Thursday, September 16, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 6


Chapter 6
S

etelah sekian lama bersendiri, kini ianya singgah di pintu hati. Satu perasaan yang asing untuk difahami jiwa yang masih muda ini. Adakah ini jawapan kepada segala persoalan mengenai hati yang aku tercari-cari selama ini? Mungkin juga Tuhan mahu memberiku kesempatan untuk merasakan sendiri keindahan ciptaanNya yang lahir untuk sesama insani. Perkenalan yang tak dirancang itu membibitkan kuntum-kuntum bunga mekar yang mengharum di taman hati. Walaupun keras rasional ini menafikan, namun keserasian dalam persahabatan yang terjaling cukup jelas walaupun baru beberapa hari mengenali. Takdir yang telah menemukan Zara dengan insan yang bernama Iskandar Zulhairi Bin Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Hairi. Perkenalan ini benar-benar membawa sinar kebahagianan dalam kehidupannya yang duhulunya cuma dipenuhi angan-angan kosong seorang gadis yang masih mentah dalam mengenal erti kehidupan.

Gadis ini tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki lebih dari sebagai kawan sebelumnya. Ada yang datang untuk mencuba mencuri hatinya namun semuanya tiada berhasil dan hanya dianggap dan diterima sebagai kawan sahaja. Gadis ini mudah di dekati akan tetapi sangat sukar untuk dimiliki. Pernah juga dia meminati lelaki yang menjadi teman kepada sahabatnya sendiri. Namun, lelaki itu lebih sesuai jika dianggap ‘playboy sekolah’ ketika itu kerana sudah mempunyai kekasih tetapi mahu juga menjalingkan hubungan dengan yang lain. Mujurlah dia tidak termakan dengan kata-kata manis walaupun dia sangat meminati lelaki itu. Segalanya telah membuatkan dirinya makin sukar untuk mempercayai sang lelaki. Gadis inilah aku… yang bernama Zara Alisa Binti Alam Shah. Aku berumur 18 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di Tingkatan 6 Atas Sains 2. Aku berketurunan Melayu kacukan Cina. Nenek disebelah emak merupakan keturunan Cina manakala sebelah ayah pula Melayu jati. Aku lebih banyak memiliki ciri-ciri sebelah ayah kerana berkulit agak gelap sedikit berbanding dengan adik beradikku yang lain. Cuma mataku ini agak kecil dan sepet dan saudara-maraku sering mengatakan yang aku miliki raut wajah seiras emak sewaktu zaman remajanya.

Orang kata kalau nak tahu macam mana muka kita bila dah tua nanti, tengoklah rupa mak dan ayah kita. Jadi, bila tengok wajah mak aku, walaupun garis-garis kedutan halus menampakkan keremajaannya telahpun dimamah usia, namun wajah tua itu masih anggun dan menawan dimataku. Dalam erti kata lainnya, wajahku nanti bila sudah tua pun macam wajah emak jugaklah. Cun dan menawan! Hahaha! Aku terperasan sendiri sambil tersenyum-senyum di hadapan cermin di ruang tengah rumah kami. Aku menilik wajahku mencari cela sambil membelai-belai rambutku yang panjang melepasi bahu dengan melayan perasaan sendiri.

“Berangan je lebih kau ni Zara!” Abang lalu di belakangku dengan sengaja mengucau-ngucau rambutku menjadi berserabut dengan kedua belah tangannya.

“Abang ni!!! Suke sangat kacau orang la!...Nak berangan skit pun buat spoil jer!” Aku merungut sambil memuncungkan mulut dan kembali menyisir membetulkan rambutku kebelakang.

“Tersengih-sengih depan cermin…Angau ke ape?” Abang duduk bersantai disofa menghadap televison sambil tersenyum nakal dan meletakkan kedua tangan dibelakang kepalanya.

