Monday, July 19, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 3

Title : Ada Apa Dengan Cinta
By : Luna Aruzy
~Chapter 3~


S
inar suria senja mula menyinar disebalik awan-awan kelam yang mula mengorak ke sayap Selatan bersama sisa-sisa hujan. Cahaya hangat sang suria menerangi ruangan angkasa dan terpancar hingga ke dalam dewan. Burung-burung kecil pula mula berterbangan riang di ruang angkasa. Embun hujan di hujung rumput masih basah memberikan suasana dingin apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Dapat aku rasakan kehangatan sinar suria petang menyentuh pada kulit wajahku. Pandanganku terasa perit tersilau. Azreen cuba berdiri dihadapanku memberikan teduhan dari sinaran mentari itu. Dia tersenyum manis melihat wajahku yang berkerut itu.

“Kenapa awak tengok saye macam tu? Ade ape-ape ke pada muka saye ni?”, soalku pada Azreen dengan dahi berkerut apabila ditenung lama-lama olehnya. Jadi tak selesa semacam pula direnung sebegitu.

“Ha? Oh, takde ape. Emm… Cuma terpegun je. Awak ni comel Zara…”, puji Azreen sambil tersenyum nakal seperti terpesona. Jadi menbuak-buak pula perasaan segan dalam hati ini menahan senyuman apabila dipuji sebegitu. Pandai juga si Azreen ini bermain kata-kata manis. Pasti dia juga bukan calang-calang orangnya. Mana mungkin baru saja berkenalan sudah pula dipuji sebegitu. Berani juga si dia ini tanpa segan silu. Aku harus berhati-hati dengannya. Aku cuma membalas dengan senyuman sambil mejeling ke arah Bb yang mula merasa meluat dengan pujian Azreen itu.

Bb, tolanglah katakan sesuatu. Jangan la diam aje”. Rayuku dalam hati sambil memberi isyarat mata kepadanya.

“Zara, saya kene pergi dulu. Kene berkumpul tuk acara final ni… Kalau awak tak balik lagi, boleh la jumpe lagi lepas ni. Belum puas lagi nak kenal.”. Azreen menyedarkan aku dari terus berdialog dibenak fikiran sendiri. Dia kemudiannya berlalu mendapatkan kawan-kawannya sambil melabai-labaikan tangan kepada kami.

“B! You ni cakap mengarut je buat I segan depan Azreen tau…”, marahku kepada Bb seperti merajuk dan memeluk tubuh tanda protes dengan tindakan Bb.

“I’m just telling the truth! You ni nakal betul la Zara… Semua ‘leng cai’ kat sini tengok you… I ni tak ade orang pun nak layan. As if I ni invisible je! Tengok tadi tu, that guy pun puji you.”,runggutnya sambil mencebek bibir panjang sejengkal.

“Ade-ade je la you ni. You silap la B…diorang bukan tengok I pun. Just terpandang je. Mane tahu diorang semua tengok you ke tapi bukan I? You tu je yang fikir bukan-bukan. Dah, jangan duk merepek lagi! Kite ni camne nak balik? Hujan da reda ni.”.Aku mengalihkan pandangan ke langit di luar dewan yang masih suram walaupun awan mendung telah berlalu.

“Tunggu jap lor… Nak tengok final match ni. Cute jugak that boy yang pergi final tu. I like him. Hehe!” Belum sempat aku memberi respond, Bb sudah pun menarik aku ke arah bangku penonton dengan senyuman riang. Hilang pula perasaan cemburu dan meluatnya tadi. Aku cuma menggeleng kepala melayan kerenah teman baik ku itu.

“B, I bet he’s Chinese. Ade chance la you nak mintak autograf dia nanti B!”, usik ku pada Bb. Mataku sempat melilar mencari kelibat si Azreen yang duduk bersama peserta-peserta lain di hujung dewan. Tiba-tiba aku terpandang pula lelaki yang melemparkan senyuman kepadaku tadi. Entah mengapa hati aku berdegup seakan irama ago-go tahun 60an apabila memikirkannya. Cepat-cepat aku alihkan pandangku kembali pada Azreen. Rancak pula dia berbual. Mataku melirik kembali ke seluruh pelusuk dewan. Pandangan aku terhenti di satu sudut. Lelaki tadi begitu leka memerhatikan kearah ku sambil tersenggih-senggih sendiri apabila kami bertemu pandangan. Entah apa yang digelakkannya.

“Boleh tahan juga gatal mamat ni… Ah! Mungkin dia kenal Bb kot… Ataupun dia berminat ngan Amoi sebelah aku ni… Pasal, kalau tak silap aku tadi, mamat ni la yang jadi reffree kat side yang Bb bertugas tadi. Sah! Apek ni dah sangkut kat bestfriend aku la tu!”, aku bermonolog dalaman sendiri.

Aku melangkah laju mengekori belakang Bb dengan berpura-pura tidak menyedari diperhatikan. Kami duduk ditengah-tengah ruangan penonton di barisan ke dua. Kami sengaja berselindung disebalik penonton dibarisan hadapan. Sekali-sekala aku curi-curi mengintai juga untuk melihat lelaki tadi yang duduk di bangku bersama jurulatih-jurulatih Teakwando yang lain yang bertentangan dengan barisan penonton yang dipisahkan oleh gelanggan perlawanan akhir yang bakal bermula. Tidak aku menyangka si dia masih lagi mencuri renungan kearah kami sambil tersenyum-senyum setiap kali pandangan kami bertemu.

“Pelik betul apek ni…duk senyum-senyum kat orang. Nasib baik la muka ensem!”, gertakku sendiri.

“B, you kenal ke constructor yang kat hujung sane tu? Dia asik pandang arah sini je dari tadi…pastu tersenggih-senggih cam kerang busuk…” bisik ku pada Bb dengan pura-pura tidak memerhatikannya.

Which one?”. Bb cuba mengintai di celah-celah penonton barisan hadapan kami dengan perasaan ingin tahu.

“Hishh! Janganlah tengok-tengok cam tu! Nanti dia perasan! He’s on the second row. Sebelah Indian guy yang botak tu. He keeps on smiling at us.”. Aku menarik lengan baju Bb dari terjungai-jungai kepalanya mencari lelaki yang aku maksudkan.

“Oww yang rambut pacak tu ke? He’s the refree kat side yang I jage masa tadi. He’s good looking tau. Dia tengok-tengok you la tu! Bosan betul I cam ni. Huh!”. Bb mencebik bibir sambil berpeluk tubuh sambil bersandar pada tempat duduknya tanda merajuk lagi.

“Taklah! Dia tengok you kot? Bukan I. Dia bukan kenal I pun. You kan kawan I yang leng lui. Sudah-sudah la tu merajuk. I tak buat salah ape pun.”, usikku sambil memeluk bahu sahabatku itu.

