Wednesday, December 22, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 9



H
ari jamuan yang dijanjikan telah pun tiba. Aku mengadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya ke sepuluh. Mak tidak henti-henti bekerja didapur sambil dibantu oleh Kak Ngah dan aku sendiri. Alhamdulillah dari pagi kawan-kawanku tak henti-henti datang menziarah. Makan free siapalah yang akan menolak? Tambahan pula pada hari cuti hujung minggu sebegini. Rakan-rakan sekelas yang berketurunan cina juga tidak ketinggalan. Pheobe turut hadir bersama mereka. Meriah sekali suasana di rumahku hari ini. Kawan-kawan sekolah semasa aku di Tingkatan 5 juga turut hadir. Penat sungguh melayan tetamu namun tamu yang diharapkan datang tak juga muncul tiba. Nasi minyak yang emak sediakan sudah pun berkali-kali ditambah dalam bekas hidangan buffet dan dipuji mereka yang merasa masakkan emakku berkali-kali sehingga ada yang tidak segan silu untuk menambah nasi lagi.

Hairi tidak dapat hadir kerana masih lagi berada di kampung bersama keluarganya. Dia benar-benar rasa bersalah dan hanya menyampaikan salam kepada keluargaku. Azreen pula tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke sini. Rumahnya begitu jauh di Kuala Terengganu. Tapi tak mengapalah. Kehadiran kedua-dua sahabat baik ku sudah cukup menceriakan hati ini. Kami sempat bergambar bersama-sama dan berbual-bual. Walaupun jamuan ini merupakan jamuan hari raya, aku mengenakan baju cheomsam berwarna putih mutiara bercorak bunga-bungan kecil berwarna merah bersama skirt labuh hitam hitam jarang berlapik kain satin licin yang sama warnanya dengan corak pada baju cheomsamku itu. Rambutku pula diikat separuh pada paras telinga dengan kelip rambut bereben merah. Rambut selebihnya disisir ke bawah dan tersusun rapi dibahuku. Dengan bedak alas yang tipis dan sedikit lip balm merah jambu yang dicalit sedikit pada bibir, aku kelihatan ringkas tetapi tetap mendapat pujian dari kalangan kawan-kawan lelaki yang suka menyakatku. Sempat pula aku diperli kononnya mereka tersilap datang ke rumah ‘amoi’ yang menyambut Tahun baru Cina.

Senja kian menjelma. Emak dan Kak Ngah tak kering tangan didapur manakala aku pula mula berkemas-kemas apabila tamu-tamuku sudah beransur pulang. Lagi 2 jam sudah mahu magrib. Hari sudah petang ketika Nadia, Tasha bersama teman lelaki Tasha, Alzan dan dua orang kawannya datang ke rumahku sebagai tetamu yang terakhir. Fara bersama sepupu perempuannya masih lagi berada dirumahku kerana menunggu kedatangan Tasha dan Nadia. Yang sebenarnya, dia mahu melihat kawan kepada Azlan yang berkenalan denganku itu. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan sengaja ingin mengenakan aku dengan menganggap Khairel meminati aku. Aku menjemput mereka masuk dengan layan mesra walaupun sudah keletihan seharian menerima tetamu tak henti-henti sejak pagi tadi lagi. Keadaan menjadi agak kekok apabila masing-masing hanya berbual sesama mereka. Azlan, Khairel dan rakan kepada Khairel yang juga datang menemani Khairel duduk dikerusi berhampiran meja yang menghidagkan juadah-juadah yang baru aku tambah untuk mereka. Kehadiran Khairel dirumahku ketika itu membuatkan aku merasa sangat segan lebih-lebih lagi apabila si Azlan, Nadia dan Tasha asik tersenyum sinis menyakatku. Aku pula tidaklah begitu mengenali teman lelaki Tasha dan kawannya itu. Fara dan sepupunya sudah mahu pulang kerana hari sudah lewat petang. Sempat juga si Fara itu menarik tanganku mengajak aku untuk menghantarnya hingga ke luar pagar.

“Zara, handsome gak kawan pakwe Tasha tu… Ape name dia? Khairel eh? Ape lagi Zara, terima ke tak terima?” Si Fara berseloroh di tepi motorsikalnya sembil memakai topi keledar yang disangkut pada raga motorsikalnya. Sepupunya turut mengikutnya dari belakang dan hanya tersenyum mendengar gurauan si Fara itu.

“Kau ni same je dengan Tasha dan Nadia kat dalam tu… Suke la sangat ea duk menyakat aku kan?… Tunggu la turn korang nanti aku nak sakat korang kaw-kaw jugak tau!” Suka benar mereka membuli aku. Almaklumlah ini kali pertama aku terlibat dalam aktiviti ‘Love Match’ yang Tasha mulakan dulu. Nadia mangsa pertama yang di‘Matching’kan dengan Ridwan. Kemudiannya si Fara ini juga mangsa keduanya apabila Tasha memberikan gambar kami bersama sewaktu berkelah ditepi sungai kepada Azlan. Kawan Azlan yang melihat gambar kami kononnya berkenan untuk mengenali si Fara ini. Tapi setahu aku, meraka hanya setakat berkawan sahaja kerana si Fara ini sudahpun meminati orang lain. Macam mana pula aku boleh terlibat sama? Semuanya gara-gara si Tasha dan Azlan ini la. Tasha bertukar telefon bimbit dengan Azlan. Dalam telefon itu tersenarai semua maklumat dan nombor telefon kawan-kawannya termasuklah nombor telefon aku sekali. Untuk memendekkan cerita, si Khairel ini meminta Azlan untuk mencarikan seseorang untuknya. Si Azlan ini pula dengan berbesar hatinya memberikan nombor telefonku kepadanya kononnya aku sahaja yang masih single dan paling sesuai dalam ramai-ramai kawan-kawan perempuan yang dikenalinya. Jadi dari situlah kami berkawan dan mengenali satu sama lain. Aku merajuk seharian dengan Tasha kerana hal ini tetapi berjaya diyakinkan dan dipujuknya yang sememangnya arif dengan kelemahanku.

Inilah kali pertama aku bersua muka dan melihat Khairel. Rupanya sesedap mata memandang dan mirip lelaki cina kerana warna kulitnya yang agak putih dan matanya yang kecil dan sepet. Dia berasal dan tinggal di Kuala Lumpur dan masih menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dalam jurusan automotif. Khairel agak bergaya seperti pemuda-pemuda yang seusia dengannya. Dia memandu perodua kelisa berwarna putih yang disewanya. Dia mengenakan T-shirt Levi berwarna hitam bersama topi dan berjeans biru gelap. Khairel agak pendiam dan misteri orangnya berlainan sekali seperti yang aku kenalinya di dalam telefon. Dia lebih banyak bersembang bersama Azlan dan seorang lagi kawannya. Mungkin kerana segan almaklumlah inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumahku dan bertemu denganku. Hanya kawannya itu saja yang bertanyakan satu dua soalan kepadaku sedangkan Khairel hanya tersenyum dan menyampuk sepatah dua. Mereka semua pulang setelah hari senja. Khairel bertolak balik ke Dungun malam itu juga. Sempat juga aku memberi pesanan mesra sebagai kawan supaya dia memandu dengan berhati-hati. Kami berterusan berbalas SMS. Aku dapat menduga Khairel benar-benar sudah tertarik denganku.

