Saturday, July 17, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 2


Title : Ada Apa Dengan Cinta
By : Luna Aruzy 
~Chapter 2~


A
ku menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di Kemaman. Selepas peperiksaan SPM, aku meneruskan pelajarku di Tingkatan 6 Bawah. Mulanya aku langsung tidak bercadang untuk mengambil peperiksaan STPM. Aku hanyalah menunggu sekiranya menerima tawaran untuk ke IPTA. Tapi, memandangkan aku sudah selesa disini, aku memilih untuk meneruskan pelajaran ku disini dan tidak memohon ke tempat lain. Aku merangcang untuk terus menyambung pelajaran diperingkat degree dengan keputusan peperiksaan STPM yang bakal aku duduki November tahun hadapan. Ahli keluargaku tidak pula menghalang setiap keputusan yang aku buat. Malah mereka tetap menyokong tindakan aku untuk meneruskan pelajaran.


Cuaca agak baik hari ini. Kebiasanya apabila masuki bulan Oktober keadaan cuaca agak sukar diramalkan di kawasan Pantai Timur. Aku cukup malas untuk keluar rumah kerana terpaksa memikirkan keadaan cuaca yang tidak menentu sebegini.Walaupun sebegitu, aku terpaksa juga keluar untuk ke sekolah. Persekolahan pada hari Sabtu jarang berlaku di negeri Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti hujung minggu bagi sesi persekolahan. Lain pula hari ini kerana kami terpaksa menjalankan hari persekolahan seperti biasa pada hari Sabtu sebagai ganti untuk cuti hari raya nanti. Lazimnya, sekiranya bilangan hari persekolahan tidak mencukupi, Jabatan Pendidikan akan mengarahkan pihak sekolah untuk menggantikan hari tersebut ke cuti hujung minggu. Begitulah sistem pendidikan peringkat sekolah kini.

Keadaan di sekolah riuh rendah seperti biasa. Semasa aku berjalan dari tempat letak motosikal pelajar menuju ke arah kelas, kelihatan muka-muka yang bermalasan dan bersunggut kerana terpaksa pergi ke sekolah. Tidak kurang juga muka-muka nakal pelajar tingkatan 2 memerhatikanku. Blok kelas ku bertentangan dengan blok kelas pelajar Tingkatan 2. Perangai mereka cukup nakal dan selalu membuat bising sehingga menganggu pelajar-pelajar lain. Pernah ada di antara mereka menghantar surat kepadaku meminta untuk menjadi kakak angkatnya. Ada-ada saja mereka ini. Aku tidak pula melayan kerenah mereka tetapi kawan-kawanku pula mempermainkan mereka dengan membalas surat tersebut dan menyamar menjadi aku. Rupanya kawan-kawan aku sendiri juga agak nakal seperti keanak-anakkan. Aku hairan, kenapa kami pelajar Tingkatan 6 Bawah ditempatkan di blok sebegini. Bangunan blok pula sudah usang dan hampir dimamah usia. Almaklumlah sekolah ini merupakan sekolah yang terawal di daerah ini. Beberapa bangunan kayu yang lama telah pun digantikan dengan bangunan baru 4 tingkat yang jauh lebih selesa. Sepanjang persekolahanku disini belum pun merasa belajar di bangunan baru. Pelajar Tingkatan 1 pula ditempatkan di bangunan baru yang jauh lebih selesa dari blok kami. Terasa seperti dianak tirikan pula oleh pihak sekolah. Tapi, tak mengapalah. Lagipun kami lebih banyak menggunakan blok makmal baru berhampiran berbanding kelas. Jika ditempatkan di bangunan baru, sudah tentu jauh pula kami terpaksa berulang-alik mahu ke makmal setiap hari untuk mata pelajaran Kimia dan Biologi.