Phobe Cheng Lee lebih mesra dengan panggilan Bb. Aku mengenali Bb sejak dari sekolah rendah lagi. Malah lebih lama dari aku mengenali Nisa. Namun, dulu kami tidaklah serapat ini sehinggalah kami berada di Tingkatan 2 dan menjadi rakan sekelas. Sejak dari itu di mana sahaja Bb berada, pastinya aku juga turut berada disampingnya dan juga Nisa. Kami tidak merasa kekok melakukan aktiviti ataupun keluar berhibur bersama walaupun kami dari keturunan yang berbeza. Kami senang bersama dan memahami satu sama lain. Keakraban kami disenangi rakan-rakan yang lain dan juga dikalangan guru-guru. Malahan keluarganya dan keluargaku juga turut berasa senang dengan hubungan persahabatan kami yang begitu baik. Aku menghormati agama, adat dan budayanya dalam kehidupan dan diri sahabatku itu, begitu juga Bb terhadapku. Kerana itulah persahabatan kami kekal bertahun-tahun lamanya walaupun kami tidak lagi belajar dalam kelas yang sama. Dan kami sama-sama bercadang meneruskan persekolahan dengan mengambil peperiksaan STPM tahun hadapan. Banyak perkara yang kami kongsi bersama. Bb lah tempat aku mengadu dan bercerita. Aku begitu serasi dengan Bb. Walaupun kami mempunyai sabahat baik yang lain, tetapi hubungan persahabatan antara aku dan Bb tetap untuh biarpun ramai yang mencemburui persahabatan kami ini.

Kebetulan pula aku menerima SMS dari Khairel yang bertanya kabar dariku. Ini juga merupakan kenalan baruku yang dikenalkan oleh Tasha dari kalangan kenalan teman lelakinya. Teman lelaki Tasha la yang memandai-mandai memberikan nombor telefonku kepadanya tanpa kebenaran. Mujurlah Tasha memujukku dan meyakinkan aku untuk berkawan dengan Khairel kerana dia seorang yang baik. Sempat juga aku membalas dua tiga SMS darinya. Aku menyambut baik mereka yang ingin mengenaliku kerana aku sememangnya suka berkawan dan mesra alam. Kata orang, musuh jangan dicari, tapi dalam berkawan jangan pula kita sombong. Aku sengaja berpura-pura sibuk melayan telefon bimbitku supaya tidak menghiraukan pandangan lelaki tadi. Aku jadi segan dan malu-malu sendiri dibuatnya. Entah apa motif sebenar lelaki ini. Kenapa pula aku yang menjadi sasarannya sedangkan ramai lagi perempuan lain disini. Peserta-peserta perempuan yang ku lihat tidak kurang hebatnya. Ramai juga yang berdahi licin jika dibandingkan diriku ini. Adakah aku ini saja yang perasan sendiri sedangkan aku sendiri masih mentah dan tak pernah ada pengalaman seperti ini? Atau si dia hanya mempermainkan aku?

Bb tidak mempedulikanku. Dia terus melayan anak seorang guru dari sekolah kami yang kebetulan duduk tidak jauh dari bangku kami. Bb sememangnya menyukai kanak-kanak. Aku pula jadi kurang selesa kerana dengan tiba-tiba pula penonton yang duduk di barisan hadapan kami bangun dan beredar keluar dari dewan. Perasaan ini jadi tidak keruan dan  mula merasa berdebar-debar kerana masih diperhatikan oleh si dia tadi. Mukaku berkali-kali naik kemereh-merahan menahan segan setiap kali bertentang mata dengannya. Dia pula begitu asik bermain mata nakalnya dengan renungan menggoda dan tersenyum tanda menduga reaksiku. TAk senang duduk dibuatnya. Berkali-kali aku membetulkan tempat dudukku itu seperti ade duri yang mencucuk-cucuk di tempat duduknya. Lalu aku berpura-pura tunduk sambil jari-jemari menekan-nekan butang pada telefon bimbit supaya tidaklah aku memandang kehadapan dan berbalas pandangan dengan lelaki tadi. Entah mengapa hati dan perasaan ini nakal pula mahu menduga reaksi lelaki tersebut andai betul dia sedang melihatku dan tertarik dengan salah seorang dari kami. Tapi bagaimana caranya? Belum pernah lagi aku mengalami keadaan seperti ini. Aku tidak pernah mendekati mana-mana lelaki sebelum ini. Inikan pula untuk menduga si dia yang tidak aku kenali. Dari mana pula datangnya semangat nakal seperti ini dalam diri aku?

Bb yang menyedari sikap nakal kami berbisik kepadaku,” You nak try tak? Kalau you nak tahu dia tengok you ke tak, you tunggu jap lagi I pegi duk kat kerusi hujung sana tu. If that guy is looking at you, he will keep on his naughty  eyes staring at you. If not, he will follow me.” Belum pun sempat membantah Bb sudah pun bangun meninggalkan tempat duduknya. Kenapalah si Bb ni tinggalkan aku sendiri disini pula. Bb duduk di bangku paling hujung sambil memberi signal kepadaku untuk mendapatkan kepastian dengan melihat perubahan lelaki tadi. Ya Allah… Memang sah dia sememangnya merenung ke arahku. Jadi semakin kemerah-merahan muka ini. Mujurlah tak lama selepas itu Bb kembali ke bangku disebelahku dengan senyuman sinis.

“See? I’ve told you he’s been staring at you!”

“Sudah la tu Bb… Jangan tinggalkan I sorang-sorang kat sini lagi.” Rayuku pada Bb dengan muka masam bercampur malu walaupun hakikatnya dalam hati ini berbunga-bunga keriangan.

Perlawanan yang telah pun bermula tidak dihiraukan bagai hanya tinggal kami berdua sahaja di dalam dewan itu. Lelaki itu pula begitu asik memerhatikanku dengan pelbagai gaya yang menduga dan menggoda kesabaran hatiku. Aku pula melayan saja dengan bersikap nakal juga sepertinya. Aku cuba kawal perasaan ini untuk tidak tergelak atau tersenyum sipu tetapi aku tidak mampu berlagak ayu lagi. Aku memberanikan diri untuk bertentang mata dengannya selama mungkin untuk melihat sejauh mana lagat nakalnya. Entah dari mana pula datangnya perasaan yakin dalam diri ini. Aku tidak tahu apa yang merasuk diriku petang itu. Dia tersenyum sambil merenung manja kearahku sambil menongkat dagunya dengan tangan seolah-olah tersampuk penyakit angau. Dia langsung tidak mempedulikan orang lain. Aku membalas dengan merenung kearahnya dengan cara yang sama dengan penuh senyuman. Sejak bila pula ada keberanian sebagini dalam diri aku ini? Aku sendiri jadi tidak percaya dengan tindakan luar kawalanku ini.

Ternyata dia sememangnya menunggu tindak balas positif dariku. Sahlah dia ini memang tertarik dan tersalah faham terhadap senyumanku mula-mula tadi. Entah mengapa jantungku makin berdegup kencang mengalahkan irama dangdut apabila melihat renungan manjanya itu yang cuba menggoda naluriku. Aku menguatkan diri untuk terus memerhatikan gelagatnya sambil menahan perasaan segan dalam hati. Entah dari mana aku mendapat kekuatan sebegitu sedangkan aku sebenarnya seorang yang agak pemalu dan tidak pernah melakukan perkara sebegini. Apatahlah terhadap seorang lelaki yang tidakku kenali.

