Saturday, August 14, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 5


Chapter 5

  S
esungguhnya setiap insan itu dicipta berpasang-pasangan. Ajal, maut, rezeki dan jodoh setiap manusia sudah ditentukan dalam qada’ dan qadarnya oleh Maha Pencipta. Masa dan waktu pula yang menjadi penentu dalam mencorak kehidupan mereka. Sebagai hamba kepada Yang Maha Esa, aku bersyukur di atas nikmat kurniaan-Nya. Sekurang-kurangnya aku masih mampu memiliki dan mempelajari akan erti sebuah kehidupan dari sudut ruanganku sendiri. Ruang kecil ini tidak terbatas numun masih mentah dalam mendalami sebuah kehidupan insane selagi masih mampu memikul bebanan dalam erti mencari jawapan tentang persoalan yang terungkap dalam meniti sebuah kehidupan. Sudut ini adalah ruang waktu yang terpenting dalam hidupku kerana disini aku kenali siapa diriku.

“Yang retak tak kan berubah, yang pecah tak kan bercantum… Hanya masa yang jadi penggantinya…”

Takdir yang telah membawa perjalanan hidupku di atas bumi yang dipijak ini telah banyak mengajarku akan mengenali erti perit getir dalam kehidupan melalui mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar rintihan, tangan yang mencapai, bahu yang mampu memikul bebanan dan hati yang mampu merasai penderitaan insan lain disekelilingku. Aku pernah melihat air mata seorang ibu yang begitu berharga seumpama permata tiada ternilai harganya. Aku pernah melihat raut wajah seorang ayah yang mencerminkan seribu kerisauan. Aku pernah menyaksikan pengorbanan seorang anak demi keluarganya dan pelbagai onak dan ranjau dalam membentuk sebuah kehidupan. Aku menjadi insaf. Walaupun pada usia belasan tahun, aku mempu fahami penderitaan orang lain dan nekad untuk menjadi lebih baik. Dua tahun yang lalu, keluargaku juga pernah mengalami krisis dalaman yang agak peribadi untuk aku jelaskan. Aku mulanya tidak faham akan masalah orang dewasa. Aku masih mentah dalam mendalami perasaan mereka dan tidak termampu untuk berbuat apa-apa. Sebaliknya, aku belajar untuk mendengar. Aku cuba menjadi kuat untuk keluargaku dan tidak menambahkan bebanan mereka. Dari situ, aku sedikit demi sedikit mula fahami perkara yang berlaku. Kehidupan ini tak selalunya indah dan mudah untuk dihadapi.

27th February
Dear diary,

          Does anyone know about today? Hemm…I think I should just ignore or forget about today…Cause it seems to mean nothing. Actually, I should be happy but nothing special happen and everything seems to be so boring. My birthday is just another miserable day under a contant sober in my bedroom alone. Today, I know one thing that make the different in my life… I am 16. Yea, it does give me a slight meaning but of what?

Many things happened to reach these 16 years old of my time of being. I’m proud of myself ‘coz at least I’m still breathing and surviving in my own skin. Things changed too and taught me vary of things that made up the world as a whole. Out of those many things, I treasured and understand ‘Love’ (though I never actually have one. Just hearing someone else stories), friendship, liar, mistakes, never ending problems, tears, confusion, life and others. I have too many memories and lesson that will stay in my heart forever as a ‘guide book’ to face the world in the future. I really want to be a better person somehow; A lot better than my pathetic self now. Encourage, brave heart, strong self-determinded, and never give up spirit should implement in me so I can handle all the responsibility on me soon as a step to enter adulthood.

          My friends were everything I treasured as the best. They taught me how to stand on my own feet. They told me not to give up. They make me learn how to faced things on my own way and I am so much more than they already knew me now because of them. Well, I guess I used to be…

          Thinking about my life now and myself make me felt terribly miserable. There are so many bad things overwhelmed me. I want to change but it seems so difficult. When I think about this repeatedly, I felt like I’m such a useless person that can’t even work things up. Too bad that I’m suck at almost everything and anything I guess... No one can understand me. No one ever try indeed. This is me…and I seems to be just nobody… for sure.

