Wednesday, December 22, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 9



H
ari jamuan yang dijanjikan telah pun tiba. Aku mengadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya ke sepuluh. Mak tidak henti-henti bekerja didapur sambil dibantu oleh Kak Ngah dan aku sendiri. Alhamdulillah dari pagi kawan-kawanku tak henti-henti datang menziarah. Makan free siapalah yang akan menolak? Tambahan pula pada hari cuti hujung minggu sebegini. Rakan-rakan sekelas yang berketurunan cina juga tidak ketinggalan. Pheobe turut hadir bersama mereka. Meriah sekali suasana di rumahku hari ini. Kawan-kawan sekolah semasa aku di Tingkatan 5 juga turut hadir. Penat sungguh melayan tetamu namun tamu yang diharapkan datang tak juga muncul tiba. Nasi minyak yang emak sediakan sudah pun berkali-kali ditambah dalam bekas hidangan buffet dan dipuji mereka yang merasa masakkan emakku berkali-kali sehingga ada yang tidak segan silu untuk menambah nasi lagi.

Hairi tidak dapat hadir kerana masih lagi berada di kampung bersama keluarganya. Dia benar-benar rasa bersalah dan hanya menyampaikan salam kepada keluargaku. Azreen pula tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke sini. Rumahnya begitu jauh di Kuala Terengganu. Tapi tak mengapalah. Kehadiran kedua-dua sahabat baik ku sudah cukup menceriakan hati ini. Kami sempat bergambar bersama-sama dan berbual-bual. Walaupun jamuan ini merupakan jamuan hari raya, aku mengenakan baju cheomsam berwarna putih mutiara bercorak bunga-bungan kecil berwarna merah bersama skirt labuh hitam hitam jarang berlapik kain satin licin yang sama warnanya dengan corak pada baju cheomsamku itu. Rambutku pula diikat separuh pada paras telinga dengan kelip rambut bereben merah. Rambut selebihnya disisir ke bawah dan tersusun rapi dibahuku. Dengan bedak alas yang tipis dan sedikit lip balm merah jambu yang dicalit sedikit pada bibir, aku kelihatan ringkas tetapi tetap mendapat pujian dari kalangan kawan-kawan lelaki yang suka menyakatku. Sempat pula aku diperli kononnya mereka tersilap datang ke rumah ‘amoi’ yang menyambut Tahun baru Cina.

Senja kian menjelma. Emak dan Kak Ngah tak kering tangan didapur manakala aku pula mula berkemas-kemas apabila tamu-tamuku sudah beransur pulang. Lagi 2 jam sudah mahu magrib. Hari sudah petang ketika Nadia, Tasha bersama teman lelaki Tasha, Alzan dan dua orang kawannya datang ke rumahku sebagai tetamu yang terakhir. Fara bersama sepupu perempuannya masih lagi berada dirumahku kerana menunggu kedatangan Tasha dan Nadia. Yang sebenarnya, dia mahu melihat kawan kepada Azlan yang berkenalan denganku itu. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan sengaja ingin mengenakan aku dengan menganggap Khairel meminati aku. Aku menjemput mereka masuk dengan layan mesra walaupun sudah keletihan seharian menerima tetamu tak henti-henti sejak pagi tadi lagi. Keadaan menjadi agak kekok apabila masing-masing hanya berbual sesama mereka. Azlan, Khairel dan rakan kepada Khairel yang juga datang menemani Khairel duduk dikerusi berhampiran meja yang menghidagkan juadah-juadah yang baru aku tambah untuk mereka. Kehadiran Khairel dirumahku ketika itu membuatkan aku merasa sangat segan lebih-lebih lagi apabila si Azlan, Nadia dan Tasha asik tersenyum sinis menyakatku. Aku pula tidaklah begitu mengenali teman lelaki Tasha dan kawannya itu. Fara dan sepupunya sudah mahu pulang kerana hari sudah lewat petang. Sempat juga si Fara itu menarik tanganku mengajak aku untuk menghantarnya hingga ke luar pagar.