Kami bermain-main mata, renung-merenung kearah satu sama lain dan langsung tidak mempedulikan pertempuran sengit ditengah-tengah dewan itu. Nakal betul tindakan aku itu. Bb pula hanya menjeling kearahku dan tidak menghiraukan kami. Riak wajahnya menunjukkan seribu tanda cemburu dan tidak puas hati. Tapi apakan daya, renungan lelaki ini benar-benar menggugat imanku. Aku merasakan seolah-olah berada dialam ciptaan kami sendiri dan tenggelam dalam renungan mesra masing-masing. Bunyi degup jantungku ini jauh lebih kuat dan kencang jika dibandingkan dengan bunyi sorakkan riuh rendah penonton dan peserta yang bagaikan menggegar dewan tua ini. Lelaki tadi memberi isyarat spontan tanda meminta nombor telefon dariku. Aku cuma mengankat kening  mengejek permintaannya dengan jelingan nakal. Rupa-rupanya, kawan-kawannya juga turut menyedari kelakuannya tadi. Mereka tergelak besar sambil menepuk-nepuk bahunya menyaksikan perbuatan kami. Aku terus tertunduk segan dan pura-pura bercakap dengan Bb.

“Betul kan I cakap he’s into you. Dah mintak phone number pun tu.”, dengus Bb sambil menjeling kearah lelaki tadi.

“Dia Chinese la. Tak kan dia interested in me kot? Saje main-main jer tu.”pintas ku bersahaja sambil membetulkan badan untuk duduk dengan lebih selesa.

“Habis kat siape lagi? I don’t think he is Chinese. Even if he is, why not? Boys easily attracted to you. You pakai ilmu ape Zara? Kasi I petua skit.” Kini Bb pula mengusik. Dia yang mula rimas dengan seragam yang dipakainya sejak pagi tadi sudah pun menanggalkan tali leher yang dipakainya lalu disimpan kedalam poket.

“Mengarut la you B! You tau kan I sendiri pun tak pernah ade boyfriend...inikan pula nak kasi petua kat you”. Mukaku masih kemerahan menahan malu. Handphone ditangan ku pusing-pusingkan kedudukannya tanda hati ini kurang senang dengan segala yang berlaku. Khairel masih lagi menghantar SMS kepadaku tapi tidak pula aku membalasnya. Aku hampir lupa akan Azreen yang baru aku kenali tadi. Kelihatan Azreen duduk bersama peserta-peserta lain menyaksikan perlawan akhir tersebut dan hanya aku yang bermain jelingan dan renungan kerana lelaki itu. Lelaki itu benar-benar menganggu kosentrasiku.

Wisel penamat telah pun dibunyikan. Aku hampir tidak sedar ketika orang ramai bersorakan meraikan kemenangan kerana mataku hanya tertumpu kearah lelaki tadi. Perasaan yang aku alami cukup pelik. Aku hairan bagaimana aku merasakan tertarik terhadapnya dan boleh pula bersikap pelik yang tidak pernah aku buat sebelum ini dengan melayan keletah nakalnya. Kehangatan pertandingan peringkat akhir itu tidak dapat menandingi hangatnya lagi permainan mata antara kami.

Acara penyampaian hadiah telah pun bermula. Aku melihat Azreen berjalan naik ke pentas untuk menerima medal kemenangannya di pusingan semi final. Nama demi nama dipanggil untuk naik ke pentas. Cenderahati penghargaan juga turut diberikan kepada pengadil dan juri yang terlibat. Nama lelaki tadi juga turut dipanggil. Barulah aku benar-benar yakin kini dia merupakan lelaki Melayu walaupun rupanya mirip kepada lelaki cina. Dia masih lagi mencuri pandangan dan senyuman kearahku. Tidak sekali pun dia mengalihkan pandangannya dariku. Kali ini dimintanya pula untuk bertemu dan memintaku untuk tidak pulang terlebih dahulu. Aku cuba menduga dengan memberi isyarat sekiranya dia menujukan permintaan itu padaku. Aku pura-pura toleh ke belakang andai dia memberi isyarat  itu kepada orang lain dibelakangku. Ternyata dia benar-benar cuba memikat aku dari jauh. Lucu pula rasanya membuatkan aku tertawa sendiri.

Majlis sudah pun tamat. Ramai orang sedang sibuk berkemas, bersalaman dan tidak ketinggalan untuk bergambar sesama peserta, juru latih dan keluarga. Azreen juga tidak melepaskan peluang ini. Masing-masing gembira mempamerkan medal kemenangan yang diperolehi. Perserta perempuan pula tidak kurang hebat meminta bergambar bersama jurulatih dan perserta lelaki yang dikagumi. Aku cuma berdiri ditepi pintu menunggu untuk pulang sambil tersenyum memerhatikan gelagat orang ramai dalam dewan. Dalam hati, terdetik juga ingin berkenalan dengan lelaki tadi jika dia benar-benar ikhlas ingin mengenaliku. Mataku liar mencari-cari kelibat lelaki tadi namun dia kelihatan sibuk benar melayan permintaan untuk bergambar dan bersalaman.

“Busy nya dia… Ramai sangat peminat. Nevermind la…Baik aku balik je” keluhku sendiri di dasar hati. Bb pula entah kemana perginya bersama anak kecil tadi dan ditinggalkan nya aku sendiri.

Langit semakin gelap petanda siang bakal melabuhkan tirainya. Azreen menghampiriku untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia berlalu dengan tergesa-gesa kerana bas yang membawanya sudah mahu berangkat pulang ke Kuala Terengganu. Aku sempat menoleh ke dalam dewan buat kali terakhir untuk mencari bayangan lelaki tadi. Alangkah terkejutnya aku melihat dia sedang berjalan menghampiriku dengan senyuman. Jantungku berdegup kencang bagai tiada hari esok lagi untuknya. Gemuruh seluruh tubuhku apabila dia semakin dekat denganku. Apakah perasaan ini? Pelik benar rasanya.

“Nak balik dah ke?” soalnya memulakan bicara. Tersipu-sipu aku dibuatnya.

“Iye…”. Aku mengangguk dan tersenyum segan.

“Nama awak siapa?”, soalnya sambil tersenyum manis.

“Zara.”

“Sorry? Tak dengar la. Bising sangat sini.”

“ZA-RA” pekik ku lebih kuat dari nada biasa. Aku seboleh-bolehnya mengawal perasaan dan debaran dalam hati ini. Segan juga jika aku memalukan diri sendiri dihadapannya nanti. Aku juga tidak mahu dia merasakan seolah-olah aku ini jenis mudah pula dipancing. Beberapa orang peserta disitu berbisik-bisik sesama mereka dan kemudiannya menghampirinya meminta untuk mengambil gambar bersamanya.

“Zara, awak tunggu kejap boleh? Please… sekejap je. Saya datang balik. Please tau. Jangan balik lagi.” Rayunya walaupun telah ditarik oleh kawan-kawannya untuk bergambar. Aku cuma mengangguk dan tersenyum tawar.

Lama pula menunggunya siap bergambar. Bb pula sudah ada bersamaku mengajakku pulang. Dia tidak melepaskan pandangannya dariku dengan memberi isyarat supaya menunggunya.