 Segala yang dipinta tak akan datang bergolek dihadapan kita. Tapi kita mampu memilikinya sekiranya kita berjaya mengatasi ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa. Penah juga satu ketika dulu jiwa remaja ini memberontak kerana berpendapat keluargaku tidak mementingkan diriku. Aku jadikan alasan ayahku yang pernah berjanji untuk membelikan sesuatu untukku jika mendapat keputusan peperiksaan yang baik tetapi tidak menunaikan janjinya. Aku cukup marah apabila janji tidak ditunaikan kerana aku begitu berpegang pada janji walhal aku sudah pun berusaha bersungguh-sungguh untuk peperiksaan PMR. 8 bulan aku menuntut janji-janji ayah namun alasannya tidak mempunyai wang amat mengecewakanku sedangkan dia menggunakannya untuk tujuan lain. Ayah pernah berjanji akan membiayai untuk aku mendapatkan lesen memandu motosikal dan membelikan aku sebuah motosikal untuk berulang-alik ke sekolah kerana aku sudah jemu setiap hari mengayuh basikal untuk ke sekolah yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari rumah sejak dari darjah 6 lagi. Aku protes dengan kedua orang tuaku dengan enggan untuk ke sekolah walaupun telah dipaksa. Rekod kedatanganku yang teruk menyebabkan pihak sekolah terpaksa memanggil orang tuaku untuk berbincang. Kesian ayah terpaksa menebalkan muka berhadapan dengan Penolong Kanan sekolah untuk merayu agar tidak diambil tindakan oleh pihak sekolah. Guru disiplin yang juga guru kauseling yang mengajar kelasku juga turut memanggilku menemuinya secara peribadi untuk mengetahui masalah yang aku hadapi. Cikgu Hana risau sekiranya aku terpengaruh atau terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

“Zara, ape masalah awak sebenarnya? Kenapa selalu tak datang ke sekolah? Awak dah tak minat nak belajar ke? Atau awak ada masalah dengan kawan-kawan dalam kelas?” Tanya cikgu Hana dalam nada lembut selembut raut wajahnya yang berusia sekitar awal 30an. Walaupun menjadi guru disiplin di sekolah, Cikgu Hana yang kelihatan agak garang dan di geruni pelajar sekolahku namun apabila berdepan secara bersemuka sebegini dengannya, ternyata Cikgu Hana punyai perwatakan dan ciri yang lembut dan baik.

“Tak Cikgu, bukan macam tu…” Aku tunduk merenung ke lantai. Fikiranku bercelaru. Aku sendiri juga tidak tahu apa puncanya sehingga aku nekad mempertaruhkan soal masa depan ku sendiri.

“Kawan-kawan awak cakap sesuatu yang buat awak tak nak datang ke sekolah ke? Atau ada orang buli atau ugut awak kat sini? Bagitahu saya apa masalah awak sebenarnya?” Wajah cikgu Hana sedikit berkerut memandang wajahku.

“Bukan macam tu… Saya…saya tak tahu Cikgu. Cuma… saya tak sihat….” Begitulah alasan yang selalu aku berikan. Aku tidak berani memandang wajah guruku yang duduk dihadapanku itu. Terlintas dibenakku cerita yang Nisa sampaikan 3 minggu lalu ketika aku menghubunginya di telefon bertanyakan mengenai hal berkaitan kerja sekolah. Nisa menceritakan mengenai kabar angin yang heboh mengenaiku. Ketidak hadiranku menjadi tanda tanya kepada semua termasuklah Nisa dan Bb. Katanya ada dikalangan pelajar perempuan kelasku membuat andaian bahawa aku sudah mahu berkahwin kerana itulah sudah tidak mahu bersekolah. Ada juga yang mengatakan bahawa aku putus cinta dan bersedih di rumah. Mulanya timbul juga perasaan marah dalam hati ini namun aku biarkan saja mulut-mulut itu berbicara. Nisa dan Bb juga sering menghubungiku tapi aku memberikan alasan aku tidak sihat kepada mereka. Pernah juga aku tidak menjawab langsung panggilan dari Bb. Aku menyuruh emak memberitahunya aku sedang tidur dan tidak mahu diganggu.

“Jangan jadikan sakit sikit-sikit sebagai alasan. Saya tahu awak ada bagi surat cuti tapi tak kanlah lama sangat awak sakit. Saya dah bercakap pun dengan ayah awak. Saya tahu awak tak datang sekolah bukan awak pergi kemana-mana. Awak ade je kat rumah. Apa masalah awak Zara? Cerita pada Cikgu…”, Cikgu Hana cuba merenung kedalam mataku mencari jawapan. Aku cuma tunduk membisu. Air mata mula berkaca di kedua-dua kelopak mataku. Aku mula mengenangkan wajah ayah dan emak dirumah. Mereka memang memarahiku kerana enggan ke sekolah namun aku lebih kecewa apabila mengenangkan janji yang tidak mereka tunaikan.

