mengagumiku. Hanya dia sahaja yang ingin berkawan baik denganku. Adak ala aku cuba-cuba juga mengubah diri untuk menjadi seperti sahabat baik ku itu tapi aku cepat mengalah. Emak selalu memarahiku kerana bersikap seperti lelaki sedangkan aku berambut panjang berwarna hitam pekat dan lebat hingga ke paras pinggang yang sering disisir dan diikat rapi oleh emak setiap hari sebelum ke sekolah. Tidak sesuai benar jika aku berperwatakkan seperti lelaki sebegitu bebel emak ditepi telingaku setiap kali aku bersikap nakal dihadapannya. Kadangkala telinga aku sering juga ditariknya manja bila aku menjawab apabila dia memberi leterannya kepadaku untuk berkelakuan baik sebelum kesekolah. Bukan aku sengaja tidak mahu bersikap sopan-santun, lembut dan ‘control ayu’ seperti kebanyakkan kawan-kawan perempuanku disekolah yang berlakon seperti ala-ala kanak-kanak perempuan melayu terakhir tapi sebenarnya kawan-kawan aku lebih banyak dari kalangan murid lelaki. Malah aku dibesarkan bersama abang-abangku yang menjadi rakan sepermainanku sejak dari kecil lagi. Kerana itulah sedikit sebanyak sikap kasar dan ganas seperti kanak-kanak lelaki menjadi identitiku.

Dalam banyak-banyak perkara dizaman kanak-kanak ku ketika itu, hanya satu yang aku mampu lakukan ialah dengan mengekalkan reputasi pelajaran di antara yang terbaik dalam kelas kami setiap kali peperiksaan. Guru kelas kami juga menyukai aku. Dia menganggap aku seperti anak angkatnya sendiri. Aku dicalonkan oleh guru kelasku untuk menjadi pengawas sekolah kepada biro bahagian disiplin. Setiap guru kelas akan mencalonkan seseorang dari setiap kelas berdasarkan prestasi pelajaran dan sikap didalam kelas. Dari tahun sebelumnya lagi guru kelas kami yang dahulu mahu melantik aku menjadi pengawas sekolah tetapi aku menolaknya kerana sudahpun membeli seragam sekolah yang biasa. Jika dilantik menjadi pengawas sekolah, kesian pula emak kerana harus membeli seragam yang lain kepadaku. Tapi kali ini dari awal-awal lagi sebelum memulakan persekolahan pada tahun seterusnya, guruku itu sudah pun berpesan kepadaku mengenai hal ini. Hanya kerana aku dipilih, kawan karib aku menyemburui aku dalam diam. Sakit hatinya membuak-buak apabila aku juga turut dinaikkan kelas dan tidak lagi sekelas dengannya. Lalu selepas itu timbullah permainan hasutannya kepada orang yang cuba berkawan denganku. Berbagai-bagai cerita buruk yang telah dia sebarkan mengenai diriku aku sehingga tiada yang ingin mendekatiku. Keadaan menjadi semakin rumit sehingga membabitkan orang tua kami. Aku sedikitpun tidak menyangka kawan karibku sendiri sanggup memburuk-burukkan aku dengan mereka-reka cerita sebegitu. Hati aku cukup terluka bila segalanya terbongkar. Dia kemudiannya berpindah ke sekolah yang lain kerana mengikuti keluarganya. Aku tidak lagi mempercayai dan mempunyai sesiapa pun selepas itu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengannya lagi setelah dinasihati oleh orang tuaku. Mak berpesan kepadaku, “…kalau nak percayakan kawan biarla berpada-pada…Jangan mudah percayakan orang yang buat baik pada kita. Dalam hati dia kite tak tahu dan tak boleh bace niat baik atau buruk dia yang sebenarnye lebih-lebih lagi dengan orang yang suke berdengki ni… Manusia ni ade macam-macam perangai… Beringat-ingat la lepas ni bile pilih kawan tu.”