“Saya dah nak balik ni…”. Aku memberikan isyarat dengan pergerakkan mulut kepadanya dari jauh. Lekas-lekas dia menghampiriku sekali lagi dan meninggalkan sesi fotografinya.

“Emm boleh bagi contact number awak tak? Please Zara sebelum awak balik…” Rayunya dengan muka kesian. Aku meragui permintaannya.

“…Please, saya tak pernah macam ni. Ini first time. Seriously. Please… saya nak kenal awak sangat-sangat…” Sambungnya lagi.

“Emm… camni la, apa kate kalau awak je yang bagi saya phone number awak. Nanti kalau senang-senang saya call la. Boleh?”. Cadangku kerana tidak mahu memberikan nombor telefon kepadanya dalam keadaan sebegitu. Bb yang berdiri disebelahku hanya melihat gelagat kami sambil menlirik cemburu kearahku sambil tersenyum sinis.

“Emm ok. Tapi janji awak mesti call saya OK?”. Tergagap-gagap juga dia bercakap denganku. Dalam suasana riuh rendah dalam dewan itu dia memberikan nombor telefonnya kepadaku. Aku cuba menyimpan nombornya sebaik mungkin. Keadaan dewan yang bising membuatkan dia terpaksa menyebut nombornya berkali-kali kepadaku.

“Jangan lupe contact saye tau.” Pintanya lagi.

“OK. Tapi saya nak panggil awak ape ek?”

“Hairi.”

“Ape? Tak dengar?” tanyaku sekali lagi.

Dia merapatkan dirinya lebih dekat ke telingaku, “ Hai-ri”.

Aku kemudiannya meminta diri untuk pulang manakala dia pula masih lagi diajak bergambar oleh kawan-kawannya. Hairi agak keberatan melepaskan aku. Tapi dia akhirnya akur kerana rakan-rakannya mula menyindir kami. Begitulah perkenalan singkat antara aku dan Hairi. Aku begitu gembira kerana mendapat seorang lagi kawan baru yang membuatkan aku tidak henti-henti tersenyum sendiri. Aku pulang ke rumah dengan hati yang penuh keriangan kerana aku sikit pun tidak pernah merasai perasaan sebegini sebelum ini.

“Zara…Zara…makin naughty kamu sekarang ye?... Tapi pelik perasaan ni. Tak pernah rase pun sebelum ni… Adakah aku…? Ah! Kamu masih terlalu mentah dan muda lagi untuk semua tu. Sekolah pun belum habis lagi… Faham Miss Zara?...Jangan nak pikir bukan-bukan! Hairi… Hairi…Nakalnye kamu…”, omong ku sendiri sambil mengeleng kepala mengenangkan peristiwa yang berlaku tadi dengan senyuman meleret hingga ke telinga.

Saturday, July 17, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 2


Title : Ada Apa Dengan Cinta
By : Luna Aruzy 
~Chapter 2~


A
ku menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di Kemaman. Selepas peperiksaan SPM, aku meneruskan pelajarku di Tingkatan 6 Bawah. Mulanya aku langsung tidak bercadang untuk mengambil peperiksaan STPM. Aku hanyalah menunggu sekiranya menerima tawaran untuk ke IPTA. Tapi, memandangkan aku sudah selesa disini, aku memilih untuk meneruskan pelajaran ku disini dan tidak memohon ke tempat lain. Aku merangcang untuk terus menyambung pelajaran diperingkat degree dengan keputusan peperiksaan STPM yang bakal aku duduki November tahun hadapan. Ahli keluargaku tidak pula menghalang setiap keputusan yang aku buat. Malah mereka tetap menyokong tindakan aku untuk meneruskan pelajaran.


Cuaca agak baik hari ini. Kebiasanya apabila masuki bulan Oktober keadaan cuaca agak sukar diramalkan di kawasan Pantai Timur. Aku cukup malas untuk keluar rumah kerana terpaksa memikirkan keadaan cuaca yang tidak menentu sebegini.Walaupun sebegitu, aku terpaksa juga keluar untuk ke sekolah. Persekolahan pada hari Sabtu jarang berlaku di negeri Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti hujung minggu bagi sesi persekolahan. Lain pula hari ini kerana kami terpaksa menjalankan hari persekolahan seperti biasa pada hari Sabtu sebagai ganti untuk cuti hari raya nanti. Lazimnya, sekiranya bilangan hari persekolahan tidak mencukupi, Jabatan Pendidikan akan mengarahkan pihak sekolah untuk menggantikan hari tersebut ke cuti hujung minggu. Begitulah sistem pendidikan peringkat sekolah kini.

Keadaan di sekolah riuh rendah seperti biasa. Semasa aku berjalan dari tempat letak motosikal pelajar menuju ke arah kelas, kelihatan muka-muka yang bermalasan dan bersunggut kerana terpaksa pergi ke sekolah. Tidak kurang juga muka-muka nakal pelajar tingkatan 2 memerhatikanku. Blok kelas ku bertentangan dengan blok kelas pelajar Tingkatan 2. Perangai mereka cukup nakal dan selalu membuat bising sehingga menganggu pelajar-pelajar lain. Pernah ada di antara mereka menghantar surat kepadaku meminta untuk menjadi kakak angkatnya. Ada-ada saja mereka ini. Aku tidak pula melayan kerenah mereka tetapi kawan-kawanku pula mempermainkan mereka dengan membalas surat tersebut dan menyamar menjadi aku. Rupanya kawan-kawan aku sendiri juga agak nakal seperti keanak-anakkan. Aku hairan, kenapa kami pelajar Tingkatan 6 Bawah ditempatkan di blok sebegini. Bangunan blok pula sudah usang dan hampir dimamah usia. Almaklumlah sekolah ini merupakan sekolah yang terawal di daerah ini. Beberapa bangunan kayu yang lama telah pun digantikan dengan bangunan baru 4 tingkat yang jauh lebih selesa. Sepanjang persekolahanku disini belum pun merasa belajar di bangunan baru. Pelajar Tingkatan 1 pula ditempatkan di bangunan baru yang jauh lebih selesa dari blok kami. Terasa seperti dianak tirikan pula oleh pihak sekolah. Tapi, tak mengapalah. Lagipun kami lebih banyak menggunakan blok makmal baru berhampiran berbanding kelas. Jika ditempatkan di bangunan baru, sudah tentu jauh pula kami terpaksa berulang-alik mahu ke makmal setiap hari untuk mata pelajaran Kimia dan Biologi.

