Thursday, August 5, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 4


Chapter 4

M
akan malam bersama emak dan ayah bagai ada perasaan berbunga-bunga yang terselit di hati ini. Aku tersenyum-senyum sendiri sambil menjamah nasi yang terhidang dalam pinggan bagai orang angau tak bertempat. Bila ditanyakan kenapa, aku cuma mengeleng-gelangkan kepala dan tersenyum kepada kedua orang tuaku itu. Selepas menolong emak mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk, aku bergegas kembali ke kamar. Kebiasaannya selepas makan, aku akan bersantai bersembang dengan emak di meja makan di dapur. Memang sudah menjadi runtin kami dua beranak bersembang sambil menonton drama siri tempatan kegemaran emak. Tapi kali ini aku tinggalkan emak bersama ayah menonton drama melayu kegemarannya sambil mengupas buah mempelam dibelinya dipasar siang tadi.

Perasaan ternanti-nanti muncul dalam hati. Aku berharap ada sesuatu yang sedang menungguku. Ada perkara yang bakal mengukir seribu senyuman lagi diwajahku ini. Perasaan ini berbunga keriangan bagai ada pelangi indah muncul diruang angkasa dalam hati. Aku cepat-cepat mencapai telefon yang sedang di cas baterinya diatas meja. Butang aktifnya ku tekan dengan penuh hati-hati dan debaran. Namun harapanku hampa. Tiada sebarang pesanan atau pangilan pun dalam peti simpanan handphone ku itu. Pelangi indah tadi tiba-tiba pudar dengan sedikit kekecewaan. Aku mengeluh panjang.

Aku duduk mencebik dimeja untuk mengulangkaji pelajaran. Helaian yang aku tatap itu sukar benar untuk difahami. Sudah hampir setengah jam aku begini. Mata pelajaran Kimia ini memang susah untuk ditelaah. Dulu semasa mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, mata pelajaran Kimia ini diajar dalam bahasa Melayu. Tapi untuk peringkat STPM, semuanya diajar dalam English. Buku-buku rujukannya pula semuanya dalam versi English. Sukar pula untuk mengingat terma-termanya dalam bahasa inggeris. Pen di tangan aku guling-gulingkan diatas kertas kajang yang terhampar bersih tanpa sedikit coretan pun di bawah tangan kananku. Ya Allah, aku tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran malam ini. Fikiran aku masih melayang-layang memikirkan kejadian di sekolah siang tadi. Aku mengeluh sambil tersenyum sendirian lagi.

Aku mencapai telefon bimbitku dan menekan butang mencari nama Hairi di dalam senarai nombor telefon. Aku teringin juga mengenali insan bernama Hairi ini tapi aku segan untuk menghubunginya. Apa pula fikirnya nanti jika aku terus menelefonnya. Tapi sekiranya aku tidak menghubunginya, bagaimana pula untuk kami berhubung? Terasa menyesal pula tidak memberikan saja nombor telefonku padanya. Sekurang-kurangnya, jika dia yang menelefon aku terlebih dahulu tidaklah aku ini kelihatan seperti perigi mencari timba. Lamunanku terhenti apabila tiba-tiba telefonku berdering. Azreen rupanya. Dia menghantar SMS kepadaku bertanya kabar bagaikan sudah lama tidak bertemu sedangkan baru  sahaja siang tadi perkenalan kami. Azreen mengucapkan terima kasihnya kepadaku kerana sudi berkawan dan memberikan nombor telefonku kepadanya walaupun tidak mengenalinya. Mujurlah dia tinggal sebilik dangan rakan sekelasku semasa ditingkatan 5 tahun lalu. Ada juga modal untuknya mengenaliku dengan lebih rapat. Azreen ternyata seorang yang agak sopan dan perihatin. Dia tahu menghormati insan lain. Aku menasihatkannya supaya tidur lebih awal dan menyapu minyak angin pada kakinya yang kelihatan agak membengkak akibat perlawanan siang tadi. Kesian pula aku melihatnya jalan terhincut-hincut semasa di dewan siang tadi.

Benak fikiran ini masih berkira-kira memikirkan sama ada mahu menghubungi Hairi atau tidak. Mahu saja ditunggu hari esok atau lusa atau pun tulat, barulah aku akan menghubunginya. Tetapi hati ini jadi tak sabar pula mahu menunggu begitu lama. Jari jemari ini gatal saja mahu menekan nombor telefonnya. Lirik mata ini tak henti-henti memerhatikan nombornya di skrin telefon ku. Terbayang pula di fikiran wajahnya yang merenungku manja dan menggoda. Aku merasa serba tidak kena dibuatnya. Kenapa aku punyai perasaan sebegini. Lama aku termenung, lalu aku mengambil keputusan untuk menghangtar SMS sahaja kepadanya. Hati mula berdebar-debar menantikan jawapan darinya.