Tidak semua guru masuk mengajar pada hari tersebut. Guru Kimia kami berkursus di Kuala Terengganu. Guru yang lain pula hanya meninggalkan kerja untuk disiapkan tanpa masuk ke kelas. Tiga jam masanya hanya dihabiskan didalam kelas dengan bersembang dengan rakan-rakanku. Aku agak rapat dengan rakan sekelasku Nadia, Fara, Tasha dan Liana. Mereka kawan-kawan yang baru aku kenali semasa hari pertama mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Bawah disekolah ini kira-kira 3 bulan lalu. Aku diberitahu mengenai pertandingan Teakwando yang sedang berlangsung di dewan sekolah kami. Aku agak malas untuk pergi ketempat yang dipenuhi orang ramai. Tapi teringin juga untuk melihat keadaan di dewan sekolah kerana menurut Tasha petandingan ini untuk peringkat daerah. Kesemua yang hadir kebanyakkannya dari wakil-wakil dari luar daerah Kemaman. Entah mengapa aku begitu malas untuk mengikut mereka dan hanya tinggal bersendirian di dalam kelas bersama beberapa pelajar lain yang membuat hal masing-masing. Aku membuka buka dan membelek-belek helaian demi helaian walaupun tiada niat untuk membacanya. Terasa menyesal pula menolak ajakkan Tasha tadi untuk pergi ke dewan sekolah. Aku ditinggalkan sendirian disini pula. Aku mengeluh sendirian dan terus manutup buku dihadapanku dengan menongkat dagu mencebik kebosanan. Nisa muncul dengan tiba-tiba dihadapan pintu kelasku dengan senyuman lebar.

“Jom gi dewan nok? Bb pun ade kat sane. Buleh ushar orang lawan Teakwando.”, ajak Nisa dengan longhat Terengganunya dan berdiri dihadapan mejaku.

“Hmmm…budak-budak ni pun ajak gi tadi tapi cam malas je. Mesti ramai orang. Rimas la.”, balasku dengan nada kebosanan.

“Habis, duk sini tak dok buat bende gok. Jom lah. Buleh ‘cuci mata’ sekali. Tadi saye tengok ade ramai pakwe handsome kat situ. Rugi la awok dok gi.”

“Hmm…Tapi…”

“Alaa jom je la! Kite gi tengok Bb je, ok?”, pujuk Nisa lagi.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku menurut kerenah sabahat baik ku itu. Nisa dari kelas 6 Bawah Kemanusiaan 2. Kelasnya di blok bangunan baru. Oleh kerana pelajar dalam kelasnya paling ramai, mereka terpaksa menggunakan bengkel Kemahiran Hidup bagi menampung 46 orang pelajar. Nisa sering merungut tidak selesa belajar dalam keadaan sebegitu tetapi terpaksa dilalui kerana kekurangan kelas untuk menampung jumlah pelajar yang makin meningkat saban tahun.

Kami harus melalui dua blok bangunan kelas untuk sampai ke dewan. Dari jauh sudah kelihatan keadaan dewan yang dipenuhi dengan orang ramai. Kelihatan bas dan kereta banyak tersusun didataran dihadapan dewan sekolah. Kami cuba menyelinap masuk melalui pintu di sebelah kanan dewan. Dapat ku dengari bunyi riuh rendah sorakan penonton serta tiupan wisel pengadil yang mengadili pertandingan. Aku memang meminati seni mempertahankan diri. Aku pernah meminta dari emak dan ayah untuk membenarkan aku menyertai kelas Teakwando tetapi mereka menolak permintaanku dengan alasan aku tidak sesuai untuk aktiviti lasak sebegitu. Aku tidak membantah kerana aku sendiri tahu aku sememangnya tidak aktif sukan ataupun apa-apa aktiviti yang diajurkan pihak sekolah. Dari sekolah rendah lagi aku selalu sakit dan demam berhari-hari selepas menyertai aktiviti lasak. Aku sering dimarahi emak kerana berdegil untuk mengikuti aktiviti sebegitu yang akhirnya terpaksa pula tidak hadir ke sekolah kerana demam dan sakit-sakit.