“Sebok je abang ni! Tengok ni da kusut-masai rambut orang!”, aku pura-pura merajuk dan berlalu memasuki bilik. Abang aku sememangnya suka menyakat. Jika dia tidak berkerja dan berada dirumah, pasti aku menjadi mangsa dibulinya. Jika ada emak dirumah, sudah pasti aku memekik mengadu pada emak. Malangnya emak dan ayah awal-awal pagi lagi sudah keluar melawat cucu-cucu mereka di rumah Abang Long di Kuantan.

Aku berbaring diatas katil sambil tersenyum sendiri. Hati ini tidak dapat menafikan lagi akan rasa yang lahir dalam hati bila didekati oleh kenalan-kenalan baru. Azreen, Hairi dan Khairel tidak putus-putus menghubungiku. Azreen dan Khairel lebih banyak berSMS. Cuma Hairi saja yang hampir tiap-tiap hari menelefonku. Aku tidak berniat apa-apa cuma menganggap mereka sama seperti teman-teman biasa yang lain. Aku yakin mereka juga berfikiran sebegitu. Cuma untuk lebih mengenali sudah tentulah mahu selalu berhubung. Ada juga sesekali terfikir akan anggapan orang lain terhadapku kerana punyai kawan lelaki yang ramai yang mungkin akan menimbulkan spekulasi negatif. Tentulah tidak enak jika cerita seperti itu sampai ketelingaku sendiri. Namun, selagi aku tahu menjaga batas-batas dalam pergaulanku, kabar-kabar negatif itu aku letakkan ketepi. Pesanan-pesanan dari Khairel dan Hairi berlegar-legar dibenak fikiranku membuatkan aku tersenyum sambil memeluk telefon bimbit kecil itu.

Pendirianku untuk tidak bercinta sebelum tamat peperiksaan SPM membuatkan aku hanya rapat dengan lelaki dan hanya menjadi teman baik kepada mereka. Namun, walaupun telah tamat peperiksaan SPM, aku masih lagi tidak berpunya. Aku tidak pula mencari atau terniat untuk mempunyai kekasih hati. Mungkin belum masanya yang sesuai lagi.

“All the good guys with good looks here is either taken or extinct. Just take a look around you. Takde pun kan single leng chai? So, tak payah la you cari boy kat sini...” Satu demi satu kata-kata dari Bb masuk ke corong telingaku ketika kami sedang duduk bersembang selepas mengulang kaji pelajaran bersama-sama di bangku bermeja di halaman rumahnya. Angin petang bertiup sayu menyapa wajahku yang menggambarkan seribu pertanyaan bermain difikiran. Fikiran ini memproses kata-kata Bb dengan perlahan-lahan keran terlalu rumit untuk difahami.

“…Nanti after finish with STPM ni, we get out of here and pergi belajar jauh-jauh sikit, sure will find a lot of better boys.” Sambung Bb lagi. Aku cuma tersenyum mendengar kata-kata semangat yang menceriakan keadaan dari sahabat baik ku itu.

Aku pernah meluahkan rasa kerisauan yang terbuku dihati kepada Bb dan Nisa. Sikap periang dan terbukaku membuatkan aku lebih disenangi untuk didampingi. Tak hairanlah jika aku punyai kawan lelaki lebih ramai dari kawan perempuan. Kadang-kadang ada juga yang cemburu. Mulalah pelbagai cerita direka mengenai aku. Paling teruk yang pernah sampai ditelingaku ialah aku dilebal ‘play girl’ oleh mereka-mereka yang mulutnya tidak berinsuran. Sakit hati juga jadinya. Tapi aku bersabar sahaja dengan kata-kata orang. Asal saja aku tahu siapa diriku dan tahu batas-batas dalam pergaulan itu sudah cukup bagiku. Sahabat-sahabat baik ku juga tahu siapa diriku sebenarnya.