“Zara, handsome gak kawan pakwe Tasha tu… Ape name dia? Khairel eh? Ape lagi Zara, terima ke tak terima?” Si Fara berseloroh di tepi motorsikalnya sembil memakai topi keledar yang disangkut pada raga motorsikalnya. Sepupunya turut mengikutnya dari belakang dan hanya tersenyum mendengar gurauan si Fara itu.

“Kau ni same je dengan Tasha dan Nadia kat dalam tu… Suke la sangat ea duk menyakat aku kan?… Tunggu la turn korang nanti aku nak sakat korang kaw-kaw jugak tau!” Suka benar mereka membuli aku. Almaklumlah ini kali pertama aku terlibat dalam aktiviti ‘Love Match’ yang Tasha mulakan dulu. Nadia mangsa pertama yang di‘Matching’kan dengan Ridwan. Kemudiannya si Fara ini juga mangsa keduanya apabila Tasha memberikan gambar kami bersama sewaktu berkelah ditepi sungai kepada Azlan. Kawan Azlan yang melihat gambar kami kononnya berkenan untuk mengenali si Fara ini. Tapi setahu aku, meraka hanya setakat berkawan sahaja kerana si Fara ini sudahpun meminati orang lain. Macam mana pula aku boleh terlibat sama? Semuanya gara-gara si Tasha dan Azlan ini la. Tasha bertukar telefon bimbit dengan Azlan. Dalam telefon itu tersenarai semua maklumat dan nombor telefon kawan-kawannya termasuklah nombor telefon aku sekali. Untuk memendekkan cerita, si Khairel ini meminta Azlan untuk mencarikan seseorang untuknya. Si Azlan ini pula dengan berbesar hatinya memberikan nombor telefonku kepadanya kononnya aku sahaja yang masih single dan paling sesuai dalam ramai-ramai kawan-kawan perempuan yang dikenalinya. Jadi dari situlah kami berkawan dan mengenali satu sama lain. Aku merajuk seharian dengan Tasha kerana hal ini tetapi berjaya diyakinkan dan dipujuknya yang sememangnya arif dengan kelemahanku.

Inilah kali pertama aku bersua muka dan melihat Khairel. Rupanya sesedap mata memandang dan mirip lelaki cina kerana warna kulitnya yang agak putih dan matanya yang kecil dan sepet. Dia berasal dan tinggal di Kuala Lumpur dan masih menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dalam jurusan automotif. Khairel agak bergaya seperti pemuda-pemuda yang seusia dengannya. Dia memandu perodua kelisa berwarna putih yang disewanya. Dia mengenakan T-shirt Levi berwarna hitam bersama topi dan berjeans biru gelap. Khairel agak pendiam dan misteri orangnya berlainan sekali seperti yang aku kenalinya di dalam telefon. Dia lebih banyak bersembang bersama Azlan dan seorang lagi kawannya. Mungkin kerana segan almaklumlah inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumahku dan bertemu denganku. Hanya kawannya itu saja yang bertanyakan satu dua soalan kepadaku sedangkan Khairel hanya tersenyum dan menyampuk sepatah dua. Mereka semua pulang setelah hari senja. Khairel bertolak balik ke Dungun malam itu juga. Sempat juga aku memberi pesanan mesra sebagai kawan supaya dia memandu dengan berhati-hati. Kami berterusan berbalas SMS. Aku dapat menduga Khairel benar-benar sudah tertarik denganku.

“Macam mane open house rumah you tadi? Ramai tak yang datang?” tanya Hairi yang menelefonku selepas aku selesai solat Isyak.

“Alhamdulillah semuanya okay and ramai my friend yang datang…Penat sangat hari ni…Tapi you je la yang tak datang…” Aku berpura-pura merajuk dihujung talian.

“Alaa Zara jangan la buat I rase bersalah…Kesian you penat… I seriously sorry tak dapat datang tau. Kalau family I balik cepat memang I nak pergi open house rumah you tu…I’m sorry okay…” Nada lembut dan manjanya yang memujuk membuatkan hatiku tersenyum riang.