“Macam mane open house rumah you tadi? Ramai tak yang datang?” tanya Hairi yang menelefonku selepas aku selesai solat Isyak.

“Alhamdulillah semuanya okay and ramai my friend yang datang…Penat sangat hari ni…Tapi you je la yang tak datang…” Aku berpura-pura merajuk dihujung talian.

“Alaa Zara jangan la buat I rase bersalah…Kesian you penat… I seriously sorry tak dapat datang tau. Kalau family I balik cepat memang I nak pergi open house rumah you tu…I’m sorry okay…” Nada lembut dan manjanya yang memujuk membuatkan hatiku tersenyum riang.

“Hahaha!... Ree, I’m just kidding! Takde ape la…bukan salah you pun. I faham. Saje nak sakat you… Sebab hari ni sakan I kene sakat dengan kawan-kawan I…”Aku ketawa kecil sambil berbaring di katil merehatkan tubuh.

“Laa ye ke? Diorang sakat you ape Zara… Eee diorang ni nak kene ni sakat Angel I yang comel ni!”

“Hahaha! Macam-macam la yang I kene… Nasib you takde…Kalau tak lagi dasyat la I kene! Kawan I ade yang tanye you kenapa tak datang..”

“Ye ke? Emm Zara…I’m really sorry. I janji I tebus balik okay?...Zara…mesti you cantikkan hari ni? Ruginye la I tak dapat tengok you hari ni…” Hairi tak pernah merasa jemu memujiku. Ada saja pujiannya yang membuatkan aku malu sendiri dalam diam.

“Ala I pakai biase je la…”Aku cuba bersikap bersahaja walaupun aku tahu Hairi tentunya dapat menduga keadaanku apabila dipujinya sebegitu.

“Ye ke? Emm mesti cantik la tu Angel I kan? Nanti you kasi I gambar you siang tadi boleh? I tak dapat datang tapi kalau dapat tengok gambar you pun dah okay…” Suaranya kedengaran seperti serak-serak dan batuk-batuk.

“Hehehe! Boleh…nanti dah siap develop, I kasi you okay? Emm Hairi? You tak sihat ke?” Aku benar-benar mengambil berat akan dirinya.

“I tunggu tau…Hehe! Actually I demam batuk-batuk sikit. Tapi sikit je ni… I kuat lagi.”

“You ni…Kenape tak bagitahu I? Tak pergi clinic ke Ree? Dah makan ubat?” Aku makin risau apabila Hairi batuk berkali-kali apabila hendak bercakap.

“I tak nak you risau lagipun sikit je ni dan I dah makan ubat pun... Esok OK la ni…You jangan risau ye. Ermm Zara…I miss you…”

Keakraban aku dengan Hairi tidak dapat dinafikan lagi. Hairi sering menemani dan sentiasa menghubungiku. Walaupun baru mengenalinya namun aku merasakan seperti sudah bertahun-tahun lamanya aku menagenali lelaki ini. Aku mengetahui diriku disukainya dan aku juga turut merasakan perasaan yang sama terhadapnya. Tapi hati aku ini kuat mengatakan yang aku masih belum bersedia. Masih terlalu awal untuk mempunyai apa-apa yang boleh diklasifikasikan sebagai menyukai lebih dari sebagai seorang kawan. Mungkin juga kerana aku sebelum ini belum pun pernah merasakan perasaan sedemikian. Aku tidak pernah bercinta atau menjadi kekasih kepada seseorang sepanjang hayat aku ini. Bagaimana agaknya jika diri ini dicintai dan mencintai seseorang yant turut mencintai dan dicintai oleh aku? Adakah aku sudah bersedia untuk memberikan komitmen dalam perhubungan? Begitulah persoalan-persoalan yang perasaan ragu-ragu yang sering bermain di fikiranku. Aku menjadi takut sendiri jika aku melukai hati insan lain atau kemungkinan diriku sendiri yang akan dilukai oleh insan yang bernama lelaki. Tapi memandangkan perkenalan aku dengan Hairi melalui proses yang sangat baik, jadi mungkin Hairi merupakan pilihan cukup sesuai dan terbaik. Aku sendiri sedar yang aku menyukainya tapi adakah perasaan ini benar-benar dalam untuk dirinya? Aku sendiri masih meraguinya kerana aku merasakan diriku memerlukan lebih banyak masa untuk mengenali diri Hairi walaupun aku tahu, aku cukup mudah memahami dan membaca tindak-tanduk dan sikap Hairi seperti membaca sebuah buku yang sudah tertulis jelas akan isi kandungannya untuk dibaca. Biarlah waktu saja yang menuntukan status hubungan kami ini.

Hairi menceritakan kisah perhubungannya bersama bekas kekasihnya yang tidak mempedulikan dirinya lagi tanpa bersebab. Puas sudah dia mencari jawapan dari gadis itu tetapi gadis itu sering mengelak darinya dan akhirnya mereka memilih untuk berpisah. Aku simpati dengan nasib Hairi. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malahan dia berusaha mencuba untuk membaiki keadaan namun bekas kekasihnya itu tidak menghargainya sehinggakan rakan-rakannya sendiri menasihatinya untuk melupakan perempuan itu. Hairi benar-benar berkecil hati dengan sikap bekas kekasihnya itu dan membuat keputusan untuk mengikut haluan masing-masing. Hairi berteked untuk melupakannya kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap bekas kekasihnya itu. Hairi sudah tawar hati apabila diperlakukan sebegitu oleh kekasihnya sendiri. Adakah ini yang dinamakan cinta? Mudah tawar ditelan arus masa? Mudah goyah apabila sudah tiada rasa? Apakah perasaan yang pernah dialami Hairi itu akan terjadi kepadaku? Kenapa begitu mudah seseorang itu berubah hati dan melupakan cinta? Kenapa cinta yang begitu agung tetapi mengkianati insan yang memilikinya pula? Aku sedikitpun tidak memahami situasi ini cuma aku mampu mendengar kekecewaan yang diluahkan olah hati seorang insan yang pernah dikecewakan oleh cinta.

“ Cuti I dah approved... I nak datang ke Kemaman. I nak stay 3 hari kat sana… I nak spend 3 hari tu dengan you…You kene jadi my special private tourist guide…”. Hairi dengan gembiranya memberitahuku, “…Hari tu yang mase you buat open house tapi I tak dapat datang…So, bile I kat Kemaman nanti I nak kidnap you puas-puas!”

“Kidnap I? Jangan you sampai pergi jual I kat siam da la…Hehehe!... Datang la sini. I boleh bawak you round sini-sini… Nanti I boleh suruh my mum masak bile you datang sini.” Hatiku gembira keriangan mendengar berita ini.