Memang betul kata Nisa. Ramai muka-muka tanpan disini. Aku tidak terlepas pandang menikmati peluang ini walaupun meraka kebanyakkannya kelihatan jauh lebih muda dari kami. Kami pergi mendapatkan Bb yang bertugas di dalam dewan tetapi Bb terlalu sibuk untuk melayan kami. Lalu aku dan Hani hanya berdiri di satu sudut di dalam dewan. Lantai dewan begitu hangat menyaksikan perlawanan demi perlawanan bagi melayakkan peserta ke peringkat seterusnya. Aku kagum melihat peserta wanita yang turut mengambil bahagaian dalam acara sebegini. Keadaan dalam dewan agak sesak. Lalu aku menarik Nisa keluar dari dewan. Kami cuma berdiri di luar dewan mengambil angin sambil memerhatikan orang yang lalu-lalang. Nisa tidak henti-henti tersenyum sambil matanya liar memerhatikan muka-muka lelaki tampan disitu.

“Haiii…rase cam nak pergi berkenalan je ngan yang handsome handsome ni”, bisik Nisa ke telinga ku dengan nada mengada-ngadanya sambil mencubit manja lengan kanan ku.

“Pergi la. Tak salah pun kan? Ape nak takot? Emmm…Jom la balik Nisa. Naik gerun lak nengok orang berlawan kat dalam tu. Violant semacam je…”, ajak aku sambil memerhatikan seorang peserta lelaki yang baru keluar dari pintu dewan dengan berjalan terhincut-hincut menahan kesakitan pada kaki kirinya. Lelaki itu seolah-olah mendengar kata-kata aku lalu dia memandang serius ke arah ku. Aku tersenyum sipu menahan malu. Rasa serba salah pula dipendang sebegitu. Mungkin dia mendengar kata-kataku. Habislah aku jika dia salah faham. Aku terpaku sebentar melihat raut wajahnya yang agak menarik perhatian berbanding lelaki lain di dewan tersebut. Kemudian, dia hanya tersenyum kembali kepadaku. Kami berbalas senyuman dan aku terus beredar dari situ sambil menarik tangan Nisa dengan perasaan segan-silu. Dalam hatiku berdetik mengagumi ketampanan lelaki yang kelihatan lebih muda dariku itu. Wajah Nisa yang masih terpinga-pinga dengan tindakanku itu tidak aku hiraukan.

“Sudah-sudah la tu… Jom balik.”, tegasku pura-pura serius kepada Nisa.

Pada petang tersebut, aku cuma bermalas-malasan di rumah setelah pulang ke rumah. Selepas solat Zohor, aku tertidur sambil memeluk bantal busuk ku. Aku terjaga apabila mendengar bunyi telefon bimbit berdering menerima SMS masuk. Aku agak malas untuk kembali ke sekolah apabila diajak oleh seorang temanku. Lagipun tiada apa yang menarik minatku untuk kembali kesitu.

“Jom la Zara, Sekejap aje… Please? As nak jumpa pakwe As sekejap pastu kita balik la…Okay? Please…”, rayu Asmurni di telefon.

“Hmm…Zara dah penat ni sebenarnya…”, balasku dalam nada malas.

“Sekejap je. Tolong teman As je. Please Zara…”, rayunya lagi.

“Hmm Okay la, sekejap je ok? Pukul 5 nanti Zara jemput As kat rumah.”.

Asmurni sememangnya begitu. Dia selalu menumpang membonceng skuter milikku untuk ke sekolah setiap hari atau jika ada apa-apa aktiviti pada petang hari. Tidaklah menjadi keberatan untuk aku menumpangkannya kerana aku sememangnya melalui jalan di hadapan rumahnya untuk ke sekolah. Aku mengosok-gosokkan mata yang baru terjaga dari tidur petang itu. Terbayang-bayang pula wajah peserta tampan yang tersenyum kearah ku tengah hari tadi. Mungkinkah dia masih ada di situ? Bagaimana jikalau aku bertemunya lagi petang ini? Berbagai persoalan dan andaian bermain dibenakku. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala dan terus ke bilik air menyegarkan diri.