Tidak semua guru masuk mengajar pada hari tersebut. Guru Kimia kami berkursus di Kuala Terengganu. Guru yang lain pula hanya meninggalkan kerja untuk disiapkan tanpa masuk ke kelas. Tiga jam masanya hanya dihabiskan didalam kelas dengan bersembang dengan rakan-rakanku. Aku agak rapat dengan rakan sekelasku Nadia, Fara, Tasha dan Liana. Mereka kawan-kawan yang baru aku kenali semasa hari pertama mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Bawah disekolah ini kira-kira 3 bulan lalu. Aku diberitahu mengenai pertandingan Teakwando yang sedang berlangsung di dewan sekolah kami. Aku agak malas untuk pergi ketempat yang dipenuhi orang ramai. Tapi teringin juga untuk melihat keadaan di dewan sekolah kerana menurut Tasha petandingan ini untuk peringkat daerah. Kesemua yang hadir kebanyakkannya dari wakil-wakil dari luar daerah Kemaman. Entah mengapa aku begitu malas untuk mengikut mereka dan hanya tinggal bersendirian di dalam kelas bersama beberapa pelajar lain yang membuat hal masing-masing. Aku membuka buka dan membelek-belek helaian demi helaian walaupun tiada niat untuk membacanya. Terasa menyesal pula menolak ajakkan Tasha tadi untuk pergi ke dewan sekolah. Aku ditinggalkan sendirian disini pula. Aku mengeluh sendirian dan terus manutup buku dihadapanku dengan menongkat dagu mencebik kebosanan. Nisa muncul dengan tiba-tiba dihadapan pintu kelasku dengan senyuman lebar.

“Jom gi dewan nok? Bb pun ade kat sane. Buleh ushar orang lawan Teakwando.”, ajak Nisa dengan longhat Terengganunya dan berdiri dihadapan mejaku.

“Hmmm…budak-budak ni pun ajak gi tadi tapi cam malas je. Mesti ramai orang. Rimas la.”, balasku dengan nada kebosanan.

“Habis, duk sini tak dok buat bende gok. Jom lah. Buleh ‘cuci mata’ sekali. Tadi saye tengok ade ramai pakwe handsome kat situ. Rugi la awok dok gi.”

“Hmm…Tapi…”

“Alaa jom je la! Kite gi tengok Bb je, ok?”, pujuk Nisa lagi.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku menurut kerenah sabahat baik ku itu. Nisa dari kelas 6 Bawah Kemanusiaan 2. Kelasnya di blok bangunan baru. Oleh kerana pelajar dalam kelasnya paling ramai, mereka terpaksa menggunakan bengkel Kemahiran Hidup bagi menampung 46 orang pelajar. Nisa sering merungut tidak selesa belajar dalam keadaan sebegitu tetapi terpaksa dilalui kerana kekurangan kelas untuk menampung jumlah pelajar yang makin meningkat saban tahun.

Kami harus melalui dua blok bangunan kelas untuk sampai ke dewan. Dari jauh sudah kelihatan keadaan dewan yang dipenuhi dengan orang ramai. Kelihatan bas dan kereta banyak tersusun didataran dihadapan dewan sekolah. Kami cuba menyelinap masuk melalui pintu di sebelah kanan dewan. Dapat ku dengari bunyi riuh rendah sorakan penonton serta tiupan wisel pengadil yang mengadili pertandingan. Aku memang meminati seni mempertahankan diri. Aku pernah meminta dari emak dan ayah untuk membenarkan aku menyertai kelas Teakwando tetapi mereka menolak permintaanku dengan alasan aku tidak sesuai untuk aktiviti lasak sebegitu. Aku tidak membantah kerana aku sendiri tahu aku sememangnya tidak aktif sukan ataupun apa-apa aktiviti yang diajurkan pihak sekolah. Dari sekolah rendah lagi aku selalu sakit dan demam berhari-hari selepas menyertai aktiviti lasak. Aku sering dimarahi emak kerana berdegil untuk mengikuti aktiviti sebegitu yang akhirnya terpaksa pula tidak hadir ke sekolah kerana demam dan sakit-sakit.

Memang betul kata Nisa. Ramai muka-muka tanpan disini. Aku tidak terlepas pandang menikmati peluang ini walaupun meraka kebanyakkannya kelihatan jauh lebih muda dari kami. Kami pergi mendapatkan Bb yang bertugas di dalam dewan tetapi Bb terlalu sibuk untuk melayan kami. Lalu aku dan Hani hanya berdiri di satu sudut di dalam dewan. Lantai dewan begitu hangat menyaksikan perlawanan demi perlawanan bagi melayakkan peserta ke peringkat seterusnya. Aku kagum melihat peserta wanita yang turut mengambil bahagaian dalam acara sebegini. Keadaan dalam dewan agak sesak. Lalu aku menarik Nisa keluar dari dewan. Kami cuma berdiri di luar dewan mengambil angin sambil memerhatikan orang yang lalu-lalang. Nisa tidak henti-henti tersenyum sambil matanya liar memerhatikan muka-muka lelaki tampan disitu.

“Haiii…rase cam nak pergi berkenalan je ngan yang handsome handsome ni”, bisik Nisa ke telinga ku dengan nada mengada-ngadanya sambil mencubit manja lengan kanan ku.

“Pergi la. Tak salah pun kan? Ape nak takot? Emmm…Jom la balik Nisa. Naik gerun lak nengok orang berlawan kat dalam tu. Violant semacam je…”, ajak aku sambil memerhatikan seorang peserta lelaki yang baru keluar dari pintu dewan dengan berjalan terhincut-hincut menahan kesakitan pada kaki kirinya. Lelaki itu seolah-olah mendengar kata-kata aku lalu dia memandang serius ke arah ku. Aku tersenyum sipu menahan malu. Rasa serba salah pula dipendang sebegitu. Mungkin dia mendengar kata-kataku. Habislah aku jika dia salah faham. Aku terpaku sebentar melihat raut wajahnya yang agak menarik perhatian berbanding lelaki lain di dewan tersebut. Kemudian, dia hanya tersenyum kembali kepadaku. Kami berbalas senyuman dan aku terus beredar dari situ sambil menarik tangan Nisa dengan perasaan segan-silu. Dalam hatiku berdetik mengagumi ketampanan lelaki yang kelihatan lebih muda dariku itu. Wajah Nisa yang masih terpinga-pinga dengan tindakanku itu tidak aku hiraukan.

“Sudah-sudah la tu… Jom balik.”, tegasku pura-pura serius kepada Nisa.

Pada petang tersebut, aku cuma bermalas-malasan di rumah setelah pulang ke rumah. Selepas solat Zohor, aku tertidur sambil memeluk bantal busuk ku. Aku terjaga apabila mendengar bunyi telefon bimbit berdering menerima SMS masuk. Aku agak malas untuk kembali ke sekolah apabila diajak oleh seorang temanku. Lagipun tiada apa yang menarik minatku untuk kembali kesitu.

“Jom la Zara, Sekejap aje… Please? As nak jumpa pakwe As sekejap pastu kita balik la…Okay? Please…”, rayu Asmurni di telefon.

“Hmm…Zara dah penat ni sebenarnya…”, balasku dalam nada malas.

“Sekejap je. Tolong teman As je. Please Zara…”, rayunya lagi.

“Hmm Okay la, sekejap je ok? Pukul 5 nanti Zara jemput As kat rumah.”.

Asmurni sememangnya begitu. Dia selalu menumpang membonceng skuter milikku untuk ke sekolah setiap hari atau jika ada apa-apa aktiviti pada petang hari. Tidaklah menjadi keberatan untuk aku menumpangkannya kerana aku sememangnya melalui jalan di hadapan rumahnya untuk ke sekolah. Aku mengosok-gosokkan mata yang baru terjaga dari tidur petang itu. Terbayang-bayang pula wajah peserta tampan yang tersenyum kearah ku tengah hari tadi. Mungkinkah dia masih ada di situ? Bagaimana jikalau aku bertemunya lagi petang ini? Berbagai persoalan dan andaian bermain dibenakku. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala dan terus ke bilik air menyegarkan diri.

