Friday, July 16, 2010

Ada Apa Dengan Cinta - Chapter 1


Title : Ada Apa Dengan Cinta
By : Luna Aruzy 
~Chapter 1~

“…Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai
Sambutlah cinta ku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cinta ku pada mu
Ikhlas sejati…”

M
engapa? Setiap kali hati ini berdetik untuk memiliki cinta lagi, seringkali itulah juga cinta yang aku harap-harapkan tidak kesampaian…??? Adakah aku tidak layak untuk dicintai lelaki yang aku kasihi? Atau semua itu hanyalah sekadar ujian dari Ilahi untuk menguji ketahanan hati ini menerima dugaan dariNya?

Apa maknanya cinta sejati? Apa maknanya kekasih sejati? Kasih? Sayang? Cinta? Apa bezanya? Mengapa aku masih keliru dan tercari-cari jawapan untuk semua persoalan-persoalan sebegini? Sungguh aku tidak dapat memahami karma yang diciptakan tuhan sekalian alam. Semakin aku fikirkan, semakin buntu dan sesat aku dalam kekeliruan pelbagai persoalan. Pernah juga aku bertanyakan erti cinta kepada seorang teman dan aku cukup kagumi caranya memberi pandangan. Jawapan yang aku terima cukup mendalam maksudnya. Sedalam lautan yang luas ciptaan tuhan.
“Cinta umpama langit yang luas. Sukar diramal bila mendungnya, bila cerahnya. Namun sinar matahari tetap memberi cahaya walaupun kadang-kadang mendung juga yang melanda…”

Ya Tuhan, mengapa aku masih begitu fakir dalam pencarian ini? Aku buntuhkan kepastian. Aku buntuhkan jawapan. Aku buntuhkan penjelasan. Aku akur andai diri aku tidaklah sehebat lain-lain perempuan di dunia ini. Tak kan dapat aku menandingi mereka. Kerana aku tahu diriku diciptakan dengan seribu satu kelemahan. Dan tuhan itu maha adil, diciptakan juga seorang pasangan untuk diri ku sebagai pelengkap setiap kekurangan dalam diri ini. Namun, pencarian dan penantian ku belum lagi menemui jawapan. Atau mungkin aku terlalu leka mencari sampai aku tidak menyedari dirinya berada begitu dekat dengan ku?

Persahabatan dan cinta bergitu sinonim dengan perasaan sayang. Bermula perkenalan sebagai kawan, akhirnya membuahkan bibit-bibit perasaan dalam hati. Memanglah sayang dari seorang kawan itu tidak sama seperti sayang dari seorang kekasih. Kedua-dua situasinya juga berbeza. Sayang seorang kekasih membuktikan tanda cinta. Cinta pula bermakna sayang. Tapi seringkali sayang seorang kawan itu disalah tafsirkan dan akhirnya menimbulkan konflik dalam perhubungan persahabatan. Aduhh…mengapa begitu rumit sekali formular kehidupan percintaan ini?

Kata orang, sahabat sejati tak akan melukai. Sahabat sejati tidak mementingkan diri sendiri. Sahabat sejati juga setia disisi. Dan sesetengah orang lebih senang bersahabat daripada berkasih. Bagi aku pula, aku memerlukan kedua-duanya. Seorang sahabat sejati dan juga seorang kekasih. Kehadiran insan seperti ini akan melengkapkan kehidupanku kerana aku tahu kerenah diriku yang adakalanya merungsingkan diriku sendiri. Cuma kadang-kadang aku merasa kurang yakin akan menemui insan mulia sebegini. Kalau ada sekalipun mungkin sudah dimiliki ataupun bukan untuk diriku. Aku segan mencari tapi aku begitu mengimpikannya. Aku bimbang akan tersalah membuat pilihan, tersilap mempercayai kawan.