“Tak kan la I sampai hati nak jual Angel I ni… Kalau camtu baik I je yang beli you. Boleh spend time dengan you tiap-tiap hari, dengar your sweet laugh and voice and… boleh tengok your beautiful smile everyday!”, Hairi sempat berjenaka membuatkan kami sama-sama ketawa. “I nak rasa masakkan yang you masak…Boleh tak?”

“Ade-ade je la you ni suke sakat I kan? Zara tak reti masak la… Kalau masak pun kene mak yang tolong ajarkan... Kalau buat pudding I reti la.”

“Okay…tak ape. Orang perempuan ni walaupun tak reti masak, tapi nanti bile dah kahwin, automatically akan pandai masak tau … pasal selalu kene masak kat dapur. Mak I pun cakap macam tu. So, you jangan la risau. Nanti mesti you akan pandai masak… You pandai buat pudding ke? Boleh la I nak try kan?”

“Iye ke macam tu?... Boleh je nanti I buatkan pudding special untuk you… Tapi kalau lepas makan you kene food poisoning, I tak nak responsible tau!”

“Hahaha! Kene food poisoning pun I sanggup dan rela kalau yang buat tu is you…”. Kami sama-sama gelak besar dengan perbualan malam itu. Hairi benar-benar menghiburkan hatiku. “I nak you bawak I pergi tempat-tempat yang you selalu pergi macam yang you cerita kat I tu… Macam tempat you pergi jogging pagi-pagi tu…dan bawak I kat tepi sungai yang you suka lepak tu dengan kawan you…”.

“InsyaAllah. Boleh… Nanti you sampai sini I bawakkan la you kat tempat-tempat tu semua.” Tak sabar pula rasanya hendak berjumpa dan meluangkan masa bersamanya. Selama ini kami hanya bergayut di telefon dan berSMS sahaja. Pernah berjumpa pun hanya sekejap. Dalam fikiran aku mula memikirkan tempat-tempat dan aktiviti yang ingin dilakukan bersamanya nanti.

Wednesday, December 8, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 8

“Awok!... Amboi jauhnye menung? Menung ape pagi-pagi ni awok oi?”. Nadia mengetuk meja dihadapanku membuatkan aku sedikit tersentak dari lamunan indah dipagiku.

“Awak ni Nadia…kalau tak kacau saye tak boleh ea?”. Aku mencebik lalu menjeling tajam kawan sekelasku itu. Pipiku mula kemerah-merahan menahan perasaan dalam hati.

“Eleh…Biar la. Saye nok kacau awok jugok… Haa… ni mesti duk ingatkan cik abang teakwando hari tu kan?”. Nadia tersenyum menyindir sebelum melabuhkan punggung di bangku kosong disebelahku. Fara yang sepatutnya duduk di tempat itu entah mengapa tidak datang pula ke sekolah hari ini.

“Abang teakwando mane ni awok?” Tasha terpingga-pingga mengerutkan dahinya yang berbulu kening lebat itu seakan-akan mahu bercantum  menjadi satu. Dia menarik kerusi dibarisan sebelah mejaku untuk duduk di hadapan aku dan Nadia.

“Ade orang tu la… senyap-senyap je ade pakwe teakwando awok tahu dok? Smart pulok tu. Nok gi jumpe pun ajok saye teman. Buat jealous saye je…” Seronok pula si Nadia ini menyindirku. Tak boleh simpan rahsia langsung minah seorang ini. Kami bertiga duduk di meja tempat duduk aku di hadapan kelas pagi itu sementara menunggu guru matapelajaran pagi itu masuk untuk mengajar selepas bacaan doa pagi.

“Siape? Pasal siape ni? Kenape saye tak tahu pun? Cerite la! Cerite la!” Tasha makin berminat mengorek cerita dari si Nadia yang sememangnya sudah bersedia untuk bercerita kepadanya untuk menyakat aku. Nisa dan Pheobe tidak pula datang mencariku pagi itu. Mungkin kerana aku sampai di sekolah agak lewat pagi itu kerana menunggu Asmurni bersiap.

“Awak ni… tak boleh senyap ke simpan rahsia saye? Ade je yang nak kenekan saye kan? Bukan pakwe saye la… Saye pun baru je kenal dia...” Aku cuba menyembunyikan perasaan dalam hati yang tersipu-sipu malu dengan kata-kata Nadia itu.

“Ala… Zara, cerita la…saye pun nak tahu jugak. Kite kan kawan… Cerite la…”

“Dia malu la tu nok cerite… Nok gi datting ajok saye teman. Ade ke patut! Tak boh doh kenalkan sorang ke saye hok single and available ni. Kesian ke saye ni…” Nadia buat-buat muka sedih pula sambil berlakon mengesat-ngesat air mata palsunya dengan lengan seragam putihnya.

“Amboi…melampau la tu! Saye bukan agensi cari couple ea…Kalau nak, mintak kat si Tasha ni. Dia ramai boleh recommend kan yang terbaik punye!”. Aku menjuih kearah si Tasha dengan mengenyitkan mata kepadanya.

“Eleh…Awok tu yang saye recommend tak boh pulak… Memilih sangat! Si Ridwan tu suke awok ape?” Tasha memandang Nadia dengan jelingan mengejek.

“Mane ade! Dia tu kawan je la…”. Pandai pula si Nadia berdalih bila giliran dia pula yang terkena.

“Iye la tu…Ridwan tu okay ape dengan awok?”, Tasha berpaling kearahku dan bersuara,” Eh, Zara, habis tu…” Tasha ragu-ragu untuk meneruskan soalannya.

“Habis tu ape?” aku tidak dapat meneka apa yang bermain difikiran sahabatku itu. Belum sempat Tasha habis bertanya, guru MUET kami sudah pun melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyumannya manisnya seperti biasa.
“Assalamualaikum. Good morning.” Tegur Puan Nasuha kepada kami yang berada di depan muka pintu.

“Waalaikum musalam… Good morning Madam!” Kami menjawabnya serentak sambil membalas senyuman guru kesukaan kami itu. Tasha dan Nadia kemudiannya lekas-lekas beredar kembali ke tempat duduk masing-masing di barisan tengah dalam kelas kami.

*     *     *     *     *     *     *


Aku tidak pernah merasa begitu selesa berkongsi cerita dengan insan lain sebelum ini lebih-lebih lagi dengan seorang lelaki. Hanya Nisa dan Pheobe sajalah yang menjadi tempat aku meluahkan segala keluh resah sejak aku mengenali mereka berdua dengan rapat semasa ditingkatan 2. Sepanjang tahun-tahun persekolahan yang sebelumnya, aku cuma bersendirian tiada berteman. Bukan aku menyombong atau lebih suka begitu tapi kerana sejarah silam semasa di sekolah rendah yang membuatkan aku serik untuk mempercayai sesiapa pun. Aku masih terlalu mentah dalam mengenali sikap dan hati seorang manusia. Dalam adat berkawan, tidak seharusnya aku meletakkan terlalu tinggi kepercayaan terhadap rakan karibku sendiri. Syaitan sentiasa membisikan hasutannya kedalam hati manusia yang alpa. Perasaan tamak, dengki, iri hati dan dendam membuatkan rakan karibku mengkianati kepercayaan dan persahabatan kami. Sepanjang 2 tahun persekolahan aku duduk disebelahnya. Entah mengapa timbul pula perasaan iri hatinya kepada diriku sedangkan aku begitu mengagumi dirinya.