Setibanya kami di dewan sekolah, pertandingan peringkat separuh akhir sedang hangat berlangsung. Kelihatan ramai peserta berkumpul dan berkeliaran sekitar dewan untuk melepaskan kepenatan setelah seharian beradu tenaga diatas pentas pertandingan. Penonton pula sudah kurang berbanding tengah hari tadi. Asmurni terus mendapatkan teman lelakinya dan meninggalkan aku sendirian tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku cuma berlegar-legar disekitar dewan tempat perlawanan dengan memberanikan diri mengintai dari celah-celah orang ramai yang mengerumungi gelangang pertarungan sengit antara dua peserta. Dapat aku amati dari jauh gerak-geri lincah dan bertenaga mengatur serangan demi serangan untuk menumpaskan lawan. Kebanyakkan peserta dari kalangan pelajar kolej dan juga dari sekolah menegah yang menyertai pertandingan ini. Aku terdengar perbualan beberapa orang peserta perempuan yang saling berkenal-kenalan sambil berehat menyaksikan perlawanan seterusnya. Bas dari Kolej Yayasan Terengganu masih lagi berada di luar dewan. Sempat juga aku mencuri-curi mencari kelibat lelaki yang tersenyum pada ku tengah hari tadi tapi tidak pulaq kelihatan. Cuaca petang itu agak mendung. Aku risau jikalau hujan turun, sudah tentu aku terpaksa berteduh di sekolah dahulu. Aku segera menghantar SMS kepada Asmurni memberitahu untuk pulang lebih awal sebelum hujan turun. Asmurni membalas ringkas yang teman lelakinya akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Amboi…mentang-mentang dah jumpa buah hati, aku disuruhnya balik sendiri. Kurang asam punya kawan!...”, bisikku perlahan tanpa menghiraukan orang disekeliling. “…Hmm…Beruntungnya happy je ada orang tersayang…” keluhku di dasar hati dengan muka kekecewaan bercampur cemburu.

Baru sahaja aku hendak menuju ke arah tempat letak motosikal, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak mahu balik dengan keadaan basah kerana aku baru sahaja sembuh dari demam selsema beberapa hari lalu. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku kembali ke dewan sememtara menunggu hujan reda. Aku bertuah kerana menemui teman baik ku yang masih belum pulang ke rumah. Bb bertugas sebagai penjaga masa di salah satu acara yang berlangsung. Lebih baik aku tunggu Bb saja dan pulang bersamanya. Sekurang-kurangnya aku punyai teman. Bb juga turut menyuruhku menunggunya sehingga tamat acara. Sempat juga aku persendakannya berbau busuk kerana masih lagi dengan seragam sekolah pengawas yang berwarna biru muda itu.

Aku cuma berdiri berhampiran pintu di sebelah kiri dewan sambil membalas SMS dari Asmurni yang menyuruhku pulang terlebih dahulu. Aku tidak begitu memberi perhatian kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Aku gerun mendengar bunyi terkena tendangan dan sepakkan seolah-olah diriku turut merasa sakitnya. Tanpa ku sedari, aku diperhatikan oleh seseorang yang berdiri berhampiran dengan ku. Aku menoleh untuk melihat wajahnya kerana aku kurang selesa merasakan seolah-olah dia sedang asik memerhatikanku. Seraut wajah kepenatan itu tersenyum manis kearahku. Aku membalas senyumannya dengan spontan dan teragak-agak. Rupanya agak menarik dan aku menyedari dirinya menjadi tarikan dikalangan penonton-penonton perempuan. Kulitnya sangat cerah dan bersih. Aku tertarik dengan renungan matanya yang keperangan itu. Dia kelihatan agak letih dan berjalan terhinjit-hinjit. Dialah lelaki yang berbalas senyuman denganku tengah hari tadi. Dia merupakan salah seorang peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir. Baru aku perasan, dia baru saja menghabiskan perlawanannya sebentar tadi. Malangnya dia tewas selepas ditendang kuat sebanyak 2 kali oleh lawan yang bersize agak besar dan kelihatan lebih bertenaga darinya. Dia hampir-hampir pengsan ditengah gelangan setelah rebah beberapa kali membuatkan penonton yang hadir menyaksikan perlawanannya sebentar tadi cemas seketika.

“Err…Dah habis game ke?”, tanyaku tergagap-gagap memulakan bicara kerana berasa janggal dengan situasi tersebut selepas dia mendekatkan diri ke arahku.

“A’ah. Dah kalah tadi. Tak dapat la pergi final.”, jawabnya dengan senyuman. Pipinya kelihatan agak kemerah-merahan. Mungkin kerana bahan suasana dalam dewan. Susunan giginya yang putih dan teratur kemas menambahkan ciri-ciri penarik pada wajahnya. Comel pula dia ini detik ku dalam hati.

“Ooo…tak pe la… tersingkir dalam semi-final ni kira OK dah tu. Congratulation.”

“Terima kasih.”. Dia tersenyum manis. Aku pula segan-segan dan malu-malu ditenung sebegitu.

“Emm sakit tak kene cam tu tadi? Gerun la tengok orang kene tendang kuat-kuat. Cam kite pulak yang rase sakitnye. Tapi nak tengok jugak...”. Aku cuba mengatur ayat mengawal perasaan segan dalam diri.

“Memang la sakit. Tapi biasa la camni… Awak minat ke nak join Teakwando ke?”

“Terima kasih je la... Saya ni lembik. Takut nanti kene tendang sekali dah masuk ICU”, balasku dalam nada berjenaka.

“Hahaha!… Pandai awak buat lawak ek? Awak asal sini ke? Asik berSMS je dari tadi saya tengok… SMS ngan boyfriend ke?”, tanyanya menduga reaksi aku.

“Takla. Kawan saya ni, tadi datang sini same-same. Dah jumpe pakwe, disuruhnye saye balik sendiri. Geram betol! Tinggal je saye seorang sini. Kalau saye kene culik ke, siape nak jawab kat mak ayah saye nanti? Dah la hari nak hujan. Susah saye nak balik.”. Dengan bersahaja aku berjenaka bodoh dengannya. Perasaan segan dan malu-malu pada mulanya tadi sudah tiada lagi. Cepat pula aku mesra dangan mamat ini.

“Laa ye ke? ?Kesian awak. Habis tu…bilanya nak SMS dengan saya lak?”, tanyanya sambil tersenyum nakal. Dia langsung tidak memperdulikan mata-mata cemburu yang memerhatikan kami. Agak menarik caranya memancing untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonku. Sekurang-kurangnya hari ini aku dapat berkenalan dengan kawan baru dan orangnya boleh tahan juga.

Azreen seorang yang pendiam tapi peramah. Dia merupakan pelajar tahun satu di Kolej Yayasan Terengganu. Umurnya sebayaku sahaja. Kami berbual-bual memperkenalkan diri masing-masing. Kebetulan pula rakan sebiliknya merupakan classmate lama aku semasa di Tingkatan 5. Aku terhibur dengan sikapnya yang mudah mesra dan suka menduga. Tidaklah aku merasa bosan sambil menunggu Bb selasai dengan tugasnya.