“Cikgu tahu awak bukannya tak pandai. Walaupun awak selalu tak datang ke sekolah, tapi setiap kali ujian, markah ujian awak jauh lebih baik dari kawan-kawan sekelas awak yang tiap-tiap hari datang belajar. Awak pandai Zara. Masa depan awak cerah. PMR tahun lepas pun awak dapat 6 A. Saya dah tengok rekod pelajaran awak. Semuanya bagus… Tapi kenapa tahun ni awak jadi macam ni? Tahun depan dah nak ambil peperiksaan besar SPM. Awak tak sayang ke pelajaran awak ni? Pelajaran awak yang akan menjamin masa depan awak... Awak tak nak berjaya ke Zara?” Semakin banyak pula persoalan yang diaju Cikgu Hana membuatkan aku semakin terkedu. Kedua tanganku yang digengam erat sesama sendiri diambilnya dan diletakkan diatas telapak tangannya yang terasa kehangatan seperti sentuhan tangan seorang ibu. Air mataku mula berderai membasahi pipi. Bilik pejabat Cikgu Hana yang dipenuhi fail-fail dan buku-buku yang tersusun kemas dirak itu terasa agak suram bercampur hiba dalam esak tangisku perlahan.

“Saya…saya…” suaraku tersekat-sekat menahan sedu.”…saya bukan tak suka belajar cikgu, cuma…” Aku menjadi serba salah untuk mula berbicara dan mencari-cari ayat untuk menyusun kata-kata.

“Saya risaukan awak. Mak ayah awak pun risaukan awak. Awak ni ade masalah dengan teman lelaki ke? Saya tengok awak ade rupa. Mungkin teman lelaki ajak kawin ke? Kalau bukan masalah lain ape lagi puncanya? Kami tak nak awak terjebak dengan perkara-perkara tak baik kat luar sana. Awak pun dah dewasa untuk fikir baik buruknya tindakkan awak ni Zara.”

Aku sedikit tersenyum apabila perkataan teman lelaki keluar dari mulut Cikgu Hana. Tak pernah terlintas pula dihati ini untuk mempunyai teman lelaki walaupun ada yang cuba mendekatiku. Teringat pula akan peristiwa lucu tahun lalu apabila heboh dikalangan rakan-rakanku apabila aku mendapat surat dari seseorang yang memintaku menjadi kekasihnya. Rupanya pengirimnya merupakan pelajar dari kelas lain yang sama tingkatan denganku. Katanya, dari sekolah rendah lagi pernah sekelas denganku tapi tidak pula aku ingat atau perasan akan kewujudaan dirinya. Mungkin kerana memang sudah sikapku tidak begitu mengambil peduli akan hal orang lain. Kecoh pula ketika itu apabila rakan-rakannya menemui sebuah buku catitan peribadinya yang menyatakan dia menyukaiku dan sangat memujaku. Namaku pula ditulis terang-terangan di dalam bukunya. Isi kandungan buku tersebut dibacakan dihadapan kelasnya oleh kawan sekelasnya yang nakal dan suka mengusik teman-teman lain. Setiap kali aku melintasi blok kelasnya pasti saja ada yang menyindir dan mengejekku. Pada mulanya aku tidaklah mengetahui akan kejadian itu sehinggalah diberitahu oleh rakan sekelasnya yang juga merupakan sahabatku. Malu betul aku dibuatnya. Perasaan marah dan meluat membuak-buak dalam hati. Aku tidak mempedulikan ejekkan rakan-rakannya dan memarahi lelaki itu supaya tidak menggangguku lagi selepas peristiwa itu.

Nada suara Cikgu Hana tidak langsung menunjukkan ketegangan. Wanita yang amat aku kagumi kerana ketegasan dan budi luhurnya itu ternyata begitu mengambil berat akan pelajar-pelajarnya. Tambahan pula aku sendiri merupakan salah seorang pelajar yang diajarnya dalam subjek Biologi. Aku secara diam-diam mengagumi Cikgu Hana sejak dari tingkatan 1 lagi walaupun rakan-rakanku sering menceritakan betapa garang dan tegas sikap Cikgu Hana terhadap pelajar-pelajar yang dihadapkan kepadanya kerana masalah disiplin. Namun ada sesuatu yang membuatkan aku mengagumi guruku ini bertahun-tahun. Aku tertanya-tanya bagaimana pula Cikgu Hana boleh mengaitkan masalahku ini berpunca dari teman lelaki.

“Saya tak de teman lelaki Cikgu…Bukan sebab semua tu…”Aku menjadi segan pula untuk mengaku hakikat itu. Patutlah Nisa dan Bb ada memberitahu tempoh hari semasa aku tidak hadir lagi ke sekolah, Cikgu Hana ada memangil mereka berdua untuk bertanyakan mengenaiku. Katanya Cikgu Hana bertanyakan sekiranya aku ada berceritakan mengenai masalah yang aku hadapi kepada mereka berdua. Nisa dan Bb sahaja sahabat baik yang aku rapat di sekolah. Cikgu Hana juga risau sekiranya aku terlibat dengan aktiviti sosial yang negatif di luar.