Kawan karib di zaman kanak-kanak ku dulu seorang yang cantik. Boleh dikatakan dia sangat dikenali dan dikagumi dalam kalangan rakan-rakan kami yang lain. Ramai juga budak-budak lelaki di sekolah kami yang menyukainya. Aku juga turut menyukai rakan karib aku itu yang sangat rapat dengan ku berbanding yang lain. Namun aku sering merasa rendah diri kerana diriku begitu kontra dengan dirinya. Aku tidak memiliki rupa paras yang cantik. Perwatakkan aku pula agak kasar seperti lelaki, tidak seperti murid perempuan lain yang sebaya denganku. Kerana itulah aku tidak punyai kawan-kawan yang ramai dan mengagumiku. Hanya dia sahaja yang ingin berkawan baik denganku. Adak ala aku cuba-cuba juga mengubah diri untuk menjadi seperti sahabat baik ku itu tapi aku cepat mengalah. Emak selalu memarahiku kerana bersikap seperti lelaki sedangkan aku berambut panjang berwarna hitam pekat dan lebat hingga ke paras pinggang yang sering disisir dan diikat rapi oleh emak setiap hari sebelum ke sekolah. Tidak sesuai benar jika aku berperwatakkan seperti lelaki sebegitu bebel emak ditepi telingaku setiap kali aku bersikap nakal dihadapannya. Kadangkala telinga aku sering juga ditariknya manja bila aku menjawab apabila dia memberi leterannya kepadaku untuk berkelakuan baik sebelum kesekolah. Bukan aku sengaja tidak mahu bersikap sopan-santun, lembut dan ‘control ayu’ seperti kebanyakkan kawan-kawan perempuanku disekolah yang berlakon seperti ala-ala kanak-kanak perempuan melayu terakhir tapi sebenarnya kawan-kawan aku lebih banyak dari kalangan murid lelaki. Malah aku dibesarkan bersama abang-abangku yang menjadi rakan sepermainanku sejak dari kecil lagi. Kerana itulah sedikit sebanyak sikap kasar dan ganas seperti kanak-kanak lelaki menjadi identitiku.

Dalam banyak-banyak perkara dizaman kanak-kanak ku ketika itu, hanya satu yang aku mampu lakukan ialah dengan mengekalkan reputasi pelajaran di antara yang terbaik dalam kelas kami setiap kali peperiksaan. Guru kelas kami juga menyukai aku. Dia menganggap aku seperti anak angkatnya sendiri. Aku dicalonkan oleh guru kelasku untuk menjadi pengawas sekolah kepada biro bahagian disiplin. Setiap guru kelas akan mencalonkan seseorang dari setiap kelas berdasarkan prestasi pelajaran dan sikap didalam kelas. Dari tahun sebelumnya lagi guru kelas kami yang dahulu mahu melantik aku menjadi pengawas sekolah tetapi aku menolaknya kerana sudahpun membeli seragam sekolah yang biasa. Jika dilantik menjadi pengawas sekolah, kesian pula emak kerana harus membeli seragam yang lain kepadaku. Tapi kali ini dari awal-awal lagi sebelum memulakan persekolahan pada tahun seterusnya, guruku itu sudah pun berpesan kepadaku mengenai hal ini. Hanya kerana aku dipilih, kawan karib aku menyemburui aku dalam diam. Sakit hatinya membuak-buak apabila aku juga turut dinaikkan kelas dan tidak lagi sekelas dengannya. Lalu selepas itu timbullah permainan hasutannya kepada orang yang cuba berkawan denganku. Berbagai-bagai cerita buruk yang telah dia sebarkan mengenai diriku aku sehingga tiada yang ingin mendekatiku. Keadaan menjadi semakin rumit sehingga membabitkan orang tua kami. Aku sedikitpun tidak menyangka kawan karibku sendiri sanggup memburuk-burukkan aku dengan mereka-reka cerita sebegitu. Hati aku cukup terluka bila segalanya terbongkar. Dia kemudiannya berpindah ke sekolah yang lain kerana mengikuti keluarganya. Aku tidak lagi mempercayai dan mempunyai sesiapa pun selepas itu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengannya lagi setelah dinasihati oleh orang tuaku. Mak berpesan kepadaku, “…kalau nak percayakan kawan biarla berpada-pada…Jangan mudah percayakan orang yang buat baik pada kita. Dalam hati dia kite tak tahu dan tak boleh bace niat baik atau buruk dia yang sebenarnye lebih-lebih lagi dengan orang yang suke berdengki ni… Manusia ni ade macam-macam perangai… Beringat-ingat la lepas ni bile pilih kawan tu.”

Mengenali Nisa dan Pheobe semasa disekolah menengah mengubah hidupku untuk kembali ceria dan mula mempercayai seorang sabahat kerana mereka juga mempercayai diriku. Keluarga kami juga saling mengenali dan senang dengan persahabatan kami yang akrab ini. Dan kini aku ditemukan pula dengan seseorang yang berlainan jantina untuk berkongsi perjalanan hidupku. Mungkin aku terlalu mudah mempercayainya walaupun aku sentiasa mengingati pesanan emak dan pengalaman yang pernah aku lalui dizaman kanak-kanakku. Tapi keperibadian Hairi berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali. Mungkin kerana perbezaan usia kami yang membuatkan aku menghormatinya. Setelah mengenali Hairi, hanya cerita mengenai apa yang kami bualkan ditelefon saja yang sering menjadi tajuk perbualan antara aku dengan sahabat-sahabat baikku. Ada kalanya aku perasan akan perubahan reaksi pada wajah sahabat ku itu yang mulai merasa jemu dengan cerita mengenai Hairi yang tak lekang dari bibir ini tapi mereka tetap tersenyum kepadaku. Mungkin mereka juga turut merasa senang hati melihat aku gembira sebegini. Aku sendiri tidak dapat mengawal tindakkanku ini. “Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku jika aku membuat kamu semua merasa jemu.”