Short Message System atau SMS menjadi cara perhubungan yang ringkas, mudah dan menyenangkan masa kini disamping menjimatkan. Sebagai seorang pelajar, aku lebih banyak berSMS berbanding berbual ditelefon untuk berhubung dengan rakan-rakanku. Kemajuan teknologi ini betul-betul aku kagumi kerana banyak manfaatnya kepada orang ramai. Tidak hairanlah jika statistik penggunaan SMS dalam kalangan pelajar IPT dan sekolah lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Kini, pelajar sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan SMS. Malah ibupada mereka mampu memberi anak-anak remaja meraka memiliki telefon bimbit sendiri untuk kemudahan berhubung. Jika dibandingkan denganku, waktu mula-mula aku diberikan telefon bimbit oleh Kak Lang sebagai hadiah sewaktu aku di Tingkatan 5. Itupun telefon bimbit jenama Nokia yang sudah bertahun-tahun digunakannya yang berharga kurang dari RM300. Pemberian orang tetap aku hargai walau seburuk manapun keadaannya asalkan boleh digunakan. Tukar saja housing luarnya sudah pasti kelihatan seperti baru.

Puas aku menunggu jawapan SMS dari Hairi namun tidak dibalasnya juga. Hati ini tertanya-tanya dan mula berasa sangsi. Azreen pula tidak henti-henti berbalas SMS bertanyakan mengenai diriku. Dia seperti begitu berminat mengenaliku dengan lebih mendalam. Tidak pula aku meraguinya kerana beranggapan ianya kebiasaan apabila baru berkenalan dengan seseorang, sudah tentu banyak yang akan ditanya dan ingin diketahui. Tapi kenapa Hairi berdiam diri pula setelah bersusah payah mendapatkan nombor telefonku siang tadi tapi kini apabila aku menghubunginya, dia pula tak endahkan aku?

SMS yang ditunggu-tunggu muncul juga tak lama selepas itu. SMS dari Hairi mengukir senyuman berseri dibibirku. Tapi yang peliknya, dia bertanyakan siapakah diriku dalam nada yang marah-marah. Aku merasa hairan. Sikapnya ini ternyata berbeza sekali dengan sikap Hairi yang aku kenali siang tadi. Mungkinkah dia tersilap membalas SMS atau mungkin Hairi memberikan nombor telefon yang bukan miliknya? Aku cukup yakin itulah nombor yang diberikannya dalam kegemaan suasana semasa di dewan sekolah tadi. Aku sekadar bertanyakan adakah dia sudah selamat sampai ke Kuala Terengganu dan mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan pertandingan hebat siang tadi. Tetapi sikapnya garang dan bengis semacam pula dalam kata-kata SMS yang dibalasnya. Kenapa pula tiba-tiba naik berang terhadapku? Apa yang sudah aku lakukan?

Mungkinkah aku ditipu? Atau mungkinkah aku hanya dipermainkan oleh Hairi? Aku tidak berani membuat apa-apa kesimpulan sebaliknya aku memberanikan diri menelefon nombor tersebut untuk mendapatkan kepastian. Perasaan ingin tahu ini membuak-buak di dada. Namun setelah beberapa kali mencuba, nadanya mati dihujung talian tanpa sebarang jawapan. Aku mula merasa binggung. Mungkin aku telah dipermainkan oleh Hairi dan kawan-kawannya. Jika benar, alangkah bodohnya diriku kerana mudah mempercayai dan senang memberikan nombor telefonku kepada lelaki yang tidak dikenali. Beberapa minit selepas itu aku mendapat SMS dari nombor yang sama yang menyatakan dia sedang sibuk dan dia bukan orang yang aku cari. Aku tetep tidak berpuas hati dan mencuba menelefonnya sekali lagi. Aku inginkan kepastian dari Hairi. Kenapa pula berpura-pura tidak mengenaliku? Kenapa pula ingin mengelak dariku? Sudah memang sikapku sejak azali lagi selalu berdegil dan berpendirian teguh. Jika sesuatu menimbulkan kesangsian dalam fikiran ini, aku akan berusaha sebolehnya mencari jawapan penyelesaiannya.