Setibanya kami di dewan sekolah, pertandingan peringkat separuh akhir sedang hangat berlangsung. Kelihatan ramai peserta berkumpul dan berkeliaran sekitar dewan untuk melepaskan kepenatan setelah seharian beradu tenaga diatas pentas pertandingan. Penonton pula sudah kurang berbanding tengah hari tadi. Asmurni terus mendapatkan teman lelakinya dan meninggalkan aku sendirian tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku cuma berlegar-legar disekitar dewan tempat perlawanan dengan memberanikan diri mengintai dari celah-celah orang ramai yang mengerumungi gelangang pertarungan sengit antara dua peserta. Dapat aku amati dari jauh gerak-geri lincah dan bertenaga mengatur serangan demi serangan untuk menumpaskan lawan. Kebanyakkan peserta dari kalangan pelajar kolej dan juga dari sekolah menegah yang menyertai pertandingan ini. Aku terdengar perbualan beberapa orang peserta perempuan yang saling berkenal-kenalan sambil berehat menyaksikan perlawanan seterusnya. Bas dari Kolej Yayasan Terengganu masih lagi berada di luar dewan. Sempat juga aku mencuri-curi mencari kelibat lelaki yang tersenyum pada ku tengah hari tadi tapi tidak pulaq kelihatan. Cuaca petang itu agak mendung. Aku risau jikalau hujan turun, sudah tentu aku terpaksa berteduh di sekolah dahulu. Aku segera menghantar SMS kepada Asmurni memberitahu untuk pulang lebih awal sebelum hujan turun. Asmurni membalas ringkas yang teman lelakinya akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Amboi…mentang-mentang dah jumpa buah hati, aku disuruhnya balik sendiri. Kurang asam punya kawan!...”, bisikku perlahan tanpa menghiraukan orang disekeliling. “…Hmm…Beruntungnya happy je ada orang tersayang…” keluhku di dasar hati dengan muka kekecewaan bercampur cemburu.

Baru sahaja aku hendak menuju ke arah tempat letak motosikal, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak mahu balik dengan keadaan basah kerana aku baru sahaja sembuh dari demam selsema beberapa hari lalu. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku kembali ke dewan sememtara menunggu hujan reda. Aku bertuah kerana menemui teman baik ku yang masih belum pulang ke rumah. Bb bertugas sebagai penjaga masa di salah satu acara yang berlangsung. Lebih baik aku tunggu Bb saja dan pulang bersamanya. Sekurang-kurangnya aku punyai teman. Bb juga turut menyuruhku menunggunya sehingga tamat acara. Sempat juga aku persendakannya berbau busuk kerana masih lagi dengan seragam sekolah pengawas yang berwarna biru muda itu.

Aku cuma berdiri berhampiran pintu di sebelah kiri dewan sambil membalas SMS dari Asmurni yang menyuruhku pulang terlebih dahulu. Aku tidak begitu memberi perhatian kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Aku gerun mendengar bunyi terkena tendangan dan sepakkan seolah-olah diriku turut merasa sakitnya. Tanpa ku sedari, aku diperhatikan oleh seseorang yang berdiri berhampiran dengan ku. Aku menoleh untuk melihat wajahnya kerana aku kurang selesa merasakan seolah-olah dia sedang asik memerhatikanku. Seraut wajah kepenatan itu tersenyum manis kearahku. Aku membalas senyumannya dengan spontan dan teragak-agak. Rupanya agak menarik dan aku menyedari dirinya menjadi tarikan dikalangan penonton-penonton perempuan. Kulitnya sangat cerah dan bersih. Aku tertarik dengan renungan matanya yang keperangan itu. Dia kelihatan agak letih dan berjalan terhinjit-hinjit. Dialah lelaki yang berbalas senyuman denganku tengah hari tadi. Dia merupakan salah seorang peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir. Baru aku perasan, dia baru saja menghabiskan perlawanannya sebentar tadi. Malangnya dia tewas selepas ditendang kuat sebanyak 2 kali oleh lawan yang bersize agak besar dan kelihatan lebih bertenaga darinya. Dia hampir-hampir pengsan ditengah gelangan setelah rebah beberapa kali membuatkan penonton yang hadir menyaksikan perlawanannya sebentar tadi cemas seketika.