Mengenali Nisa dan Pheobe semasa disekolah menengah mengubah hidupku untuk kembali ceria dan mula mempercayai seorang sabahat kerana mereka juga mempercayai diriku. Keluarga kami juga saling mengenali dan senang dengan persahabatan kami yang akrab ini. Dan kini aku ditemukan pula dengan seseorang yang berlainan jantina untuk berkongsi perjalanan hidupku. Mungkin aku terlalu mudah mempercayainya walaupun aku sentiasa mengingati pesanan emak dan pengalaman yang pernah aku lalui dizaman kanak-kanakku. Tapi keperibadian Hairi berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali. Mungkin kerana perbezaan usia kami yang membuatkan aku menghormatinya. Setelah mengenali Hairi, hanya cerita mengenai apa yang kami bualkan ditelefon saja yang sering menjadi tajuk perbualan antara aku dengan sahabat-sahabat baikku. Ada kalanya aku perasan akan perubahan reaksi pada wajah sahabat ku itu yang mulai merasa jemu dengan cerita mengenai Hairi yang tak lekang dari bibir ini tapi mereka tetap tersenyum kepadaku. Mungkin mereka juga turut merasa senang hati melihat aku gembira sebegini. Aku sendiri tidak dapat mengawal tindakkanku ini. “Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku jika aku membuat kamu semua merasa jemu.”

*     *     *     *     *     *     *


“I noticed, when I looked at him, I saw his pair of shining eyes staring at mine…”

 Hairi merupakan pendengar yang setia, seorang teman yang paling baik dan tidak pernah merasa jemu melayan setiap kerenah ku. Tidak pernah sebelum ini aku mengenali lelaki yang begitu mengagumi diriku dari segala sudut dan dia cukup memahamiku sepenuhnya sedangkan aku sentiasa memikirkan diriku ini serba kekurangan dan tidak diminati kebanyakkan lelaki. Tetapi ternyata sekali Hairi mempunyai pandangan yang sebaliknya. Malahan dia sekerasnya tidak menyetujui pendapatku itu. Dia tidak langsung melihat kekurangan dalam diri ini. Malahan dialah yang membuka mataku yang diriku ini begitu istimewa dan miliki kelebihan yang tidak dimiliki sesetengah insan lain. Waktu hati ini berduka, dialah yang menceriakannya. Aku menjadi serba salah apabila abang Adrie selalu membebaniku dengan masalah yang dihadapinya mengenai seorang gadis yang juga menuntut di tempat yang sama dengannya dan membuatkan emosiku ini agak terganggu. Aku rimas dengan sikapnya yang sering melemparkan segala perasaannya terhadap gadis itu kepadaku. Kenapa tidak berterus-terang saja jika benar-benar menyukai gadis itu daripada memendam perasaan sendiri dan cemburu buta bila si gadis idaman didekati lelaki lain? Mahu saja aku berterus-terang dengannya tapi risau pula jika melukai hatinya. Mujurlah ada Hairi yang begitu memahami perasaan ini. Hairi banyak memberi pandangan dan nasihat kepadaku selain menyokong tindakkanku.

“You had turn my life around, bring light and colour into my life, colour it with your wonderful laughter, cute smile, beautiful eyes and with your loveable attitude”

Hairi berpendapat diriku cukup sempurna. Baginya, dia cukup bertuah kerana mengenali diriku kerana aku telah memberi sinar baru dalam kehidupannya yang selama ini kosong dan tiada berseri. Akulah warna-warni dan pelangi yang menghiasi mimpi-mimpi dan kehidupannya. Akulah lagu-lagu indah yang dinyanyikan disetiap harinya. Akulah bintang-bintang terindah dilangit malamnya yang cerah. Akulah pengubat dikala hatinya gundah dan Hairi pernah menbayangkan hasratnya untuk menghabiskan sisa hidupnya bersamaku. Aku begitu tersentuh dengan cara dan kata-kata manisnya. Dia pernah berpesan agar aku mensyukuri dan berterima kasih kepada tuhan kerana mengurniakan diriku sifat-sifat istimewa yang dikurniakan ke atas diriku. Dia meminta aku agar jangan pernah mengubah diriku yang seadanya ini kerana diriku ini sudah pun yang terbaik. Aku benar-benar terharu apabila Hairi mendendangkan lagu Stay The Same oleh Joey Mcintyre khas untuk diriku. Memang benar hati ini belum pernah merasai perasaan berbunga dan bahagia apabila didampingi lelaki sebegini. Hati ini mudah saja cair mendengar pujiannya walaupun aku pura-pura seperti jual mahal.