“Hahaha!... Ree, I’m just kidding! Takde ape la…bukan salah you pun. I faham. Saje nak sakat you… Sebab hari ni sakan I kene sakat dengan kawan-kawan I…”Aku ketawa kecil sambil berbaring di katil merehatkan tubuh.

“Laa ye ke? Diorang sakat you ape Zara… Eee diorang ni nak kene ni sakat Angel I yang comel ni!”

“Hahaha! Macam-macam la yang I kene… Nasib you takde…Kalau tak lagi dasyat la I kene! Kawan I ade yang tanye you kenapa tak datang..”

“Ye ke? Emm Zara…I’m really sorry. I janji I tebus balik okay?...Zara…mesti you cantikkan hari ni? Ruginye la I tak dapat tengok you hari ni…” Hairi tak pernah merasa jemu memujiku. Ada saja pujiannya yang membuatkan aku malu sendiri dalam diam.

“Ala I pakai biase je la…”Aku cuba bersikap bersahaja walaupun aku tahu Hairi tentunya dapat menduga keadaanku apabila dipujinya sebegitu.

“Ye ke? Emm mesti cantik la tu Angel I kan? Nanti you kasi I gambar you siang tadi boleh? I tak dapat datang tapi kalau dapat tengok gambar you pun dah okay…” Suaranya kedengaran seperti serak-serak dan batuk-batuk.

“Hehehe! Boleh…nanti dah siap develop, I kasi you okay? Emm Hairi? You tak sihat ke?” Aku benar-benar mengambil berat akan dirinya.

“I tunggu tau…Hehe! Actually I demam batuk-batuk sikit. Tapi sikit je ni… I kuat lagi.”

“You ni…Kenape tak bagitahu I? Tak pergi clinic ke Ree? Dah makan ubat?” Aku makin risau apabila Hairi batuk berkali-kali apabila hendak bercakap.

“I tak nak you risau lagipun sikit je ni dan I dah makan ubat pun... Esok OK la ni…You jangan risau ye. Ermm Zara…I miss you…”

Keakraban aku dengan Hairi tidak dapat dinafikan lagi. Hairi sering menemani dan sentiasa menghubungiku. Walaupun baru mengenalinya namun aku merasakan seperti sudah bertahun-tahun lamanya aku menagenali lelaki ini. Aku mengetahui diriku disukainya dan aku juga turut merasakan perasaan yang sama terhadapnya. Tapi hati aku ini kuat mengatakan yang aku masih belum bersedia. Masih terlalu awal untuk mempunyai apa-apa yang boleh diklasifikasikan sebagai menyukai lebih dari sebagai seorang kawan. Mungkin juga kerana aku sebelum ini belum pun pernah merasakan perasaan sedemikian. Aku tidak pernah bercinta atau menjadi kekasih kepada seseorang sepanjang hayat aku ini. Bagaimana agaknya jika diri ini dicintai dan mencintai seseorang yant turut mencintai dan dicintai oleh aku? Adakah aku sudah bersedia untuk memberikan komitmen dalam perhubungan? Begitulah persoalan-persoalan yang perasaan ragu-ragu yang sering bermain di fikiranku. Aku menjadi takut sendiri jika aku melukai hati insan lain atau kemungkinan diriku sendiri yang akan dilukai oleh insan yang bernama lelaki. Tapi memandangkan perkenalan aku dengan Hairi melalui proses yang sangat baik, jadi mungkin Hairi merupakan pilihan cukup sesuai dan terbaik. Aku sendiri sedar yang aku menyukainya tapi adakah perasaan ini benar-benar dalam untuk dirinya? Aku sendiri masih meraguinya kerana aku merasakan diriku memerlukan lebih banyak masa untuk mengenali diri Hairi walaupun aku tahu, aku cukup mudah memahami dan membaca tindak-tanduk dan sikap Hairi seperti membaca sebuah buku yang sudah tertulis jelas akan isi kandungannya untuk dibaca. Biarlah waktu saja yang menuntukan status hubungan kami ini.