“Saya… cuma jadi marah bila orang tua saya asik bandingkan saya dengan orang lain… Mereka selalu melebihkan kakak saya… Nak saya jadi macam dia... Saya jadi tension… Stress asik dibandingkan je… Sedangkan saya tak mampu tuk belajar macam kakak saya…” Aku tahu ianya cuma alasan. Namun memang ada kebenarnya. Aku merasa sedikit tertekan apabila sering dibandingkan dengan kak lang yang melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara diperingkat PHD. Pernah juga aku bersuara dihadapan kedua orang tuaku kerana tidak berpuas hati sering dibandingkan sebegitu tapi panjang lebar pula leteran mereka kepadaku.

Saya tahu memang tertekan jika mak ayah bandingkan dengan adik-beradik macam tu. Setiap orang kebolehan dan kemampuannya berbeza... Tapi kenapa awak tak jadikan ia sebagai cabaran untuk awak sahut dan buat lebih baik lagi dari kakak awak?” Aku cuma menghela keluhan panjang mendengar soalan dari Cikgu Hana. Air mata yang berlinangan di pipi ku sapu dengan tisu yang dihulurkan oleh Cikgu Hana. Lama aku membisu cuba menenangkan perasaan. Aku tenggelam di dalam perasaan sendiri. Aku tidak mampu memberikan penjelasan dan luahan yang lebih terperinci kepada Cikgu Hana yang menantikan luahan sebenarnya dariku. Entah mengapa aku seakan-akan kepayahan untuk mengatur kata-kata.

30st April
Dear Diary,

          An argument on SMS and even in e-mails with my sister were like a never ending personal war in my life. Why did she never understand my feeling and always make me weep when this thing come between us? When would she realize that I’ve given my best to make her happy and to show I appreciate what she had done to me?

Did I say something wrong which had make her feeling hurts so badly and acused me for every fault?? What is my wrong doings that she could never forgive? Am I a bad sister to her?

Well I realized I’ve burden her with so much problems and I have offended her somehow but I did appologised. She’s making it difficult to me and she don’t understand me at all. She never try to understand me indeed.

          Well, if everyone is trying to be fair and nice to me, then maybe it is me the ultimate bad person in the whole picture here. My life is suck!

Saya… tak mampu. Limit saya sampai sini je... Kadang-kadang macam terpinggir pun ade. Itu yang buat saya selalu sakit… Saya banyak fikir dan moody… lagipun diorang berjanji dengan saya lepas tu tak tepati… lagi la saya nak marah…” teresak-esak aku dihadapan Cikgu Hana. Aku tidak mampu lagi meneruskan perbualan ini. Segalanya datang bertubi-tubi dalam benak fikiranku. Perasaanku berkecamuk. Aku tidak sanggup memikirkan segalanya. Sendainya dapat aku ubah segalanya, aku sanggup lakukan apa saja.

“Zara, sebagai seorang anak awak sepatutnya bersabar dan cuba penuhi harapan mak ayah awak… Niat mereka cuma nak tengok awak berjaya. Itu je sebenarnya… Tapi mungkin cara mereka salah…tapi alasan untuk tak datang ke sekolah camni bukan je boleh jejaskan masa depan awak je tapi awak tak tengok ke muka ayah awak mase dia kene panggil dengan pihak sekolah semalam? Kesian dia Zara… Sedih dan kecewa raut wajah dia Cikgu tengok…”. Air mata di pipi semakin deras mengalir mendengar kata-kata Cikgu Hana itu. Aku terus diam membisu tanpa kata. Cuma esak tangisan ini saja yang menjawab persoalan Cikgu Hana itu.

Macam ni lah, apa kata kalau awak balik rumah nanti, cuba luahkan apa yang awak rasa pada mak dan ayah awak? Ceritakan pada mereka apa masalah awak sebenarnya. Sebab Cikgu rase diorang pun tertanya-tanya ape masalah awak… Cuba dapatkan penyelesaian dari berbincang. Awak dah dewasa Zara… dan sebagai anak kenelah hormat dan patuh pada mak ayah… Cikgu nak awak berjanji untuk terus datang ke sekolah… Tak nak dah lepas ni ponteng tanpa sebab… Belum terlambat lagi untuk awak ikut pelajaran dalam kelas sekarang ni…”. Aku cuma mengangguk lesu.

Cikgu sebenarnya dapat rasakan yang ade sebab lain kamu bersikap camni… tapi tak apelah sekiranya awak tak mahu berkongsi dengan Cikgu pun… Cuma cikgu harap sangat awak dapat datang ke sekolah macam biasa…Kalau ade kawan-kawan yang ejek awak atau ape-ape, bagitahu Cikgu. Biar Cikgu selesaikan dengan diorang…”

“Saya akan cuba Cikgu…InsyaAllah…”. Aku bersalaman dengan Cikgu Hana lepas mengucapkan terima kasih dan mencium tangannya. Bahuku dipeluknya sekejap membuatkan aku merasakan begitu selesa dan tenang. Wajah tenangnya sempatku tenung seketika. Sejuk hatiku melihat raut wajahnya yang tenang dan penuh kasih sayang itu. Dalam hati aku berjanji akan cuba mengubah sikap diri ini demi harapan Cikgu Hana, diriku sendiri dan yang paling penting ialah harapan kedua orang tuaku. Aku sedar kesilapan yang aku lakukan ini hanyalah memburukkan masa depan dan diriku sendiri. Demi kerana kemarahan dan sikap keanak-anakan ini aku sanggup meletakkan masa hadapan sendiri menjadi taruhan untuk kepuasan sekarang.