*     *     *     *     *     *     *


“I noticed, when I looked at him, I saw his pair of shining eyes staring at mine…”

 Hairi merupakan pendengar yang setia, seorang teman yang paling baik dan tidak pernah merasa jemu melayan setiap kerenah ku. Tidak pernah sebelum ini aku mengenali lelaki yang begitu mengagumi diriku dari segala sudut dan dia cukup memahamiku sepenuhnya sedangkan aku sentiasa memikirkan diriku ini serba kekurangan dan tidak diminati kebanyakkan lelaki. Tetapi ternyata sekali Hairi mempunyai pandangan yang sebaliknya. Malahan dia sekerasnya tidak menyetujui pendapatku itu. Dia tidak langsung melihat kekurangan dalam diri ini. Malahan dialah yang membuka mataku yang diriku ini begitu istimewa dan miliki kelebihan yang tidak dimiliki sesetengah insan lain. Waktu hati ini berduka, dialah yang menceriakannya. Aku menjadi serba salah apabila abang Adrie selalu membebaniku dengan masalah yang dihadapinya mengenai seorang gadis yang juga menuntut di tempat yang sama dengannya dan membuatkan emosiku ini agak terganggu. Aku rimas dengan sikapnya yang sering melemparkan segala perasaannya terhadap gadis itu kepadaku. Kenapa tidak berterus-terang saja jika benar-benar menyukai gadis itu daripada memendam perasaan sendiri dan cemburu buta bila si gadis idaman didekati lelaki lain? Mahu saja aku berterus-terang dengannya tapi risau pula jika melukai hatinya. Mujurlah ada Hairi yang begitu memahami perasaan ini. Hairi banyak memberi pandangan dan nasihat kepadaku selain menyokong tindakkanku.

“You had turn my life around, bring light and colour into my life, colour it with your wonderful laughter, cute smile, beautiful eyes and with your loveable attitude”

Hairi berpendapat diriku cukup sempurna. Baginya, dia cukup bertuah kerana mengenali diriku kerana aku telah memberi sinar baru dalam kehidupannya yang selama ini kosong dan tiada berseri. Akulah warna-warni dan pelangi yang menghiasi mimpi-mimpi dan kehidupannya. Akulah lagu-lagu indah yang dinyanyikan disetiap harinya. Akulah bintang-bintang terindah dilangit malamnya yang cerah. Akulah pengubat dikala hatinya gundah dan Hairi pernah menbayangkan hasratnya untuk menghabiskan sisa hidupnya bersamaku. Aku begitu tersentuh dengan cara dan kata-kata manisnya. Dia pernah berpesan agar aku mensyukuri dan berterima kasih kepada tuhan kerana mengurniakan diriku sifat-sifat istimewa yang dikurniakan ke atas diriku. Dia meminta aku agar jangan pernah mengubah diriku yang seadanya ini kerana diriku ini sudah pun yang terbaik. Aku benar-benar terharu apabila Hairi mendendangkan lagu Stay The Same oleh Joey Mcintyre khas untuk diriku. Memang benar hati ini belum pernah merasai perasaan berbunga dan bahagia apabila didampingi lelaki sebegini. Hati ini mudah saja cair mendengar pujiannya walaupun aku pura-pura seperti jual mahal.

I wonder when I can see you again…
To see once again the smile
That I once saw 14 days ago…
It was the same smile
That I saw 41 days ago…
It was so sweet and warm
A smile from a girl of my dream
From a girl whom I call my angel…

*     *     *     *     *     *     *


S
ebulan sudah menjalani ibadah puasa, kini tiba sinar Syawal membawa seribu keberkatan dan kegembiraan kepada umat Islam setelah penat sebulan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa. Dalam mencari keredhan dalam menyempurnakan rukun Islam ke tiga ini, sambutan bulan Syawal sememangnya sentiasa diraikan dengan meriah oleh umat Islam disini. Sesi persekolahan dalam bulan Ramadhan agak memenatkan tetapi berjaya juga diharungi dengan penuh kesabaran. Tugasan pula semakin bertambah untuk kertas kerja dan amali untuk subjek Biologi. Peperiksaan akhir tahun juga menambahkan lagi pening kepala ini. Aktiviti luar juga menjadi terbatas. Namun, sambutan Syawal tetap tidak diabaikan. Aku hanya membuat persiapan kecil sahaja kerana terlalu sibuk dengan sesi persekolahan. Kebiasannya aku akan mengadakan jamuan rumah terbuka semperna syawal buat teman-teman dan rakan-rakan sekelasku. Tradisi ini tetap diteruskan pada tahun ini.

Tasha singgah ke rumah ku petang itu selepas pulang dari bandar. Kami bercadang untuk ke bazar Ramadhan bersama-sama. Hampir setiap minggu kami akan ke bazar Ramadhan dengan mengajak Nadia bersama-sama untuk membeli juadah kegemaran kami ataupun hanya sekadar untuk berjalan-jalan mengambil angin petang ke situ. Bazar Ramadhan terletak tidaklah jauh dari rumah kami. Dengan membonceng skuter memudahkan kami melepasi kesesakkan lalu lintas di kawasan tapak bazar Ramadhan.
“Emm macam mane awak dengan Khairel? Dia ade contact awak?” Tasha tiba-tiba bertanyakan tentang Khairel apabila aku menceritakan kepadanya mengenai keakraban aku dengan Hairi dan hasrat aku untuk menjemputnya ke jamuan rumah terbuka hari raya dirumah ku nanti.

“Khairel ade SMS dengan saye tapi tak de la selalu sangat…”Aku duduk bersandar di buaian dihalaman hadapan rumahku sambil bersembang dengan Tasha. Masih terlalu awal pula untuk ke bazar Ramadhan petang itu.

“Awak tak nak jemput dia ke datang beraya rumah awak nanti? Azlan pun nak datang. Boleh la suruh dia ajak Khairel sekali. Diorang pun time tu dah ade kat Poli. Cuti raya diorang tak lame pun pakwe saye kate…” Tasha menyisir-nyisir rambutnya yang melepasi bahu itu dengan jari-jemarinya.

“Saye ade ajak dia…tapi tak tahu la dia nak datang ke tak… Dia tak pernah jumpe saye tibe-tibe nak datang rumah saye lak mesti la rase kekok lak nanti... Awak bagitau la kat Azlan kalau dia nak datang boleh jugak ajak Khairel tu sekali. Saye tak kesah pun pasal memang saye ajak ramai kawan-kawan datang.” Aku berbual sambil menekan-nekan butang ditelefon bimbit untuk menghantar SMS kepada Nadia menyuruhnya bersiap. Aku berjanji akan menjemput Nadia dirumahnya pada jam 5 petang. SMS dari Hairi tidak putus-putus ku terima membuatkan telefon bimbitku sentiasa berada ditangan sehinggakan perbualan aku dengan Tasha sedikit terganggu. Tasha ada juga berbalas SMS tetapi tidaklah sekerapku. Aku sedikit segan kepadanya.

“Azlan cakap dia tu memang pemalu orangnya tapi takpe… nanti saye suruh Azlan pakse jugak si Khairel tu datang sekali.” Tasha menjelingku yang sibuk membalas SMS dari Hairi lalu menyabung kata-katanya, “…amboi…lajunye duk SMS… Awok ni pun nak cakap dengan saye pun busy reply message je… Dengan Khairel ke dengan Hairi?”

“Hehehe!… Mane ade… Ermm dengan dua-dua. Hairi cume bagitahu saye dia pun nak gi bazar jugak tapi kat K.T la…” Aku tersenyum sipu kepada kawanku itu. “… Kan awak suh saye ajak Khairel. Ni saye nak bagitau dia la ni bile hari yang saye nak buat open-house raya nanti. Tapi tak baik la pulak nak pakse-pakse orang kalau da tak sudi tu…Terpulang kat dia la nak datang ke tak…”.