Dunia sekarang jauh berbeza dengan zaman remaja  kedua orang tua ku dahulu. Kehidupan mereka cukup ringkas dan segalanya ditentukan oleh kedua orang tua. Tapi hari ini, jika mak dan ayah yang campur tangan, mereka dianggap kolot, mengongkong kebebasan anak-anak dan ketinggalan zaman. Manusia hari ini lebih pentingkan kemewahan, kebendaan dan hak kebebasan mambuat pilihan dan keputusan sendiri. Ketulusan dan keikhlasan hati jadi perkara kedua. Paras rupa dan harta yang dijadikan ukuran. Andai begitulah hakikatnya, tiada maknalah tuhan menciptakan perasaan kasih sayang dan cinta sesama insan.

Love works in both ways”. Setiap yang datang, mudah saja berlalu pergi atau berubah hati. Walaupun aku cuba sebaiknya untuk memperbaiki keadaan ini tapi belum pun ada yang dapat menerima diri ini seadanya. Ada saja alasan yang melukai dan menyakiti. Sehinggakan perkara kecil pun mahu dibesar-besarkan. Adakah ini salahku sendiri kerana terlalu mementingkan diri sendiri? Atau adakah aku ini terlalu memilih? Kerana aku menolak hati insan-insan yang tulus mencintai dan menginginkan diri ini lalu aku dibalas dengan sukar memiliki cinta yang tulus dan sejati dari insan yang aku harap-harapkan? Apa yang aku cari? Mengapa sukar benar untuk mencintai dan dicintai? Aku tidak mahu cinta yang ku miliki hanyalah sekadar cinta monyet atau untuh hanya untuk satu purnama. Sukar benar untuk aku mendefinasikan cinta dalam kehidupanku.

“Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi, untuk dicintai sepenuh hati oleh insan yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan…
Lebih baik saja cinta itu tidak pernah hadir.”

“Sesiapapun pandai menghayati cinta tetapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukanlah objek yang boleh dilihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta itu hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.”

“Berhati-hatilah dengan cinta. Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak…jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.”

“Berkemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya.
Dan berkemungkinan apa yang kita benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.”

Termenung aku sejenak memikirkan petikan blog seorang teman yang ku kenali di Internet. Adakah aku tergolong dalam golongan ‘pencinta palsu’. Atau sebaliknya? Tidak. Aku tidak fikir begitu. Bagaimana caranya untuk aku meyakinkan diri ini bahawa aku belum memiliki cinta yang sempurna? Ya tuhan, kau tunjukkanlah jalan terbaik untukku pilih…

Semua orang mahukan cinta. Dicintai dan mencintai merupakan sesuatu yang paling indah dalam kehidupan manusia. Aku sememangnya meninginkan cinta yang indah. Siapa di dunia ini tidak memiliki keinginan sebegitu? Mungkin saja mereka itu sakit atau mengalami ganguan mental yang kronik. Sering saja aku di tertawakan oleh teman-temanku kerana berkhayalkan satu hari nanti akan muncul sang putera raja yang memiliki kesempurnaan dalam segalanya untuk menyelamatkanku dan mencintai diriku.

Aku ingin sekali jalan cerita cintaku seperti dalam hikayat dongeng versi barat seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Beauty and the Beast, dan banyak lagi. Cinta sejati yang menyentuh perasaan dan akan menjadi kenangan terindah, sumber inspirasi, sebutan dan imaginasi individu-individu yang berfikiran romantis hingga ke hari ini. Bezanya cuma aku tidak punyai ibu tiri yang jahat, perempuan sihir yang kejam, istana besar dalam kota dan makhluk-makhluk ganjil yang berhati baik untuk sentiasa membantuku dalam kesusahan. Ha! Ha! Ha! Begitu keanak-anakan pemikiranku. Cerita dongeng yang bukan lagi hanya untuk menidurkan anak-anak kecil waktu malam tapi menjadi impian ramai gadis sepertiku.