1st June
Dear Diary,

          Friends come and friends go in our life. Some might come back but some remain gone. I couldn’t have enough as they told me there is no perfection in this life. Well hey, I understand but of’cos I’m wishing for more.

          My life is slightly weird during this teenage level. I can call it stupid as well because I’ve done many stupid things. However, I also discovered joy and good lesson within it. Well, growing up can be so strange I tell you. No one can expect what would come. Only choises handed to us and it is up to us to decide which path to take to lead to future that we planned to be. It is not something that considered as easy as ABC in multiple choise kind of question in public examination at school. The options is quite vary in form. It is tough. “Be strong, be positive, think of the best for yourself and don’t give up Zara!”, reminds my little heart to myself.

          I decided to change for good. I choose not to fail or be a failure. I bid my pathetic past life a goodbye. I want to start a new life. All things that had already happened will be a great lesson to me not to repeat it again in the future. Life is fair. To live a successful life in the future, I must first struggle from the bottom. I can be whoever I want to be regardless of objection from unwanted negative complainers. I must live to satisfy my heart and soul that deserve better than what I gave so far. I dare myself to do beyond my own expectation so I can achive something superior. I want my family and friends to be proud of me. That’s the reason why I want to get a flying colours in my SPM exam this year. May Allah s.w.t bless me.

Thursday, August 5, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 4


Chapter 4

M
akan malam bersama emak dan ayah bagai ada perasaan berbunga-bunga yang terselit di hati ini. Aku tersenyum-senyum sendiri sambil menjamah nasi yang terhidang dalam pinggan bagai orang angau tak bertempat. Bila ditanyakan kenapa, aku cuma mengeleng-gelangkan kepala dan tersenyum kepada kedua orang tuaku itu. Selepas menolong emak mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk, aku bergegas kembali ke kamar. Kebiasaannya selepas makan, aku akan bersantai bersembang dengan emak di meja makan di dapur. Memang sudah menjadi runtin kami dua beranak bersembang sambil menonton drama siri tempatan kegemaran emak. Tapi kali ini aku tinggalkan emak bersama ayah menonton drama melayu kegemarannya sambil mengupas buah mempelam dibelinya dipasar siang tadi.

Perasaan ternanti-nanti muncul dalam hati. Aku berharap ada sesuatu yang sedang menungguku. Ada perkara yang bakal mengukir seribu senyuman lagi diwajahku ini. Perasaan ini berbunga keriangan bagai ada pelangi indah muncul diruang angkasa dalam hati. Aku cepat-cepat mencapai telefon yang sedang di cas baterinya diatas meja. Butang aktifnya ku tekan dengan penuh hati-hati dan debaran. Namun harapanku hampa. Tiada sebarang pesanan atau pangilan pun dalam peti simpanan handphone ku itu. Pelangi indah tadi tiba-tiba pudar dengan sedikit kekecewaan. Aku mengeluh panjang.

Aku duduk mencebik dimeja untuk mengulangkaji pelajaran. Helaian yang aku tatap itu sukar benar untuk difahami. Sudah hampir setengah jam aku begini. Mata pelajaran Kimia ini memang susah untuk ditelaah. Dulu semasa mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, mata pelajaran Kimia ini diajar dalam bahasa Melayu. Tapi untuk peringkat STPM, semuanya diajar dalam English. Buku-buku rujukannya pula semuanya dalam versi English. Sukar pula untuk mengingat terma-termanya dalam bahasa inggeris. Pen di tangan aku guling-gulingkan diatas kertas kajang yang terhampar bersih tanpa sedikit coretan pun di bawah tangan kananku. Ya Allah, aku tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran malam ini. Fikiran aku masih melayang-layang memikirkan kejadian di sekolah siang tadi. Aku mengeluh sambil tersenyum sendirian lagi.