“Kau salah nombor ni! Aku ni bini orang, anak empat dah! Aku tengah sibuk nak masak ni!” Satu suara perempuan yang garang kedengaran dihujung talian. Aku segera meminta maaf dan memutuskan talian. Aku tergelak sendiri mendengar suara perempuan tadi. Sombong dan garang betul. Aku sendiri juga seorang yang agak pemarah dan garang. Tapi jika orang bercakap dengan nada baik, kenapa pula mahu memarahi dan berkasar dengannya tanpa sebab? Lagipun aku hanya tersalah nombor. Itupun nak melenting dan marah-marah ke? Tak patut langsung ada rakyat Malaysia seperti itu. Bagaimana jika yang tersalah nombor itu saudara-mara atau dari keluarga dia sendiri? Tentu dia juga merasa sakit hati seperti apa yang aku rasakan. Apalah salahnya jika diberitahu dengan baik-baik bukannya aku bertanya kepadanya dengan nada yang kasar. Barulah betul mencerminkan budaya masyarakat kita yang penuh budi bahasa dan adat sopan. Bukannya aku nak menggatal atau nak berkenalan dengan dia pun. Angin semacam. Mungkin juga tengah datang bulan agaknya.

“Ah! Pedulikan perempuan garang tak bertempat itu. Buang masa dan tenaga saje memikirkannya” bentakku sendiri didalam hati. Tapi, kenapa ini bukan nombor telefon Hairi? Adakah aku tersilap menekan nombornya? Puas aku merenung nombor telefon yang diberikan lelaki itu dalam telefon bimbitku. Fikiranku berputar-putar dengan seribu andaian.

“Hmm…kenapa salah ye? Tak kan la dia nak main-mainkan aku pulak. Jelas-jelas tadi dia berminat nak berkenalan dengan aku. Tapi nombor ni bukan nombor telefon dia… Apa aku nak buat ni? Hmm sayang seribu kali sayang…dia nampak macam orang baik dan menarik… Agaknya bukan jodoh aku dapat kenal dengan dia kot…”, runggut aku sendiri dalam fikiran. Aku masih lagi merenung deretan nombor-nombor itu dengan perasaan hampa.

Tapi nombor telefon Hairi yang aku simpan ini bermula dengan nombor dua. Bukankah itu kod kawasan untuk area Kuala Lumpur?  Dahiku berkerut.
“Dia dari K.L ke? Bukan ke dia dari K.T? Kalau area Pantai Timur ni generally bermula dengan nombor 9. Boleh jadi juga aku yang silap salin nombornya tadi sebab terlalu nervous… Atau dia yang silap kasi? Hmm…Apa kata kalau aku cuba? Bukan rugi apa-apa pun. Manalah tahu kot-kot memang tuhan nak aku kenal dengan mamat ni…”. Aku bermonolog sendiri. Jari-jemariku berhati-hati menekan nombor telefon Hairi yang telah aku tukar kod kawasannya kepada nombor 9 dan hanya menghantar SMS bertanyakan jika dirinya ialah Hairi yang aku cari. Kali ini aku mengambil langkah lebih selamat. Manalah tahu sekiranya tersalah nombor lagi. Tidak sanggup rasanya telinga ini mendengar dimarahi oleh singa betina seperti tadi sekali lagi hanya kerana kesilapan kecil.

Hati kecil ini berdebar-debar. Dalam masa yang sama aku sempat berdoa agak tidak tersalah andaian lagi. Ternyata firasatku benar kali ini. Alhamdulillah. Hairi terus menhubungiku dengan segera selepas mendapat SMS dariku dengan suara gembira dihujung talian. Mulanya aku teragak-agak juga mahu menjawab panggilan darinya. Siapa tahu kalau-kalau terkena amukkan harimau jantan pula. Aku menceritakan kepada Hairi tentang peristiwa dimarahi kerana tersalah nombor dan dia hanya tergelak besar mendengar ceritaku. Dia sama sekali tidak menyangka aku berfikiran bijak dangan menukar kod kawasan pada nombor telefon yang tersilap itu untuk menghubunginya.

“Tertunggu-tunggu jugak dari Kemaman tadi lagi tau. Mata ni tak lepas tengok handset kat tepi kot-kot you ade call ke ape. Mase tengah driving tu asik fikir you je. I know it’s funny tapi dalam hati I berdoa sangat-sangat mintak tuhan bukakan hati you untuk call or SMS I ke ape… Honestly, I tak pernah macam ni tau dengan girl. First time nampak you, I nak sangat-sangat kenal you. Tak tahu kenape. Thanks for willing to contact me Zara.” Hairi baru sahaja sampai di rumah ketika menelefonku. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Dia ternyata ternanti-nantikan panggilan dariku dengan hati penuh harapan. Aku merasa lega mendengar suara riangnya dihujung talian. Sekurang-kurangnya, berbaloilah juga usaha dan sabar aku selepas dimarahi perempuan garang tadi.