“Bak sini handphone awak. Nak pinjam kejap.” Aku hanya menurut permintaannya. Azreen menekan-nekan butang pada telefonku dan setelah selesai. Dia memulangkan kembali kepadaku.

“Awak buat ape dengan phone saye?” soalku kehairanan.

“Saye tolong awak save nombor saye dan call ke nombor saye. So, nanti saye bukak phone saye balik nanti, saye tahu itu nombor awak.” Panjang lebar celotehnya sambil tersenyum nakal. Aku tidak menyangka akan tergoda dengan kata-kata manisnya untuk memberikan telefon ku kepadanya. Hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Lalu aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat acara akhir yang sedang berlangsung. Tidak lama kemudian, Bb datang mehampiri kami.  Bb yang mulanya menyedari akan kehadiran Azreen disitu mula merasakan sesuatu.

“Zara, you kenal dia ke?”, bisik Bb ke telinga ku perlahan.

“Oh ye, kenalkan ini Bb, dan Bb ini Azreen. I pun baru kenal dia hari ini, so kalau you nak tahu ape-ape, terus tanye Azreen ni sendiri ye.” Aku tanpa segan silu pula memperkenalkan meraka berdua yang hanya tersenggeh seperti kerang busuk.

“Zara, I duduk sini the whole day, tak ade seorang pun nak kenal I, but you baru datang petang ini aje dah dapat kawan baru…’leng cai’ pulak tu… Jangan kata nak tanye my name, nak say ‘Hi’ pun tak de!”, sindir Bb sambil menjeling ke arahku tanda cemburu dan pura-pura merajuk.

“You ni…! Ade-ade je.”,jelingku ke arah Bb lalu tersenyum mendengar rungutannya sambil memerhatikan sekeliling dewan yang sedang sibuk berkemas-kemas untuk acara final. Azreen juga turut tersenyum dengan keletah Bb itu. Dan ketika itulah aku tersenyum sambil berpaling melihat salah seorang daripada jurulatih teakwando di situ yang juga memandang tepat ke arahku dari jauh. Pandangan matanya begitu tajam dan bersinar menghala kearahku. Lalu dia juga turut melemparkan sebuah senyuman lebar ke arahku. Mulanya aku menyangka diriku tersilap. Lantas aku terus mengalihkan pandangku ke arah Bb dan Azreen yang berada disisiku walaupun dalam hati kecilku berdetik seribu keraguan andai aku tersilap membuat andaian. Mungkin aku saja yang perasan. Mungkin dia tersenyum kepada orang lain. Aku pun tidak mengenali lelaki itu. Mana mungkin dia tersenyum kepadaku pula. Aku berpura-pura tidak mempedulikan semua itu. Tapi aku perlukan kepastian. Hati ini jadi resah. Adakah dia tersalah anggap aku tersenyum kepadanya tadi? Malunya. Aku cuba memberanikan diri untuk menoleh sekali lagi kearahnya. Dalam ragu-ragu, aku kuatkan diri untuk berpaling juga. Ternyata si dia masih lagi tercegat disitu sambil tersenyum kearahku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku kearah lain dan berpura-pura bersembang dengan Bb dan Azreen.
Dalam hati aku berbisik, “Alamak…Habis la aku…”.

Friday, July 16, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 1


Title : Ada Apa Dengan Cinta
By : Luna Aruzy 
~Chapter 1~

“…Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai
Sambutlah cinta ku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cinta ku pada mu
Ikhlas sejati…”

M
engapa? Setiap kali hati ini berdetik untuk memiliki cinta lagi, seringkali itulah juga cinta yang aku harap-harapkan tidak kesampaian…??? Adakah aku tidak layak untuk dicintai lelaki yang aku kasihi? Atau semua itu hanyalah sekadar ujian dari Ilahi untuk menguji ketahanan hati ini menerima dugaan dariNya?

Apa maknanya cinta sejati? Apa maknanya kekasih sejati? Kasih? Sayang? Cinta? Apa bezanya? Mengapa aku masih keliru dan tercari-cari jawapan untuk semua persoalan-persoalan sebegini? Sungguh aku tidak dapat memahami karma yang diciptakan tuhan sekalian alam. Semakin aku fikirkan, semakin buntu dan sesat aku dalam kekeliruan pelbagai persoalan. Pernah juga aku bertanyakan erti cinta kepada seorang teman dan aku cukup kagumi caranya memberi pandangan. Jawapan yang aku terima cukup mendalam maksudnya. Sedalam lautan yang luas ciptaan tuhan.
“Cinta umpama langit yang luas. Sukar diramal bila mendungnya, bila cerahnya. Namun sinar matahari tetap memberi cahaya walaupun kadang-kadang mendung juga yang melanda…”

Ya Tuhan, mengapa aku masih begitu fakir dalam pencarian ini? Aku buntuhkan kepastian. Aku buntuhkan jawapan. Aku buntuhkan penjelasan. Aku akur andai diri aku tidaklah sehebat lain-lain perempuan di dunia ini. Tak kan dapat aku menandingi mereka. Kerana aku tahu diriku diciptakan dengan seribu satu kelemahan. Dan tuhan itu maha adil, diciptakan juga seorang pasangan untuk diri ku sebagai pelengkap setiap kekurangan dalam diri ini. Namun, pencarian dan penantian ku belum lagi menemui jawapan. Atau mungkin aku terlalu leka mencari sampai aku tidak menyedari dirinya berada begitu dekat dengan ku?

Persahabatan dan cinta bergitu sinonim dengan perasaan sayang. Bermula perkenalan sebagai kawan, akhirnya membuahkan bibit-bibit perasaan dalam hati. Memanglah sayang dari seorang kawan itu tidak sama seperti sayang dari seorang kekasih. Kedua-dua situasinya juga berbeza. Sayang seorang kekasih membuktikan tanda cinta. Cinta pula bermakna sayang. Tapi seringkali sayang seorang kawan itu disalah tafsirkan dan akhirnya menimbulkan konflik dalam perhubungan persahabatan. Aduhh…mengapa begitu rumit sekali formular kehidupan percintaan ini?

Kata orang, sahabat sejati tak akan melukai. Sahabat sejati tidak mementingkan diri sendiri. Sahabat sejati juga setia disisi. Dan sesetengah orang lebih senang bersahabat daripada berkasih. Bagi aku pula, aku memerlukan kedua-duanya. Seorang sahabat sejati dan juga seorang kekasih. Kehadiran insan seperti ini akan melengkapkan kehidupanku kerana aku tahu kerenah diriku yang adakalanya merungsingkan diriku sendiri. Cuma kadang-kadang aku merasa kurang yakin akan menemui insan mulia sebegini. Kalau ada sekalipun mungkin sudah dimiliki ataupun bukan untuk diriku. Aku segan mencari tapi aku begitu mengimpikannya. Aku bimbang akan tersalah membuat pilihan, tersilap mempercayai kawan.