“Ala belum cuba belum tahu lagi… Lagipun ni la peluang awak nak kenal-kenal dia… mane tahu dia lagi sesuai dengan awak ke?” Tasha mengenyit nakal kepadaku.

“Hish! Kesitu pulak awak ni… Saye berkawan je la…” Aku berpura-pura marah dengan kata-kata Tasha.

“Memang la kawan dulu… mane la tahu kot-kot lepas tu jadi lain ke? Awak pun tak pernah bercinte kan? Bile lagi nak try? Hairi tu awok jumpe da…ni turn utk jumpe khairel lak… Azlan cakap Khairel tu baik orangnye. Saye tengok gambar dia pun smart je nampak.”

“Iye la tu…memandai je nak affair kan orang kan? Eh, jom la kite gerak. Dah kul 5 pun. Nanti bebel pulak cik Nadia tu tunggu kite lame-lame.” Aku cepat-cepat mengalih topik perbualan supaya tidak terjerat dengan helah si Tasha itu yang mahu mengcungkil rahsia peribadiku. Biarlah ianya menjadi satu rahsia yang hanya aku sahaja yang tahu. Aku tidaklah mengenali Khairel dengan rapat walaupun kami sering berbalas SMS. Aku cuma mengetahui tentangnya melalui cerita-cerita dari Tasha yang diceritakan oleh teman lelakinya yang juga tinggal serumah dengan Khairel. Khairel dan Azlan sama-sama menuntu di Politeknik Dungun dan mengambil bidang kejuruteraan di tahun ke dua. Khairel agak baik dan pemalu orangnya dan aku menerimanya seperti kawan-kawan yang lain. Tasha pula beria-ria menyuruhku mengajak Khairel ke jamuan nanti untuk menemukan kami buat kali pertama. Oleh kerana aku turut menjemput Tasha bersama teman lelakinya kerumahku jadi inilah peluang mereka untuk turut memperkenalkan aku kepada Khairel secara bersemuka. Segan pula aku jadinya kerana belum pernah sebelum ini mengajak seseorang yang belum pernah aku temui untuk ke rumahku. Tapi tak mengapalah. Datang pada hari raya tak salah dan sesuai sangatlah dengan tema rumah terbuka yang aku akan adakan nanti. Kehadirannya sebagai salah seorang tetamu akan aku sambut dengan baik seperti aku menyambut tamu-tamuku yang lain juga nanti. InsyaAllah…

Saturday, October 2, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 7


Chapter 7

D
alam tidak sedar, aku dibelenggu dilema apabila Azreen membuat pengakuan tentang perasaannya terhadapku. Aku menjadi serba salah kerana abang angkatku sendiri juga seperti memiliki perasaan lebih dari hanya kawan terhadapku. Aku buntu dan tiada tempat untuk mengadu selain kepada Hairi. Lagipun aku selesa berbicara tentang kehidupanku kepada Hairi. Hairi ternyata lebih memahami diriku. Selama ini aku cuma berkawan biasa dengan Azreen. Tidak pula aku menunjukkan minat terhadapnya dalam perkenalan kami. Bagaimana pula dia boleh memiliki perasaan lebih dari seorang kawan terhadapku pula? Kata Azreen, hatinya terpaut apabila pertama kali melihatku dan dia merasakan perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Dia cuba untuk melupakannya tetapi ingatan terhadapku semakin kuat.Tidak aku menyangka begini pula jadinya. Namun kali ini Hairi benar-benar menunjukkan perasaan cemburu lebih-lebih lagi apabila aku memceritakan mengenai pengakuan Azreen itu. Hairi terus menelefonku. Nada suaranya berbunyi seperti sebak dan berputus asa.

“Kenapa you give up cepat sangat with me?” nadaku perlahan dan sayu. Aku sedikit kecewa dan berkecil hati dengan keputusan yang dibuat Hairi.

“I bukan nak give up tapi… I tak nak you serba salah nak buat keputusan…Cukup la 2 orang tu yang buat serabut kepala you... I tak nak I pun buat you rase camni... Lagipun Azreen tu is one of my student...” Nadanya berbaur sebak tergantung dihujung talian.

“I takde mention ape-ape pun about you kat Azreen… Dia tak tahu pun Zara kenal you jugak… Tapi Hairi, kenapa…bile ade masalah camni timbul, you senang-senang je give up?…I thought…I thought you liked me… Kenapa senang-senang je you biar I pergi?...” Aku benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan Hairi. Kenapa dia tidak mempertahankan sesuatu yang disukainya terlepas dari tangannya sendiri? Sedangkan aku sangat berharap agar dia mempertahankan haknya.

“I have to act professionally like an adult Zara... I tak nak you dibelenggu masalah macam ni… Kalau you betul-betul sukakan Azreen, I…I rela undur diri demi happiness you…walaupun sebenarnya hati I tak sanggup pun…”. Nada kekecewaan jelas kedengaran dalam suara Hairi membuatkan aku lebih terkedu cuba mengawal perasaan.

“Tapi…I …I lebih suka you…Bagilah I waktu untuk selesaikan my problem dengan Azreen dan abang angkat I tu…I anggap diorang tak lebih dari kawan je.” Aku agak ragu-ragu untuk membuat pengakuan menyukai Hairi. Apa tidaknya, inilah kali pertama aku menyatakan aku menyukai seseorang lelaki secara langsung. Segan pula perasaan ini untuk meluahkan isi hati yang tersirat.

“Zara…You…memang tahu kan? I…obviously suka you. Cuma…I tak nak paksa you or put you in difficult situation... I tak nak tengok you bersedih Zara…I nak kite jadi macam selalu. You happy, I pun happy… After this, I tak kan senang-senang nak give you up kat orang lain… I pun tak nak Azreen amik you dari I.” Kedengaran ada perubahan pada responnya kali ini. Hairi lebih ceria berbanding permulaan perbualan kami. Aku juga turut tersenyum dan bersyukur mendengar luahan hati darinya. Perasaan ini bertambah-tambah berbunga.

Aku mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan dan memikirkan jalan yang terbaik untuk tidak melukai hati dan perasaan mana-mana pihak lebih-lebih lagi untuk kebaikkan diriku sendiri. Aku berterus-terang kepada Azreen dan memintanya untuk memberikan lebih ruang waktu untuk mengenali hati dan diri antara satu sama lain. Masih terlalu awal untuk membuat keputusan dalam perkenalan kami untuk ke tahap yang lebih serius. Aku mahukan kami terus berkawan dan tidak pula mahu terburu-buru dalam membuat keputusan seperti ini. Aku agak hairan bagaimana Azreen boleh menyukai diriku sedangkan kami baru beberapa minggu berkenalan dan aku berSMS dengannya sama seperti aku melayan SMS teman-temanku yang lain dan tidaklah pula terlalu aktif memberi respon kepadanya. Entah bagaimana dia boleh memiliki perasaan lebih dari itu terhadapku. Mujurlah Azreen menerima jawapanku dengan baik. Dia juga tidak mendesak. Begitu juga dengan abang angkatku.