“Pedulikan je orang nok cakap ape! Mulut orang memang susoh nok senyap, kalu mulut tempayan tu buleh jugok nok tutup. Mulut diorang tu kene gam ngan gam gajah dulu baru buleh dok jage tepi kain orang. Dengki la tu tengok orang happy”, nasihat Nisa kepadaku. Betul. Buat apa mahu ambil peduli jika cerita-cerita itu tiada betulnya. Biarkan saja mereka-meraka mengumpat. Dosa memfitnah itu biarlah meraka tanggung sendiri.

Semenjak perkenalan dengan Hairi, setiap malam aku habiskan masa dengan berbual dengannya ditelefon. Jika pada hari persekolahan, kami akan berhenti sehingga jam 1 atau 2 pagi. Kami berkongsi bermacam-macam cerita. Ada saja yang ingin dibualkan dan dikongsi bersama. Dari minat mengenai Teakwando kepada perjalanan kehidupan masing-masing dan suka duka pengalaman yang pernah dilalui. Masing-masing bergilir-gilir bercerita dan mendengar cerita. Aku cukup seronok mendalami kehidupan Hairi yang melucukan apabila diselit unsur jenaka olehnya.

“I pernah pergi kedai CD ni nak cari CD. Boleh lak tokey kedai tu cakap Cina ngan I. Mane la I faham pun… Tapi I angguk-angguk je la buat-buat faham. Hehehe! Entah ape dia cakap pun I tak tahu. Kalau dia kate I bodoh pun I angguk je. Hahaha! Ingat I ni apek ke ape?”. Hairi sememangnya pandai menhiburkanku. Walaupun keesokkan harinya aku ke sekolah dengan mata yang lebam kerana tidak cukup tidur, tapi aku sangat gembira dan puas kerana dapat mengenali Hairi dengan lebih rapat. Mengantuk dalam kelas pun berbaloi.

Hairi begitu berminat dengan cerita mengenai diri dan kehidupanku. Dia juga tidak ketinggalan menceritakan kisah hidupnya kepadaku. Hairi merupakan salah seorang jurulatih persatuan Teakwando di Kuala Terengganu. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan di Kolej Yayasan Terengganu (KYT). Sementara mendapatkan pekerjaan yang sesuai, dia menjadi jurulatih sambilan. Ahli keluarganya sememangnya aktif dan banyak melibatkan diri dalam bidang seni mempertahankan diri teakwando dibawah persatuan ini. Dia sendiri pun memiliki black belt sejak dari usia yang muda. Hairi merupakan seorang yang periang, optimistik dan berperwatakan menarik. Rupanya agak tampan, bermata agak sepet, berkulit cerah, sedarhana tinggi, dengan dadanya yang agak lebar, dan dari cerita latar belakang keluarganya, Hairi rupanya berketurunan Jepun. Patutlah pertama kali melihatnya, aku menyangka Hairi seorang lelaki cina. Kacukkan rupanya.

“Walaupun baru kenal dengan you tapi rase macam dah kawan lama sangat-sangat tau. I memang tak pernah la macam ni sebelum ni dengan siape-siape pun. Serious Zara… This is completely my first time. Life I before this memang empty and gloomy je. Tak de ape yang menarik pun. But you ni lain dari yang lain la Zara. Betul-betul special… I… suka kawan dengan you. I memang tak menyesal buat kerja gila dan nakal masa hari tu untuk minta nombor telefon you.”

“Zara ni biasa-biasa je la. Same la… tak pernah jugak kenal dengan lelaki camni. Tapi… I enjoy being your friend and I like talking to you.” Aku tersenyum lebar dengan hati yang berbunga mendengar pengakuannya.

Thanks Zara. I really hope to meet you again someday. Kalau boleh, hari ni jugak I nak turun Kemaman tuk jumpa youThe truth isI miss your sweet smile.”

“Insyaallah kalau you turun Kemaman, bagitau la. Boleh jumpe and I can show you around. Tapi you kan sibuk dengan class teakwando? Boleh ke cuti?”