I wonder when I can see you again…
To see once again the smile
That I once saw 14 days ago…
It was the same smile
That I saw 41 days ago…
It was so sweet and warm
A smile from a girl of my dream
From a girl whom I call my angel…

*     *     *     *     *     *     *


S
ebulan sudah menjalani ibadah puasa, kini tiba sinar Syawal membawa seribu keberkatan dan kegembiraan kepada umat Islam setelah penat sebulan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa. Dalam mencari keredhan dalam menyempurnakan rukun Islam ke tiga ini, sambutan bulan Syawal sememangnya sentiasa diraikan dengan meriah oleh umat Islam disini. Sesi persekolahan dalam bulan Ramadhan agak memenatkan tetapi berjaya juga diharungi dengan penuh kesabaran. Tugasan pula semakin bertambah untuk kertas kerja dan amali untuk subjek Biologi. Peperiksaan akhir tahun juga menambahkan lagi pening kepala ini. Aktiviti luar juga menjadi terbatas. Namun, sambutan Syawal tetap tidak diabaikan. Aku hanya membuat persiapan kecil sahaja kerana terlalu sibuk dengan sesi persekolahan. Kebiasannya aku akan mengadakan jamuan rumah terbuka semperna syawal buat teman-teman dan rakan-rakan sekelasku. Tradisi ini tetap diteruskan pada tahun ini.

Tasha singgah ke rumah ku petang itu selepas pulang dari bandar. Kami bercadang untuk ke bazar Ramadhan bersama-sama. Hampir setiap minggu kami akan ke bazar Ramadhan dengan mengajak Nadia bersama-sama untuk membeli juadah kegemaran kami ataupun hanya sekadar untuk berjalan-jalan mengambil angin petang ke situ. Bazar Ramadhan terletak tidaklah jauh dari rumah kami. Dengan membonceng skuter memudahkan kami melepasi kesesakkan lalu lintas di kawasan tapak bazar Ramadhan.
“Emm macam mane awak dengan Khairel? Dia ade contact awak?” Tasha tiba-tiba bertanyakan tentang Khairel apabila aku menceritakan kepadanya mengenai keakraban aku dengan Hairi dan hasrat aku untuk menjemputnya ke jamuan rumah terbuka hari raya dirumah ku nanti.

“Khairel ade SMS dengan saye tapi tak de la selalu sangat…”Aku duduk bersandar di buaian dihalaman hadapan rumahku sambil bersembang dengan Tasha. Masih terlalu awal pula untuk ke bazar Ramadhan petang itu.

“Awak tak nak jemput dia ke datang beraya rumah awak nanti? Azlan pun nak datang. Boleh la suruh dia ajak Khairel sekali. Diorang pun time tu dah ade kat Poli. Cuti raya diorang tak lame pun pakwe saye kate…” Tasha menyisir-nyisir rambutnya yang melepasi bahu itu dengan jari-jemarinya.

“Saye ade ajak dia…tapi tak tahu la dia nak datang ke tak… Dia tak pernah jumpe saye tibe-tibe nak datang rumah saye lak mesti la rase kekok lak nanti... Awak bagitau la kat Azlan kalau dia nak datang boleh jugak ajak Khairel tu sekali. Saye tak kesah pun pasal memang saye ajak ramai kawan-kawan datang.” Aku berbual sambil menekan-nekan butang ditelefon bimbit untuk menghantar SMS kepada Nadia menyuruhnya bersiap. Aku berjanji akan menjemput Nadia dirumahnya pada jam 5 petang. SMS dari Hairi tidak putus-putus ku terima membuatkan telefon bimbitku sentiasa berada ditangan sehinggakan perbualan aku dengan Tasha sedikit terganggu. Tasha ada juga berbalas SMS tetapi tidaklah sekerapku. Aku sedikit segan kepadanya.