Aku mencapai telefon bimbitku dan menekan butang mencari nama Hairi di dalam senarai nombor telefon. Aku teringin juga mengenali insan bernama Hairi ini tapi aku segan untuk menghubunginya. Apa pula fikirnya nanti jika aku terus menelefonnya. Tapi sekiranya aku tidak menghubunginya, bagaimana pula untuk kami berhubung? Terasa menyesal pula tidak memberikan saja nombor telefonku padanya. Sekurang-kurangnya, jika dia yang menelefon aku terlebih dahulu tidaklah aku ini kelihatan seperti perigi mencari timba. Lamunanku terhenti apabila tiba-tiba telefonku berdering. Azreen rupanya. Dia menghantar SMS kepadaku bertanya kabar bagaikan sudah lama tidak bertemu sedangkan baru  sahaja siang tadi perkenalan kami. Azreen mengucapkan terima kasihnya kepadaku kerana sudi berkawan dan memberikan nombor telefonku kepadanya walaupun tidak mengenalinya. Mujurlah dia tinggal sebilik dangan rakan sekelasku semasa ditingkatan 5 tahun lalu. Ada juga modal untuknya mengenaliku dengan lebih rapat. Azreen ternyata seorang yang agak sopan dan perihatin. Dia tahu menghormati insan lain. Aku menasihatkannya supaya tidur lebih awal dan menyapu minyak angin pada kakinya yang kelihatan agak membengkak akibat perlawanan siang tadi. Kesian pula aku melihatnya jalan terhincut-hincut semasa di dewan siang tadi.

Benak fikiran ini masih berkira-kira memikirkan sama ada mahu menghubungi Hairi atau tidak. Mahu saja ditunggu hari esok atau lusa atau pun tulat, barulah aku akan menghubunginya. Tetapi hati ini jadi tak sabar pula mahu menunggu begitu lama. Jari jemari ini gatal saja mahu menekan nombor telefonnya. Lirik mata ini tak henti-henti memerhatikan nombornya di skrin telefon ku. Terbayang pula di fikiran wajahnya yang merenungku manja dan menggoda. Aku merasa serba tidak kena dibuatnya. Kenapa aku punyai perasaan sebegini. Lama aku termenung, lalu aku mengambil keputusan untuk menghangtar SMS sahaja kepadanya. Hati mula berdebar-debar menantikan jawapan darinya.

Short Message System atau SMS menjadi cara perhubungan yang ringkas, mudah dan menyenangkan masa kini disamping menjimatkan. Sebagai seorang pelajar, aku lebih banyak berSMS berbanding berbual ditelefon untuk berhubung dengan rakan-rakanku. Kemajuan teknologi ini betul-betul aku kagumi kerana banyak manfaatnya kepada orang ramai. Tidak hairanlah jika statistik penggunaan SMS dalam kalangan pelajar IPT dan sekolah lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Kini, pelajar sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan SMS. Malah ibupada mereka mampu memberi anak-anak remaja meraka memiliki telefon bimbit sendiri untuk kemudahan berhubung. Jika dibandingkan denganku, waktu mula-mula aku diberikan telefon bimbit oleh Kak Lang sebagai hadiah sewaktu aku di Tingkatan 5. Itupun telefon bimbit jenama Nokia yang sudah bertahun-tahun digunakannya yang berharga kurang dari RM300. Pemberian orang tetap aku hargai walau seburuk manapun keadaannya asalkan boleh digunakan. Tukar saja housing luarnya sudah pasti kelihatan seperti baru.

Puas aku menunggu jawapan SMS dari Hairi namun tidak dibalasnya juga. Hati ini tertanya-tanya dan mula berasa sangsi. Azreen pula tidak henti-henti berbalas SMS bertanyakan mengenai diriku. Dia seperti begitu berminat mengenaliku dengan lebih mendalam. Tidak pula aku meraguinya kerana beranggapan ianya kebiasaan apabila baru berkenalan dengan seseorang, sudah tentu banyak yang akan ditanya dan ingin diketahui. Tapi kenapa Hairi berdiam diri pula setelah bersusah payah mendapatkan nombor telefonku siang tadi tapi kini apabila aku menghubunginya, dia pula tak endahkan aku?

SMS yang ditunggu-tunggu muncul juga tak lama selepas itu. SMS dari Hairi mengukir senyuman berseri dibibirku. Tapi yang peliknya, dia bertanyakan siapakah diriku dalam nada yang marah-marah. Aku merasa hairan. Sikapnya ini ternyata berbeza sekali dengan sikap Hairi yang aku kenali siang tadi. Mungkinkah dia tersilap membalas SMS atau mungkin Hairi memberikan nombor telefon yang bukan miliknya? Aku cukup yakin itulah nombor yang diberikannya dalam kegemaan suasana semasa di dewan sekolah tadi. Aku sekadar bertanyakan adakah dia sudah selamat sampai ke Kuala Terengganu dan mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan pertandingan hebat siang tadi. Tetapi sikapnya garang dan bengis semacam pula dalam kata-kata SMS yang dibalasnya. Kenapa pula tiba-tiba naik berang terhadapku? Apa yang sudah aku lakukan?