“Hmm...tu la. Memang tak boleh cuti tapi boleh pegi time tak de class. I pun susah nak pergi mana-mana jugak pasal tak de transport. Kalau ade, tiap-tiap hari la you jumpe muke I kat Kemaman tu kacau you. Hahaha! Zara…I tak tahu kenape.... Tapi…  I tak pernah puas atau jemu pun talking to youI rasa kalau kite jumpe nanti yang betul-betul untuk spend time together, mesti non-stop talking la ni…Hehehe!”

“Betul tul… harap-harap tak de la malu-malu plak nanti.” Pipiku sudah kemerah-merahanan mendengar gurauan dan kata-kata manis darinya. Hati ini cukup gembira kerananya.

*     *     *     *     *     *     *


October 4th

It’s amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark…

The smile on your face lets me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best when you say nothing at all…
-Ronan Keating-

Dear diary,

He’s into music just as much as I do. Last night, we had a great time by singing on the phone in the middle of the night. It was awesome and he had a nice voice too. I sang ‘More Than Words’ song while he sang to me ‘I Believe In You’ and Ronan Keating song.

He is truly amazing! He can get along easily as far as this although we just met in 4 days ago! I found him quite interesting and fun to be with and we shared many things in common. Plus, I really really enjoy talking to him every day and night. He really does cheer up my day.

I did mention about Azreen to Hairi. Azreen happened to be one of his students. I told Hairi that I first time met Azreen the same day I met him on the Teakwando tournament. However, Azreen did not know that I also know Hairi. Azreen seldom contact me actually, while I spend most of my time with Hairi. It suddenly came out in our conversation. I just hope this happiness within our friendship will last!

*     *     *     *     *     *     *


Pada mulanya aku merasa tidak senang hati kerana risau jika bil telefonnya akan melambung naik kerana hampir setiap hari Hairi menghubungiku. Aku memintanya untuk cuba kurangkan membuat panggilan kepadaku. Kami masih boleh berSMS seperti biasa. Tapi dia berkeras juga mahu menelefonku. Katanya jika SMS, tak dapat pula dia mahu mendengar suaraku. Sudah seperti ketagihhan jika tidak mendengar gelak tawaku tambahnya lagi. Hujung minggu pula merupakan peluang untuk bersembang dengan lebih panjang. Kadang kala berlarutan sampai ke subuh. Bila kedengaran bunyi azan barulah kami berhenti untuk solat dan terus tidur. Kami tidak puas bercerita dan mengenali diri masing-masing. Bagi seseorang yang baru aku kenali, Hairi ternyata lain dari yang lain. Berbeza sekali dengan Azreen. Azreen lebih banyak berSMS untuk bertanya kabar dariku sejak perkenalan dengannya. Dia tidak bersungguh-sungguh seperti Hairi. Begitu juga dengan khairel. Cuma sekali-sekala bertanyakan kabar dariku. Hairi pula sememangnya pandai membuatku ketawa dan menghiburkan. Sempat juga aku bertanya kabar mengenai Azreen kepadanya. Kebetulan pula jadual Hairi petang itu untuk pergi mengajar di tempat Azreen belajar. Azreen merupakan juniornya ketika dia di tahun akhir di KYT. Kini Azreen menjadi anak buah kelas latihan teakwandonya pula. Reaksi Hairi sedikit menunjukkan tanda-tanda cemburu apabila aku asik bertanyakan mengenai Azreen.