“Azlan cakap dia tu memang pemalu orangnya tapi takpe… nanti saye suruh Azlan pakse jugak si Khairel tu datang sekali.” Tasha menjelingku yang sibuk membalas SMS dari Hairi lalu menyabung kata-katanya, “…amboi…lajunye duk SMS… Awok ni pun nak cakap dengan saye pun busy reply message je… Dengan Khairel ke dengan Hairi?”

“Hehehe!… Mane ade… Ermm dengan dua-dua. Hairi cume bagitahu saye dia pun nak gi bazar jugak tapi kat K.T la…” Aku tersenyum sipu kepada kawanku itu. “… Kan awak suh saye ajak Khairel. Ni saye nak bagitau dia la ni bile hari yang saye nak buat open-house raya nanti. Tapi tak baik la pulak nak pakse-pakse orang kalau da tak sudi tu…Terpulang kat dia la nak datang ke tak…”.

“Ala belum cuba belum tahu lagi… Lagipun ni la peluang awak nak kenal-kenal dia… mane tahu dia lagi sesuai dengan awak ke?” Tasha mengenyit nakal kepadaku.

“Hish! Kesitu pulak awak ni… Saye berkawan je la…” Aku berpura-pura marah dengan kata-kata Tasha.

“Memang la kawan dulu… mane la tahu kot-kot lepas tu jadi lain ke? Awak pun tak pernah bercinte kan? Bile lagi nak try? Hairi tu awok jumpe da…ni turn utk jumpe khairel lak… Azlan cakap Khairel tu baik orangnye. Saye tengok gambar dia pun smart je nampak.”

“Iye la tu…memandai je nak affair kan orang kan? Eh, jom la kite gerak. Dah kul 5 pun. Nanti bebel pulak cik Nadia tu tunggu kite lame-lame.” Aku cepat-cepat mengalih topik perbualan supaya tidak terjerat dengan helah si Tasha itu yang mahu mengcungkil rahsia peribadiku. Biarlah ianya menjadi satu rahsia yang hanya aku sahaja yang tahu. Aku tidaklah mengenali Khairel dengan rapat walaupun kami sering berbalas SMS. Aku cuma mengetahui tentangnya melalui cerita-cerita dari Tasha yang diceritakan oleh teman lelakinya yang juga tinggal serumah dengan Khairel. Khairel dan Azlan sama-sama menuntu di Politeknik Dungun dan mengambil bidang kejuruteraan di tahun ke dua. Khairel agak baik dan pemalu orangnya dan aku menerimanya seperti kawan-kawan yang lain. Tasha pula beria-ria menyuruhku mengajak Khairel ke jamuan nanti untuk menemukan kami buat kali pertama. Oleh kerana aku turut menjemput Tasha bersama teman lelakinya kerumahku jadi inilah peluang mereka untuk turut memperkenalkan aku kepada Khairel secara bersemuka. Segan pula aku jadinya kerana belum pernah sebelum ini mengajak seseorang yang belum pernah aku temui untuk ke rumahku. Tapi tak mengapalah. Datang pada hari raya tak salah dan sesuai sangatlah dengan tema rumah terbuka yang aku akan adakan nanti. Kehadirannya sebagai salah seorang tetamu akan aku sambut dengan baik seperti aku menyambut tamu-tamuku yang lain juga nanti. InsyaAllah…

1 comment:

  1. i see some improvement on ur writings~~
    good~!!
    "I wonder When I can see you again ...
    To see the smile once again
    That I once saw 14 days ago ...
    It was the SAME smile
    That I saw 41 days ago ...
    It was so sweet and warm
    A smile from a girl of my dream
    From a girl whom I call my angel ..."
    i like this phrase~~
    makes me remember of somethings~~..huhu
    niway~~
    keep writiing~~and i hope u will be great writers in the future...
    =)

    ReplyDelete