“Tak ape la dik… Abang faham. Abang pun tak expect adik akan terima abang.” Nadanya kedengaran sedikit hampa.

“Zara cuma anggap abang Adrie macam kawan je… Maaf la kalau buat abang dah salah faham.” Aku cuba bersikap matang dalam setiap tutur kata dan berhati-hati agar tidak mengguris perasaannya.

“It’s okay dik… Cuma abang nak tanya ni, adik dah ade orang lain ke yang curi hati adik abang ni??” Suara abang Adrie menduga mencuba mencungkil rahsiaku.

“Emm…sebenarnya memang ade…Just baru kenal lagi. Still dalam prosess mengenali hati budi masing-masing…” Balasku dengan malu-malu.

“Oww…melepas la kiranye abang ni?...Hahaha!...hmmmp… Takpe la dik… Tak dapat buat girlfriend, jadi adik angkat pun cukup la…Hahaha! Abang gurau je la. Anyway, Abang tumpang gembira untuk adik. Bertuah la orang tu dapat pikat hati adik abang yang paling special sorang ni. Abang sendiri pun tak dapat nak pikat…Huhuhu!”, Abang Adrie memuji sambil bergurau-senda.

“Jangan la cakap macam tu… belum ape-ape pun lagi. Zara nak berkawan je dulu dengan dia. Belum masanya yang sesuai lagi.” Pintasku sambil tersimpul malu.

“Tak ape…take it slow. Jangan rushing. Abang tak nak adik abang ni dikecewakan… Kalau dia buli atau sakitkan hati Zara, bagitau abang. Biar abang pergi cari dia and belasah dia cukup-cukup!” Bersemangat pula kata-kata abang Adrie sambil ketawa kecil.

Zara takut abang je nanti yang kene belasah dengan dia…dia tu jurulatih teakwando blackbelt lagi tau…Huhuhu!

“Ye ke? Kalau dia ade black belt, abang ade baju silat warna black! Abang bukak kekuda silat la! Hahaha!”. Kami tertawa bersama-sama. Lucu pula lawak abang Adrie yang aku kenali sejak di tingkatan 4 lagi yang juga merupakan pelajar senior kepadaku. Hatiku cukup riang dan lega. Alhamdulillah syukur segalanya berjalan dengan baik. Tiada hati yang terluka dalam menerima keputusan dariku ini. Mungkin mereka sengaja tidak menunjukkan perasaan terselit dihati kerana tidak mahu aku merasa bersalah. Mungkin juga inilah ujian dari yang Esa mahu menduga perasaan hatiku. Aku menadah kedua tapak tangan dan berdoa semoga aku membuat keputusan yang tepat dan tidak menyakiti hati dan perasaan insan yang lain. Amin ya rabbal alamin…

*     *     *     *     *     *     *


Hubungan antara aku dan Hairi semakin intim. Setiap hari aku tidak henti-henti menerima panggilan dan SMS darinya. Dia tidak pernah lupa untuk mengirim kabar kepadaku. Ada saja perkara yang ingin diceritakan dan dibualkan yang boleh membuat aku tertawa. Kami pernah bertukar gambar melalui surat menyurat. Dia menghantar banyak gambar-gambarnya kepadaku dan meminta aku membalasnya dengan mengirimkan gambar-gambarku kepadanya. Hairi menghitung hari-hari yang dilalui semenjak perkenalan kami. Dia sememangnya merancang untuk bertemu denganku lagi. Kebetulan pula persatuan Teakwando yang disertainya akan mengunakan dewan sekolah aku lagi untuk acara grading untuk daerah ini. Acara ini menilai kemahiran pelajar-pelajarnya dalam Teakwando mengikut tahap-tahap yang telah ditetepkan. Inilah kesempatan yang ditunggu-tunggu untuk kembali ke sini walaupun khidmatnya tidaklah diperlukan.

“Macam mane dengan si dia yang teakwando tu Zara?”, tanya Asmurni dari belakang ketika membongceng skuter milikku sewaktu hendak pulang ke rumah.

Eh? Macam mane As tahu ni?” Aku sedikit kehairanan.

Ala… As kan ramai spy. Hehehe! Cerita la skit Zara? Bile nak jumpe dia lagi?” As bersemangat dengan perasaan ingin tahu.

“Amboi…cepat jer dapat hot story ea?…Dia ade je…Nanti hujung minggu ni dia nak datang sini ade teakwando grading… Sambil-sambil tu jumpe Zara skali la…” Aku tersenyum memikirkan perkara itu. Skuter itu ku pandu perlahan menyusuri jalan kampong yang sedikit sibuk dengan kenderaan-kenderaan yang menghantar pelajar pulang ketika itu. Aku ada menceritakan hal mengenali Hairi kepada Bb dan Nisa tapi tidak pula kepada Asmurni. Barulah aku teringat kejadian sewaktu di tapak perhimpunan awal pagi tempoh hari. Semuanya kerana Bb yang selalu mengusikku dengan nama Hairi sehinggakan ianya menjadi satu kontroversi dikalangan rakan-rakan sekelasku. Itu pun Nisa yang memberitahu As sambil menyindirku. Makin hari makin menjadi-jadi usikkan Bb dan Nisa. Suka sangat mereka menyakatku.

“Oww... Suke la tu…hehe! Ade gambar dia tak? As nak tengok.” Asmurni menongkat dagunya di bahuku. Topi keledar yang kami pakai berlaga sedikit sesama sendiri.

“Ade… Ni dia kasi baru-baru ni. Dia post kat Zara.” Aku menyeluk poket baju sekolahku mengambil sesuatu dan menghulurkan telefon bimbitku kepada Asmurni dengan tangan kanan masih memecut perlahan mengawal skuter yang dipandu.

“Wah!... comelnye key-chain dia… Orangnya pun handsome la Zara…Apesal mase hari tu As tak perasan pun muka dia ni?” Aku membiarkan pertanyaan Asmurni itu tergantung disitu dengan senyuman lebar meleret hingga ke telinga. Asmurni membelek-belek key-chain yang tergantung pada telefon bimbitku itu berkali-kali. Key-chain berloceng itu memuatkan gambar kecil milik Hairi. Aku sengaja meletakkannya di dalam key-chain itu kerana Hairi memberitahuku dia meletakkan gambarku di dalam dompetnya untuk mengingatiku selalu. Jadi, aku memilih untuk meletakkan gambarnya pada key-chain comel itu supaya mengingatinya juga. Gambar-gambarku yang lain diletakkan dalam album khas yang comel yang dibelikan khas untuk aku. Hairi sememangnya agak romantis dan pandai mengambil hati. Aku tersenyum gembira setiap kali fikiran ini mengingati tentang Hairi. Mungkin benar aku sudah di sampuk penyakit angau seperti kata abang kerana lelaki ini.

Hairi...Hairi…you memang special bagi Zara…” bisikku sendiri dalam hati.