Cinta sejati? Aku cukup kagumi cinta Adam dan Hawa. Cinta teragung, tulus lagi suci dan cukup hebat tidak dapat ditandingi kisah-kisah cinta yang pernah aku dengari. Penuh pengorbanan dan pengajaran. “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Kisah mereka dikenangan hingga ke abad ini. Alangkah indahnya andai aku memiliki cinta sehebat itu. Teringat pula akan satu drama yang rangcak ditayangkan di television baru-baru ini. Adamaya tajuknya. Cerita kisah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga yang terpaksa diterima oleh dua insan yang saling tidak mengenali satu sama lain. Dari perasaan benci, lama-lama menjadi kasih. Adam, watak utama dalam drama itu mempamirkan sikap seorang suami yang sangat positif, rasional, bertanggungjawab, penyabar, penyayang, toleransi, romantis dan terbaik. Pengorbanan Adam terhadap isterinya membuatkan aku begitu kagum dengan cintanya. Aku ingin memiliki cinta seagung cinta Adam walaupun aku bukan Maya. Tapi masih adakah lelaki sebaik Adam di atas muka bumi ini?

Mungkin kerana aku begitu memilih dan meletakkan terlalu banyak syarat hingga menyebabkan tiada yang tegar mendampingiku. Mungkin juga kerana rupa paras ku tidaklah seberapa. Ada yang memuji, ada yang mencela. Rupa paras dan kecantikan sukar di klasifikasikan kerana ianya terlalu abstrak. Lain individu yang menilainya, bermacam-macamlah rumusan yang terhasil. Namun aku tidak pernah tersinggung. Aku yakin setiap kejadian tuhan didunia ini ada kelebihan masing-masing. Allah s.w.t itu maha adil. Aku sering saja menghadapi masalah bintik-bintik kecil pada muka kerana aku alah terhadap makanan laut, daging dan kacang. Aku menghidapi penyakit resdung sejak di sekolah menengah lagi. Puas sudah ku ikhtiar mengubatinya dengan perubatan tradisional dan perubatan moden tapi hasilnya tetap sama. Hanya dengan mengambil ubatan dari klinik saja dapat mengurangkan masalah yang aku hadapi. Susuk tubuhku juga agak berisi, tidak terlalu kurus, tidak pula terlalu gemuk. Siapalah yang menyukai diriku yang tidak seberapa ini.

“Oit Zara! Jauhnya kau mengelamun! Kau menungkan ape tu? Semacam je aku tengok? Teringat buah hati eh…?”, lamunanku tersentak apabila Nisa menepuk bahu kiri ku sambil memeluk tubuh tersenyum sinis.

“Kamu ni Nisa… Kalau masuk tu bagi salam dulu tak boleh ke? Terkejut aku. Nasib tak de heart attack tau. Kalau tak, lama dah jadi arwah kawan kau ni tau! …Aku…Emm… tengah cari idea la… untuk tambahan projek ni.”, balasku selamba sambil membetulkan selendang yang ku pakai lalu pura-pura membelek-belek kertas-kertas dan buku di hadapanku.

“Iye la tu! Macam la aku tak tahu! Kau tak payah nak sorok la dari aku Zara… Macam la aku baru kenal kau tu semalam. Air muka kau tu aku boleh baca tau. Macam baca buku kau tahu tak?”, Nisa bertenggek dihadapanku sambil mencubit daguku dengan wajah geram memerli alasanku. Kami tertawa bersama.

6 comments:

  1. If your looking for 'I Just Want To Be Happy - Chapter 1' post, the post has been unpublished due to maintenance and improvement. I will finish with writing this story (Apa Ertinya Mencintai)first and will continue it later with other story.
    Sorry for the inconvenient.

    Thank you for supporting my writing! Take care!~

    ReplyDelete
  2. best~~!!!!
    i enjoy reading it~~
    maybe because i like to read love story~~
    =P

    ReplyDelete
  3. Thank you Dd!~ Appreciate it the most!
    Wait for the coming chapter ok! (^_^)

    ReplyDelete
  4. Wow..!!!
    Very the interestning story...
    looking foward 4 next chapter...

    ReplyDelete