Kehidupan menjadi jauh lebih baik dan ceria semenjak aku mengenali Hairi. Dialah teman dikala sunyi. Nisa dan Bb juga menyedari perubahanku yang makin ceria sejak kemunculan Hairi dalam diari kehidupanku. Mereka berdua menjadi tempat aku bercerita menganai Hairi. Hairi begitu berbeza dari kebanyakkan lelaki yang pernahku kenali. Mungkin kerana usianya yang beberapa tahun lebih tua dariku membuatkan sikapnya lebih matang dan gentleman. Dia sangat-sangat mengambil berat akan diriku, serius memahami dan secara terang-terang menunjukkan minatnya terhadap diriku. Hairi bijak menduga apa yang bermain di benak fikiranku dan aku tidak merasa segan untuk menjadi diriku sendiri tanpa perlu berpura-pura atau berlakon sopan kepadanya. Aku tahu masih terlalu awal untuk menilai perkenalan kami namun aku tahu dia benar-benar menyukai diriku dan menyimpan perasaan lebih dari sebagai seorang kawan terhadapku walaupun kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Baginya, semua yang dialaminya begitu asing sekali dan perkenalan kami mengubah hati dan semangat dalam dirinya. Kerana itulah dia begitu bersyukur kerana ditemukan dengan diriku. Namun aku juga tidak dapat aku nafikan bahawa hati ini turut terpaut dengan sikapnya yang menggugat keegoan hati ini.

Hairi menunjukkan perasaan cemburunya apabila aku menceritakan mengenai seorang guru muda sementara di sekolahku yang menunjukkan minat terhadapku. Aku cuma terserempak dengannya sewaktu sedang jogging dihujung minggu ketika bersama Nadia dan Tasha di taman reakreasi berhampiran Bandar tempat tinggal kami. Aku sendiri tidak menyangka dia merupakan guru sandaran di sekolah kami dan aku sedikit pun tidak melayannya sehinggalah satu hari Tasha memberitahuku tentang guru sandaran itu kerana kami kerap kali terserempak dengannya disitu.

“Dia tu cikgu sementara kat sekolah kite la. Patut la muka dia macam familiar jer saye tengok. Memang pernah jumpe dia dalam sekolah pun. Kalau tak silap name dia Cikgu Rozli.” Kata Tasha ketika kami bersenam-senam meredakan otot-otot badan setelah 5 kali pusingan berjogging di trek taman itu.

“Saye tak pernah nampak pun…” balasku sambil mengerutkan sedikit dahi tanda cuba untuk mengingati jika pernah melihatnya sebelum ini.

“Ade…saye pun pernah jumpe mamat tu.Baru lagi dia kat sekolah kite. Hmm… tiap-tiap minggu kite nampak muke dia kat sini. Usha awak la tu Zara.” Nadia pula bersuara sambil duduk disebelahku keletihan. Dia tersenyum sinis sebelum meneguk air mineral yang dibawanya.

“Ade-ade je lah awak nak menyakat saye.” Aku cuma mencebik dan tidak mempedulikan mereka. Memang ada betulnya kata Nadia itu. Lelaki yang menurut Tasha merupakan guru sandaran di sekolah kami itu sering memerhatikan kami ketika berjogging di sini. Naik rimas pula dibuatnya. Pernah juga dia menyuruh temannya yang kelihatan seperti pelajarnya sendiri untuk menyampaikan salam kepadaku. Aku tidak begitu berminat kerana berfikiran menghormati dia sebagai seorang guru di sekolah kami.

Tidak pernah aku menduga, perkara ini berlarutan hingga ke sekolah. Pernah juga cikgu itu melawatku dikelas dan memuji diriku dihadapan rakan-rakan sekelas yang lain. Aku tunduk diam membisu menahan perasaan malu dan segan kerananya. Tasha dan Nadia pula sakan mengejek dan mengusikku. Katanya, mungkin suatu masa nanti cikgu Rozli itu akan melamar aku pula di hadapan kelas. Nisa pula memberitahuku cikgu itu juga ada menyelidik dan bertanyakan kepada rakan-rakan sekelasku mengenai diriku.

“Betul awok…dia tanye saye pasal awok mase hari tu terjumpe dia kat library.” Nisa juga turut menjadi mangsa tempat dia mengorek maklumat.

“He asked me too…”, Sampuk Bb pula.