Mungkinkah aku ditipu? Atau mungkinkah aku hanya dipermainkan oleh Hairi? Aku tidak berani membuat apa-apa kesimpulan sebaliknya aku memberanikan diri menelefon nombor tersebut untuk mendapatkan kepastian. Perasaan ingin tahu ini membuak-buak di dada. Namun setelah beberapa kali mencuba, nadanya mati dihujung talian tanpa sebarang jawapan. Aku mula merasa binggung. Mungkin aku telah dipermainkan oleh Hairi dan kawan-kawannya. Jika benar, alangkah bodohnya diriku kerana mudah mempercayai dan senang memberikan nombor telefonku kepada lelaki yang tidak dikenali. Beberapa minit selepas itu aku mendapat SMS dari nombor yang sama yang menyatakan dia sedang sibuk dan dia bukan orang yang aku cari. Aku tetep tidak berpuas hati dan mencuba menelefonnya sekali lagi. Aku inginkan kepastian dari Hairi. Kenapa pula berpura-pura tidak mengenaliku? Kenapa pula ingin mengelak dariku? Sudah memang sikapku sejak azali lagi selalu berdegil dan berpendirian teguh. Jika sesuatu menimbulkan kesangsian dalam fikiran ini, aku akan berusaha sebolehnya mencari jawapan penyelesaiannya.

“Kau salah nombor ni! Aku ni bini orang, anak empat dah! Aku tengah sibuk nak masak ni!” Satu suara perempuan yang garang kedengaran dihujung talian. Aku segera meminta maaf dan memutuskan talian. Aku tergelak sendiri mendengar suara perempuan tadi. Sombong dan garang betul. Aku sendiri juga seorang yang agak pemarah dan garang. Tapi jika orang bercakap dengan nada baik, kenapa pula mahu memarahi dan berkasar dengannya tanpa sebab? Lagipun aku hanya tersalah nombor. Itupun nak melenting dan marah-marah ke? Tak patut langsung ada rakyat Malaysia seperti itu. Bagaimana jika yang tersalah nombor itu saudara-mara atau dari keluarga dia sendiri? Tentu dia juga merasa sakit hati seperti apa yang aku rasakan. Apalah salahnya jika diberitahu dengan baik-baik bukannya aku bertanya kepadanya dengan nada yang kasar. Barulah betul mencerminkan budaya masyarakat kita yang penuh budi bahasa dan adat sopan. Bukannya aku nak menggatal atau nak berkenalan dengan dia pun. Angin semacam. Mungkin juga tengah datang bulan agaknya.

“Ah! Pedulikan perempuan garang tak bertempat itu. Buang masa dan tenaga saje memikirkannya” bentakku sendiri didalam hati. Tapi, kenapa ini bukan nombor telefon Hairi? Adakah aku tersilap menekan nombornya? Puas aku merenung nombor telefon yang diberikan lelaki itu dalam telefon bimbitku. Fikiranku berputar-putar dengan seribu andaian.

“Hmm…kenapa salah ye? Tak kan la dia nak main-mainkan aku pulak. Jelas-jelas tadi dia berminat nak berkenalan dengan aku. Tapi nombor ni bukan nombor telefon dia… Apa aku nak buat ni? Hmm sayang seribu kali sayang…dia nampak macam orang baik dan menarik… Agaknya bukan jodoh aku dapat kenal dengan dia kot…”, runggut aku sendiri dalam fikiran. Aku masih lagi merenung deretan nombor-nombor itu dengan perasaan hampa.

Tapi nombor telefon Hairi yang aku simpan ini bermula dengan nombor dua. Bukankah itu kod kawasan untuk area Kuala Lumpur?  Dahiku berkerut.
“Dia dari K.L ke? Bukan ke dia dari K.T? Kalau area Pantai Timur ni generally bermula dengan nombor 9. Boleh jadi juga aku yang silap salin nombornya tadi sebab terlalu nervous… Atau dia yang silap kasi? Hmm…Apa kata kalau aku cuba? Bukan rugi apa-apa pun. Manalah tahu kot-kot memang tuhan nak aku kenal dengan mamat ni…”. Aku bermonolog sendiri. Jari-jemariku berhati-hati menekan nombor telefon Hairi yang telah aku tukar kod kawasannya kepada nombor 9 dan hanya menghantar SMS bertanyakan jika dirinya ialah Hairi yang aku cari. Kali ini aku mengambil langkah lebih selamat. Manalah tahu sekiranya tersalah nombor lagi. Tidak sanggup rasanya telinga ini mendengar dimarahi oleh singa betina seperti tadi sekali lagi hanya kerana kesilapan kecil.