“Err…Dah habis game ke?”, tanyaku tergagap-gagap memulakan bicara kerana berasa janggal dengan situasi tersebut selepas dia mendekatkan diri ke arahku.

“A’ah. Dah kalah tadi. Tak dapat la pergi final.”, jawabnya dengan senyuman. Pipinya kelihatan agak kemerah-merahan. Mungkin kerana bahan suasana dalam dewan. Susunan giginya yang putih dan teratur kemas menambahkan ciri-ciri penarik pada wajahnya. Comel pula dia ini detik ku dalam hati.

“Ooo…tak pe la… tersingkir dalam semi-final ni kira OK dah tu. Congratulation.”

“Terima kasih.”. Dia tersenyum manis. Aku pula segan-segan dan malu-malu ditenung sebegitu.

“Emm sakit tak kene cam tu tadi? Gerun la tengok orang kene tendang kuat-kuat. Cam kite pulak yang rase sakitnye. Tapi nak tengok jugak...”. Aku cuba mengatur ayat mengawal perasaan segan dalam diri.

“Memang la sakit. Tapi biasa la camni… Awak minat ke nak join Teakwando ke?”

“Terima kasih je la... Saya ni lembik. Takut nanti kene tendang sekali dah masuk ICU”, balasku dalam nada berjenaka.

“Hahaha!… Pandai awak buat lawak ek? Awak asal sini ke? Asik berSMS je dari tadi saya tengok… SMS ngan boyfriend ke?”, tanyanya menduga reaksi aku.

“Takla. Kawan saya ni, tadi datang sini same-same. Dah jumpe pakwe, disuruhnye saye balik sendiri. Geram betol! Tinggal je saye seorang sini. Kalau saye kene culik ke, siape nak jawab kat mak ayah saye nanti? Dah la hari nak hujan. Susah saye nak balik.”. Dengan bersahaja aku berjenaka bodoh dengannya. Perasaan segan dan malu-malu pada mulanya tadi sudah tiada lagi. Cepat pula aku mesra dangan mamat ini.

“Laa ye ke? ?Kesian awak. Habis tu…bilanya nak SMS dengan saya lak?”, tanyanya sambil tersenyum nakal. Dia langsung tidak memperdulikan mata-mata cemburu yang memerhatikan kami. Agak menarik caranya memancing untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonku. Sekurang-kurangnya hari ini aku dapat berkenalan dengan kawan baru dan orangnya boleh tahan juga.

Azreen seorang yang pendiam tapi peramah. Dia merupakan pelajar tahun satu di Kolej Yayasan Terengganu. Umurnya sebayaku sahaja. Kami berbual-bual memperkenalkan diri masing-masing. Kebetulan pula rakan sebiliknya merupakan classmate lama aku semasa di Tingkatan 5. Aku terhibur dengan sikapnya yang mudah mesra dan suka menduga. Tidaklah aku merasa bosan sambil menunggu Bb selasai dengan tugasnya.

“Bak sini handphone awak. Nak pinjam kejap.” Aku hanya menurut permintaannya. Azreen menekan-nekan butang pada telefonku dan setelah selesai. Dia memulangkan kembali kepadaku.