“Eee pelik la dia tu. Dia nak ape?” Aku cuba mengawal perasaan meluat dan marah dengan tindakan cikgu Rozli tu.

“Dia tanye awok ade boyfriend ke tak lagi dan dia mintak kat saye nombor phone awok… pastu Shally pun dia tanye jugak.Mase tu kebetulan awok dok datang sekolah.” Aku bergegas ke meja Shally yang bersebelahan barisan mejaku sambil diekori oleh Nisa.

“Habis tu you ade bagi ke?...Hey, he’s good looking. He looks tall…I mean not bad for a teacher.” Bb pula mencelah.

“Macam tu you cakap not bad? Bb, you rabun ke ape? Tentu la saye dok bagi. Kan dok pasal kene maroh dengan Zara nanti…” Nisa menkritik pula.

“No la. I mean for once I saw him la.” Bb bersandar di dinding bersebelahan mejaku sambil berpeluk tubuh manakala Nisa duduk di kerusi bersebelahan tempat duduk Shally. Aku tidak memperdulikan mereka dan terus bertanya untuk mendapatkan kepastian sendiri dari Shally.

“Shally… Nak tanye sikit. Ada ke cikgu baru name cikgu Rozli tu tanya awak ape-ape pasal saye?”

“Oww cikgu tu…ade. Dia tanya saya classmate dengan awak ke tak, pastu dia tanya name penuh awak dan mane awak tinggal tapi saya cakap tak tahu. Yang tahu saya bagitahu la. Saya ingatkan dia tanya sebab awak tak datang sekolah hari tu. Dia tanye saya masa class buat kat dalam library hari tu... Kenape? Cikgu tu suka awak ke?” Shally yang sedang duduk menikmati bekalannya tersenyum-senyum sinis kepadaku.

“Iye…Cikgu tu secret admire Zara!”, pintas Nisa yang mencelah  dengan jelingan mengusik.

Hissh!...Korang ni jangan nak memandai-mandai buat cerita! Merepek aje! Cikgu tu buat saya rase nak marah la. Ade lak buat camtu pada pelajar sendiri.”. Muka ku sudah merah padam ditertawakan rakan-rakanku.

Tasha juga pernah memberitahuku cikgu Rozli pernah terserempak dengannya di dalam kawasan sekolah. Dia ada bertanya di mana aku. Katanya susah benar mahu bertemuku walaupun kawasan sekolah ini tidaklah begitu besar. Rakan sekelasku pula mengadu kepadaku sehingga gossip liar mengenai cikgu itu meminati diriku tersebar luas di kalangan kawan-kawan di sekolah. Aku tidak menghiraukan semua itu kerana menganggap hal remeh sebegitu tidak keterlaluan dan cerita dari mulut ke mulut ini memang banyak yang ditokok tambah sebagai penyedap cerita. Ada juga aku mendengar cerita bahawa cikgu Rozli juga meminati seorang pelajar dari kelas yang lain sehingga meminta nombor telefonnya dari kawan-kawan sekelasnya juga. Nakal juga cikgu Rozli. Rupanya bukan aku seorang saja yang menjadi mangsa sasarannya. Tak lama selepas kejadian itu, cikgu Rozli telah berhenti dari mengajar di sekolah kami. Tugasnya sebagai guru sandaran tidaklah kekal lama. Mujurlah hal ini tidak berlarutan. Jika tidak, bertambah pula lagi satu masalah dalam hidupku ini. Hairi sekerasnya mengkritik tindakkan seorang guru yang tidak beretika seperti itu dan cuba menyembunyikan perasaan cemburunya dalam hati. Aku hanya tersenyum mendengar kutukkannya. Hairi sememangnya sudah mengaku menyukai diriku.

1 comment:

  1. hi all!

    Chapter 6 ni siap time raya...huhu!~
    andai ade kesilapan technical, ampun maaf dipinta~

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir & Batin~

    Love,
    Luna Aruzy

    ReplyDelete