Dunia sekarang jauh berbeza dengan zaman remaja  kedua orang tua ku dahulu. Kehidupan mereka cukup ringkas dan segalanya ditentukan oleh kedua orang tua. Tapi hari ini, jika mak dan ayah yang campur tangan, mereka dianggap kolot, mengongkong kebebasan anak-anak dan ketinggalan zaman. Manusia hari ini lebih pentingkan kemewahan, kebendaan dan hak kebebasan mambuat pilihan dan keputusan sendiri. Ketulusan dan keikhlasan hati jadi perkara kedua. Paras rupa dan harta yang dijadikan ukuran. Andai begitulah hakikatnya, tiada maknalah tuhan menciptakan perasaan kasih sayang dan cinta sesama insan.

Love works in both ways”. Setiap yang datang, mudah saja berlalu pergi atau berubah hati. Walaupun aku cuba sebaiknya untuk memperbaiki keadaan ini tapi belum pun ada yang dapat menerima diri ini seadanya. Ada saja alasan yang melukai dan menyakiti. Sehinggakan perkara kecil pun mahu dibesar-besarkan. Adakah ini salahku sendiri kerana terlalu mementingkan diri sendiri? Atau adakah aku ini terlalu memilih? Kerana aku menolak hati insan-insan yang tulus mencintai dan menginginkan diri ini lalu aku dibalas dengan sukar memiliki cinta yang tulus dan sejati dari insan yang aku harap-harapkan? Apa yang aku cari? Mengapa sukar benar untuk mencintai dan dicintai? Aku tidak mahu cinta yang ku miliki hanyalah sekadar cinta monyet atau untuh hanya untuk satu purnama. Sukar benar untuk aku mendefinasikan cinta dalam kehidupanku.

“Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi, untuk dicintai sepenuh hati oleh insan yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan…
Lebih baik saja cinta itu tidak pernah hadir.”

“Sesiapapun pandai menghayati cinta tetapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukanlah objek yang boleh dilihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta itu hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.”

“Berhati-hatilah dengan cinta. Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak…jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.”

“Berkemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya.
Dan berkemungkinan apa yang kita benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.”

Termenung aku sejenak memikirkan petikan blog seorang teman yang ku kenali di Internet. Adakah aku tergolong dalam golongan ‘pencinta palsu’. Atau sebaliknya? Tidak. Aku tidak fikir begitu. Bagaimana caranya untuk aku meyakinkan diri ini bahawa aku belum memiliki cinta yang sempurna? Ya tuhan, kau tunjukkanlah jalan terbaik untukku pilih…

Semua orang mahukan cinta. Dicintai dan mencintai merupakan sesuatu yang paling indah dalam kehidupan manusia. Aku sememangnya meninginkan cinta yang indah. Siapa di dunia ini tidak memiliki keinginan sebegitu? Mungkin saja mereka itu sakit atau mengalami ganguan mental yang kronik. Sering saja aku di tertawakan oleh teman-temanku kerana berkhayalkan satu hari nanti akan muncul sang putera raja yang memiliki kesempurnaan dalam segalanya untuk menyelamatkanku dan mencintai diriku.

Aku ingin sekali jalan cerita cintaku seperti dalam hikayat dongeng versi barat seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Beauty and the Beast, dan banyak lagi. Cinta sejati yang menyentuh perasaan dan akan menjadi kenangan terindah, sumber inspirasi, sebutan dan imaginasi individu-individu yang berfikiran romantis hingga ke hari ini. Bezanya cuma aku tidak punyai ibu tiri yang jahat, perempuan sihir yang kejam, istana besar dalam kota dan makhluk-makhluk ganjil yang berhati baik untuk sentiasa membantuku dalam kesusahan. Ha! Ha! Ha! Begitu keanak-anakan pemikiranku. Cerita dongeng yang bukan lagi hanya untuk menidurkan anak-anak kecil waktu malam tapi menjadi impian ramai gadis sepertiku.

Cinta sejati? Aku cukup kagumi cinta Adam dan Hawa. Cinta teragung, tulus lagi suci dan cukup hebat tidak dapat ditandingi kisah-kisah cinta yang pernah aku dengari. Penuh pengorbanan dan pengajaran. “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Kisah mereka dikenangan hingga ke abad ini. Alangkah indahnya andai aku memiliki cinta sehebat itu. Teringat pula akan satu drama yang rangcak ditayangkan di television baru-baru ini. Adamaya tajuknya. Cerita kisah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga yang terpaksa diterima oleh dua insan yang saling tidak mengenali satu sama lain. Dari perasaan benci, lama-lama menjadi kasih. Adam, watak utama dalam drama itu mempamirkan sikap seorang suami yang sangat positif, rasional, bertanggungjawab, penyabar, penyayang, toleransi, romantis dan terbaik. Pengorbanan Adam terhadap isterinya membuatkan aku begitu kagum dengan cintanya. Aku ingin memiliki cinta seagung cinta Adam walaupun aku bukan Maya. Tapi masih adakah lelaki sebaik Adam di atas muka bumi ini?

Mungkin kerana aku begitu memilih dan meletakkan terlalu banyak syarat hingga menyebabkan tiada yang tegar mendampingiku. Mungkin juga kerana rupa paras ku tidaklah seberapa. Ada yang memuji, ada yang mencela. Rupa paras dan kecantikan sukar di klasifikasikan kerana ianya terlalu abstrak. Lain individu yang menilainya, bermacam-macamlah rumusan yang terhasil. Namun aku tidak pernah tersinggung. Aku yakin setiap kejadian tuhan didunia ini ada kelebihan masing-masing. Allah s.w.t itu maha adil. Aku sering saja menghadapi masalah bintik-bintik kecil pada muka kerana aku alah terhadap makanan laut, daging dan kacang. Aku menghidapi penyakit resdung sejak di sekolah menengah lagi. Puas sudah ku ikhtiar mengubatinya dengan perubatan tradisional dan perubatan moden tapi hasilnya tetap sama. Hanya dengan mengambil ubatan dari klinik saja dapat mengurangkan masalah yang aku hadapi. Susuk tubuhku juga agak berisi, tidak terlalu kurus, tidak pula terlalu gemuk. Siapalah yang menyukai diriku yang tidak seberapa ini.

“Oit Zara! Jauhnya kau mengelamun! Kau menungkan ape tu? Semacam je aku tengok? Teringat buah hati eh…?”, lamunanku tersentak apabila Nisa menepuk bahu kiri ku sambil memeluk tubuh tersenyum sinis.

“Kamu ni Nisa… Kalau masuk tu bagi salam dulu tak boleh ke? Terkejut aku. Nasib tak de heart attack tau. Kalau tak, lama dah jadi arwah kawan kau ni tau! …Aku…Emm… tengah cari idea la… untuk tambahan projek ni.”, balasku selamba sambil membetulkan selendang yang ku pakai lalu pura-pura membelek-belek kertas-kertas dan buku di hadapanku.

“Iye la tu! Macam la aku tak tahu! Kau tak payah nak sorok la dari aku Zara… Macam la aku baru kenal kau tu semalam. Air muka kau tu aku boleh baca tau. Macam baca buku kau tahu tak?”, Nisa bertenggek dihadapanku sambil mencubit daguku dengan wajah geram memerli alasanku. Kami tertawa bersama.