Hati kecil ini berdebar-debar. Dalam masa yang sama aku sempat berdoa agak tidak tersalah andaian lagi. Ternyata firasatku benar kali ini. Alhamdulillah. Hairi terus menhubungiku dengan segera selepas mendapat SMS dariku dengan suara gembira dihujung talian. Mulanya aku teragak-agak juga mahu menjawab panggilan darinya. Siapa tahu kalau-kalau terkena amukkan harimau jantan pula. Aku menceritakan kepada Hairi tentang peristiwa dimarahi kerana tersalah nombor dan dia hanya tergelak besar mendengar ceritaku. Dia sama sekali tidak menyangka aku berfikiran bijak dangan menukar kod kawasan pada nombor telefon yang tersilap itu untuk menghubunginya.

“Tertunggu-tunggu jugak dari Kemaman tadi lagi tau. Mata ni tak lepas tengok handset kat tepi kot-kot you ade call ke ape. Mase tengah driving tu asik fikir you je. I know it’s funny tapi dalam hati I berdoa sangat-sangat mintak tuhan bukakan hati you untuk call or SMS I ke ape… Honestly, I tak pernah macam ni tau dengan girl. First time nampak you, I nak sangat-sangat kenal you. Tak tahu kenape. Thanks for willing to contact me Zara.” Hairi baru sahaja sampai di rumah ketika menelefonku. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Dia ternyata ternanti-nantikan panggilan dariku dengan hati penuh harapan. Aku merasa lega mendengar suara riangnya dihujung talian. Sekurang-kurangnya, berbaloilah juga usaha dan sabar aku selepas dimarahi perempuan garang tadi.

“Mase dalam kereta tadi kawan-kawan I gelakkan I. Diorang cakap I menggatal kat Kemaman. Hahaha! Tapi seriously Zara, you have a very sweet smile that can melt a heart...Maybe you rase I ni cakap berbunga je mengayat pempuan. Tapi I ikhlas. I happy and excited sangat-sangat dapat nombor telefon you and kenal you Zara…”. Hairi ternyata seorang yang menarik dan pandai berjenaka. Kata-katanya membuatkan hatiku senang. Kami berbual sehingga ke pagi. Macam-macam hal yang ditanyakan. Aku juga tidak melepaskan peluang ini untuk bertanyakan mengenai dirinya dan juga mengenai seni pertahanan diri teakwando. Hairi sememangnya sangat arif dan berminat mengajak aku menyertai teakwando. Penat seharian dengan acara sepanjang hari tdai tidak terasa lantaran rangcaknya dan menariknya lagi perbualan perkenalan kami malam itu. Insiden yang berlaku hari ini cukup istimewa dan menjadi perkara lucu dalam ingatan kami buat kali pertama dalam hidup. Aku akhirnya hanya tidur beberapa jam sebelum bagun untuk ke sekolah pagi Ahad itu. Namun aku sedikitpun tidak terasa letih atau mengantuk kerana hati ini sudah berbunga-bunga keriangan dengan satu perasaan yang belum pernah aku alami sebelum ini.

“Hai babes! Goodmorning!” Sapaku riang dengan penuh senyuman kepada Bb dan Nisa yang sedang duduk di bangku dibawah pohon tua yang merendang meneduhi pagi kami dihadapan blok kelas semasa menunggu bacaan doa sebelum memulakan kelas pagi itu. Suasana pagi itu cukup indah sekali. Nisa dan Bb berpandangan sesama sendiri kehairanan melihat sikapku pagi itu.

“Aii Zara… Happy semacam nampok?”. Senyum Nisa tanda menduga. “Ade pape ke? Bb cakap semalam awok kenal pakwe ensem. Ade bagi nombor tak?”. Cepat pula cerita semalam sampai ketelingan sahabat baik ku itu.  Nisa tesengih menantikan jawapan dariku.

“Amboiii…awal pagi lagi dah mengumpat ye? Bb ni memang la tak bleh simpan langsung…Suke eh bergossip pagi-pagi?” Aku pura-pura merajuk dalam senyuman dan duduk dicelah kedua-dua sahabat karibku itu.

“Ala suka la tu dapat boyfriend baru. Nanti dah ade boyfriend jangan lupe kawan yer...” BB pula mengusik aku. Aku terus menceritakan kepada kedua sahabat karibku itu peristiwa dimarahi dan tersalah nombor telefon semasa cuba menghubungi Hairi. Perkara itu cukup melucukan kami. Nisa dan Bb mengejek-ngejekku  sambil ketawa terbahak. Aku cukup gembira pagi itu. Kegembiraan yang aku rasai bagaikan tiada pernah terjadi dalam hidupku selama 18 tahun hayatku. Mengenali Hairi bagaikan perkara yang terbaik dan menggembirakan dalam hidupku. Pengalaman baru yang aku lalui semalam begitu asing tapi indah sekali rasanya. Tidak sabar rasanya untuk selesai sesi persekolahan pagi itu untuk pulang ke rumah dan menunggu panggilan dari Hairi kerana dia sudah berjanji akan menelefonku lagi.