“Mase dalam kereta tadi kawan-kawan I gelakkan I. Diorang cakap I menggatal kat Kemaman. Hahaha! Tapi seriously Zara, you have a very sweet smile that can melt a heart...Maybe you rase I ni cakap berbunga je mengayat pempuan. Tapi I ikhlas. I happy and excited sangat-sangat dapat nombor telefon you and kenal you Zara…”. Hairi ternyata seorang yang menarik dan pandai berjenaka. Kata-katanya membuatkan hatiku senang. Kami berbual sehingga ke pagi. Macam-macam hal yang ditanyakan. Aku juga tidak melepaskan peluang ini untuk bertanyakan mengenai dirinya dan juga mengenai seni pertahanan diri teakwando. Hairi sememangnya sangat arif dan berminat mengajak aku menyertai teakwando. Penat seharian dengan acara sepanjang hari tdai tidak terasa lantaran rangcaknya dan menariknya lagi perbualan perkenalan kami malam itu. Insiden yang berlaku hari ini cukup istimewa dan menjadi perkara lucu dalam ingatan kami buat kali pertama dalam hidup. Aku akhirnya hanya tidur beberapa jam sebelum bagun untuk ke sekolah pagi Ahad itu. Namun aku sedikitpun tidak terasa letih atau mengantuk kerana hati ini sudah berbunga-bunga keriangan dengan satu perasaan yang belum pernah aku alami sebelum ini.

“Hai babes! Goodmorning!” Sapaku riang dengan penuh senyuman kepada Bb dan Nisa yang sedang duduk di bangku dibawah pohon tua yang merendang meneduhi pagi kami dihadapan blok kelas semasa menunggu bacaan doa sebelum memulakan kelas pagi itu. Suasana pagi itu cukup indah sekali. Nisa dan Bb berpandangan sesama sendiri kehairanan melihat sikapku pagi itu.

“Aii Zara… Happy semacam nampok?”. Senyum Nisa tanda menduga. “Ade pape ke? Bb cakap semalam awok kenal pakwe ensem. Ade bagi nombor tak?”. Cepat pula cerita semalam sampai ketelingan sahabat baik ku itu.  Nisa tesengih menantikan jawapan dariku.

“Amboiii…awal pagi lagi dah mengumpat ye? Bb ni memang la tak bleh simpan langsung…Suke eh bergossip pagi-pagi?” Aku pura-pura merajuk dalam senyuman dan duduk dicelah kedua-dua sahabat karibku itu.

“Ala suka la tu dapat boyfriend baru. Nanti dah ade boyfriend jangan lupe kawan yer...” BB pula mengusik aku. Aku terus menceritakan kepada kedua sahabat karibku itu peristiwa dimarahi dan tersalah nombor telefon semasa cuba menghubungi Hairi. Perkara itu cukup melucukan kami. Nisa dan Bb mengejek-ngejekku  sambil ketawa terbahak. Aku cukup gembira pagi itu. Kegembiraan yang aku rasai bagaikan tiada pernah terjadi dalam hidupku selama 18 tahun hayatku. Mengenali Hairi bagaikan perkara yang terbaik dan menggembirakan dalam hidupku. Pengalaman baru yang aku lalui semalam begitu asing tapi indah sekali rasanya. Tidak sabar rasanya untuk selesai sesi persekolahan pagi itu untuk pulang ke rumah dan menunggu panggilan dari Hairi kerana dia sudah berjanji akan menelefonku lagi.

6 comments:

  1. Dear reader,

    when u leave a comment on the post, plz plz plz mention ur name or put a note of who u r so i could identify who u r. Appreciate it the most. 10Q~

    Enjoy the reading!~

    ReplyDelete
  2. nice nie dear..!!
    keep on writin...

    ReplyDelete
  3. thanks kosuke!~
    i will continue my writing with the support from everyone!~ Thank you. (^_^)

    ReplyDelete
  4. the 4th chapter quite simple..!!
    its like 2 summerize it..

    ReplyDelete
  5. I wrote it with half interest. Been a bit busy lately. hehe!~ i'll improve on the next chapter but it will take a quite some time. Have to focus on coming test and study. Take care.

    ReplyDelete
  6. emm.....im loosing her....
    hak3...niway..
    its interesting to know this miss zara...
    bout ur writing ...no comment...just nice...=)
    ......keep up with new chapter k~~~..i cant wait for it~~!!!

    ReplyDelete