Hairi menceritakan kisah perhubungannya bersama bekas kekasihnya yang tidak mempedulikan dirinya lagi tanpa bersebab. Puas sudah dia mencari jawapan dari gadis itu tetapi gadis itu sering mengelak darinya dan akhirnya mereka memilih untuk berpisah. Aku simpati dengan nasib Hairi. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malahan dia berusaha mencuba untuk membaiki keadaan namun bekas kekasihnya itu tidak menghargainya sehinggakan rakan-rakannya sendiri menasihatinya untuk melupakan perempuan itu. Hairi benar-benar berkecil hati dengan sikap bekas kekasihnya itu dan membuat keputusan untuk mengikut haluan masing-masing. Hairi berteked untuk melupakannya kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap bekas kekasihnya itu. Hairi sudah tawar hati apabila diperlakukan sebegitu oleh kekasihnya sendiri. Adakah ini yang dinamakan cinta? Mudah tawar ditelan arus masa? Mudah goyah apabila sudah tiada rasa? Apakah perasaan yang pernah dialami Hairi itu akan terjadi kepadaku? Kenapa begitu mudah seseorang itu berubah hati dan melupakan cinta? Kenapa cinta yang begitu agung tetapi mengkianati insan yang memilikinya pula? Aku sedikitpun tidak memahami situasi ini cuma aku mampu mendengar kekecewaan yang diluahkan olah hati seorang insan yang pernah dikecewakan oleh cinta.

“ Cuti I dah approved... I nak datang ke Kemaman. I nak stay 3 hari kat sana… I nak spend 3 hari tu dengan you…You kene jadi my special private tourist guide…”. Hairi dengan gembiranya memberitahuku, “…Hari tu yang mase you buat open house tapi I tak dapat datang…So, bile I kat Kemaman nanti I nak kidnap you puas-puas!”

“Kidnap I? Jangan you sampai pergi jual I kat siam da la…Hehehe!... Datang la sini. I boleh bawak you round sini-sini… Nanti I boleh suruh my mum masak bile you datang sini.” Hatiku gembira keriangan mendengar berita ini.

“Tak kan la I sampai hati nak jual Angel I ni… Kalau camtu baik I je yang beli you. Boleh spend time dengan you tiap-tiap hari, dengar your sweet laugh and voice and… boleh tengok your beautiful smile everyday!”, Hairi sempat berjenaka membuatkan kami sama-sama ketawa. “I nak rasa masakkan yang you masak…Boleh tak?”

“Ade-ade je la you ni suke sakat I kan? Zara tak reti masak la… Kalau masak pun kene mak yang tolong ajarkan... Kalau buat pudding I reti la.”

“Okay…tak ape. Orang perempuan ni walaupun tak reti masak, tapi nanti bile dah kahwin, automatically akan pandai masak tau … pasal selalu kene masak kat dapur. Mak I pun cakap macam tu. So, you jangan la risau. Nanti mesti you akan pandai masak… You pandai buat pudding ke? Boleh la I nak try kan?”

“Iye ke macam tu?... Boleh je nanti I buatkan pudding special untuk you… Tapi kalau lepas makan you kene food poisoning, I tak nak responsible tau!”

“Hahaha! Kene food poisoning pun I sanggup dan rela kalau yang buat tu is you…”. Kami sama-sama gelak besar dengan perbualan malam itu. Hairi benar-benar menghiburkan hatiku. “I nak you bawak I pergi tempat-tempat yang you selalu pergi macam yang you cerita kat I tu… Macam tempat you pergi jogging pagi-pagi tu…dan bawak I kat tepi sungai yang you suka lepak tu dengan kawan you…”.

“InsyaAllah. Boleh… Nanti you sampai sini I bawakkan la you kat tempat-tempat tu semua.” Tak sabar pula rasanya hendak berjumpa dan meluangkan masa bersamanya. Selama ini kami hanya bergayut di telefon dan berSMS sahaja. Pernah berjumpa pun hanya sekejap. Dalam fikiran aku mula memikirkan tempat-tempat dan aktiviti yang ingin dilakukan bersamanya nanti.

No comments:

Post a Comment