“Awak buat ape dengan phone saye?” soalku kehairanan.

“Saye tolong awak save nombor saye dan call ke nombor saye. So, nanti saye bukak phone saye balik nanti, saye tahu itu nombor awak.” Panjang lebar celotehnya sambil tersenyum nakal. Aku tidak menyangka akan tergoda dengan kata-kata manisnya untuk memberikan telefon ku kepadanya. Hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Lalu aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat acara akhir yang sedang berlangsung. Tidak lama kemudian, Bb datang mehampiri kami.  Bb yang mulanya menyedari akan kehadiran Azreen disitu mula merasakan sesuatu.

“Zara, you kenal dia ke?”, bisik Bb ke telinga ku perlahan.

“Oh ye, kenalkan ini Bb, dan Bb ini Azreen. I pun baru kenal dia hari ini, so kalau you nak tahu ape-ape, terus tanye Azreen ni sendiri ye.” Aku tanpa segan silu pula memperkenalkan meraka berdua yang hanya tersenggeh seperti kerang busuk.

“Zara, I duduk sini the whole day, tak ade seorang pun nak kenal I, but you baru datang petang ini aje dah dapat kawan baru…’leng cai’ pulak tu… Jangan kata nak tanye my name, nak say ‘Hi’ pun tak de!”, sindir Bb sambil menjeling ke arahku tanda cemburu dan pura-pura merajuk.

“You ni…! Ade-ade je.”,jelingku ke arah Bb lalu tersenyum mendengar rungutannya sambil memerhatikan sekeliling dewan yang sedang sibuk berkemas-kemas untuk acara final. Azreen juga turut tersenyum dengan keletah Bb itu. Dan ketika itulah aku tersenyum sambil berpaling melihat salah seorang daripada jurulatih teakwando di situ yang juga memandang tepat ke arahku dari jauh. Pandangan matanya begitu tajam dan bersinar menghala kearahku. Lalu dia juga turut melemparkan sebuah senyuman lebar ke arahku. Mulanya aku menyangka diriku tersilap. Lantas aku terus mengalihkan pandangku ke arah Bb dan Azreen yang berada disisiku walaupun dalam hati kecilku berdetik seribu keraguan andai aku tersilap membuat andaian. Mungkin aku saja yang perasan. Mungkin dia tersenyum kepada orang lain. Aku pun tidak mengenali lelaki itu. Mana mungkin dia tersenyum kepadaku pula. Aku berpura-pura tidak mempedulikan semua itu. Tapi aku perlukan kepastian. Hati ini jadi resah. Adakah dia tersalah anggap aku tersenyum kepadanya tadi? Malunya. Aku cuba memberanikan diri untuk menoleh sekali lagi kearahnya. Dalam ragu-ragu, aku kuatkan diri untuk berpaling juga. Ternyata si dia masih lagi tercegat disitu sambil tersenyum kearahku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku kearah lain dan berpura-pura bersembang dengan Bb dan Azreen.
Dalam hati aku berbisik, “Alamak…Habis la aku…”.

5 comments:

  1. Dear readers,
    Thanks for your support. This is my second chapter for this story.Hope you will like it!
    Enjoy!~

    Luv,
    Luna Aruzy

    ReplyDelete
  2. nakal eak kisah hidup zura~~~
    tersengeh2 jer bacer dari tadi ni...=D

    but, ur wiriting nice....
    buat dd cam excited ...
    want to know more~~~~!!!

    ReplyDelete
  3. This is not my life story la Dd... it happens to be similar like mine but it is not. Places, environment n a few aje yg i take from my life n experience etc sbb senang nk story. kan? Huhu!
    Nway, thanks!

    ReplyDelete
  4. hope you can continue your beautiful work..!!!
    i've already read this chapter twice..:-)

    ReplyDelete
  5. Thank for the support!
    I'll do the best on the coming chapter!

    ReplyDelete