*     *     *     *     *     *     *

Friday October 28th

Dear diary,

Aku menemui Hairi buat kali kedua pada hari ini. Semalam aku berbual panjang dengannya sehingga jam 3 pagi. Akibatnya, dia bagun lambat pagi tadi dan ditinggalkan kawan-kawannya yang akan ke sini untuk acara teakwando grading yang diadakan di dewan sekolah aku. Dia lebih risau kalau-kalau tak dapat menemuiku daripada dimarahi kawan-kawannya kerana terlambat. Hairi memang kelakar...

Dia tak berfikir panjang sehingga sanggup mengambil teksi dari Kuala Terengganu untuk mengejar kawan-kawannya yang dalam perjalanan ke sini. Matlamat dan tujuannya hanya satu, iaitu untuk bertemu dengan aku hari ini. Mujurlah dia sempat mendapatkan kawan-kawannya yang berhenti di Paka untuk bersarapan pagi.Terbang RM50 untuk tambang teksi yang agak mahal untuk perjalanan destinasi yang tidaklah terlalu jauh itu. Setibanya di Kemaman, dia merasa sangat-sangat lega lalu menelefonku untuk menceritakan segala yang telah dilalui. Kami ketawa bersama. Suara Hairi kedengaran excited semacam nak bertemu denganku buat kali ke dua ini. Katanya nervous tu ada jugak. Sementara menunggu upacara bermula, dia sempatlah beristirehat di surau sekolahku terlebih dahulu.

Aku mengajak Nadia ke sekolah menemani aku menemui Hairi. Segan pula jika hendak pergi bersendirian. Nadia tidaklah begitu tahu akan cerita perkenalan aku dengan Hairi. Semasa memintanya menemaniku, sempat jugalah aku menjelaskan secara ringkasnya kepada Nadia yang sibuk ingin tahu siapkah geranan jejaka yang ingin aku temui. Aku berjanji akan menceritakan segalanya padanya setelah menemui Hairi nanti. Jadi, makin seronoklah si montel Nadia itu mengusik aku mengenai Hairi. Katanya jika Hairi punyai teman yang handsome dan masih single macam dia, bolehlah kenalkan dengannya pula…Haiii…Macam-macam pula minah tu… Tapi tak mengapalah. Aku sudah biasa diusik Nadia. Mungkin juga dia tak pernah melihat aku bersungguh-sungguh sehingga sanggup datang ke sekolah pada hujung minggu terutamanya dalam bulan puasa seperti ini dan turut memaksa dirinya untuk menemani aku membuat dia tak henti-henti meyindirku dengan senyuman yang sinis... Semuanya hanyalah untuk menemui Hairi sekali lagi. Ini merupakan pengalaman pertama dalam sejarah hidupku.

Setibanya di dewan sekolah, hatiku cukup berdebar-debar. Segan pun ada. Mahu saja jantung ini tercabut dari tempatnya kerana degupannya seperti sudah hilang iramanya umpama baru berlari 2 kilometer dari rumah untuk sampai ke sekolah. Pipiku pula sudah kemerah-merahan kerana melihat senyuman sinis si Nadia. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Cuaca petang itu juga sangat baik. Sudah lama kami menunggu peluang untuk bertemu lagi selepas perkenalan tidak lama dahulu. Aku kuatkan hati dan semangat untuk melangkahkan kaki ini untuk bertemu dengan si dia seperti yang telah di janjikan.

Selangkah kaki ini menapak di hadapan pintu dewan usang itu, aku terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangi aku yang berpakaian seragam teakwando berwarna putih bersama tali pingang hitam sedang berbual dengan seorang lelaki lain yang berpakaian sama sepertinya. Aku cuma membuat andaian dan memanggil namanya dalam hati dan dengan tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arahku dengan sebuah senyuman seperti menjawab panggilanku itu. Aku terus terpaku… Adakah ini satu kebetulan atau adakah aku sedang bermimpi di dalam jaga?

Dalam hati ada taman
Taman mewangi berbunga mekar
Seindah mimpi di alam realiti
Mimpi dihati bagaikan sang puteri

Gugurnya kelopak mawar mewangi
Menghiasi indah ruang pandangan
Meraikan pertemuan sepasang hati
Inilah syurga ditaman idaman…

Jika ini mimpi, aku ingin terus bermimpi. Jika aku dalam jaga, tak dapat aku meluahkan perasaan dalam hati ini dengan kata-kata. Perasaan yang aku alami ini cukup luar biasa ketika bertentang mata berbalas senyuman dengannya. Terasa seperti berada di awan-awangan. Gugur kelopak-kelopak mawar dan sakura di sekeliling kami bagai musim bunga membuatkan hati ini cukup berdebar-debar dengan penuh kegembiraan. Hati ini merasakan kelainannya. Itulah saat romantis pertama kali seumur hidupku yang belum pernah aku rasakan sebelum ini.

Inilah kali ke dua bersemuka dengan si dia yang aku sukai melalui suara dan pertemuan pertama tidak lama dahulu. Sebelum ini hanya rancak bersembang di telefon saja. Ternyata dia nampak sedikit gugup. Hairi tak ubah seperti dalam gambar-gambarnya. Pipinya kelihatan kemerah-merahan menunjukkan tanda-tanda sama ada segan melihatku ataupun menahan bahan suasana agak panas petang ketika itu. Kami tidak sempat berbual panjang. Masing-masing malu-malu dan segan-segan. Muka aku juga sudah kemerahan menahan perasaan.Tambahan pula apabila rakan Hairi tersenyum sinis kearah kami ketika Hairi berbual dengan ku.

“You look beautiful…And thanks for meeting me again here…” Hanya itu kata-kata yang bermain-main di ruang fikiran ini membuatkan hati ini berbunga-bunga kegembiraan selepas pulang menemuinya. Suara dan nadanya sama saja seperti Hairi yang selalu menemaniku setiap hari di telefon. Tak sangka kami akan bertemu buat kali ke dua nya di sini lagi. Dia merasa bersalah kerana tidak dapat bersamaku dengan lebih lama. Katanya dia sangat gembira menemuiku. Jika dia tahu aku lebih gembira dapat menemuinya…cuma mujurlah aku masih mampu mengawal perasaan ini apabila berhadapan dengannya.

Tadi, kami berbual panjang di telefon lagi. Hairi menceritakan segala yang dia lalui hari ini kepadaku. Hairi memberikan aku gelaran ‘Angel’. Katanya kerana sewaktu dia melihat aku, aku tersenyum bagaikan Angel. Tambahnya lagi, aku memiliki senyuman yang menawan dan dia sangat menyukainya. Katanya, ketika pandangannya terkunci kearahku, dia melihat aku seperti bercahaya kerana sinar matahari ketika itu seperti menyinai diriku dengan indah dan sempurna sekali. Terlalu banyak yang dipujinya sehingga muka ini kemerahan sekali lagi menahan malu walaupun kami hanya bercakap di telefon. Pujiannya terlalu manis dan romantis buat ku. Senyuman ini tidak putus-putus terukir dibibir. Agaknya aku juga sudah mula menyukai lelaki ini dari dalam hati…